in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful
hai assalamualaikum!
baju raya tahun ni, peplum. first time beli baju yang ready-made. hihi. tapi yang ni pakai raya kedua kot, sebab raya pertama wajib pakai baju yang mak jahit. peplum ni masjid india mari. tak kisah lah, janji fabrik CHIFFON yang selesa ittuw! *nanti kena gigih oter ni, sebab kain dia labuh sangat
my first duit raya give-away! baru ni tukar dengan officemate 100 hinggit sahaja, sebab kewangan kita belum kukuh lagi. hewhewhew (ok fine gelak yang menyampahkan) semua dah siap packing masuk sampul masing-masing, nampak tak bersungguh tu. haha. aku letak flat rate rm2. untuk 18 tahun ke bawah sahaja. first come first serve :-p
sekarang nih radio-radio dah pasang lagu raya dah. ish. menguji kesabaran dan keimanan betul. nak pergi kerja pun dah takde motivasi, asyik duk ingat rumah je. haha. tambah lagi kalau dengar lagu siti yang 'SAYU... HATI INI MAKIN SAYU.. RINDU.. TERKENANGKAN DESA PERMAI'. gugur jua setitik air mata. sabar-sabar, hari selasa ni aku akan pastikan aku dah tercongok berbuka puasa kat rumah!
tengah seronok dan bergumbira nak balik raya, sebenarnya ada sikit cuak jugak. jengjengjeng. mak aku cakap ada orang nak 'datang' rumah nanti raya ni, 'datang' yang ada makna tu. haha. aku dah takut ni. otak jahat cakap pergi lari je time diorang datang, cakap la pergi raya rumah kawan ke hapa. tapi hati yang baik kata cuba bagi peluang untuk diri sendiri (dan si dia) dulu. uwaaaa.
tapi, bunga yang berkembang tetap akan dihidu sang kumbang kan? (ewah banyak kau punya bunga aina, kategori bunga raya yang takde bau tu pun belum tentu lagi haha). hoi rasa macam dalam drama AdaMaya la pulokk :-p insyaALLAH, mohon dipermudahkan.
~~ lagi 6 hari nak balik kampung!~~~
No comments:
Post a Comment