Wednesday, June 29, 2011

Tuesday, June 28, 2011

minggu TERAKHIR praktikal

anneyo! wah.. minggu ni adalah minggu terakhir saya berpraktikal.. sob sob sob

counting.. counting.. tinggal lagi dua hari. ehe

esok kak umi (teknologist kat sini) insist nak belanja nasi ulam
*save duit makan esok*

habis praktikal, best sebab: dah tak payah buat keje dan bau formalin, paraffin, xylin dalam makmal ni.
tak best sebab: nanti saya boring duk kat rumah dan operasi menternak lemak akan terjadi (-_-'')
*nasib baik girpren saya ada bagi video erobik banyak2, maka kena try ni*

anyway, jom tatap gambar2 sepanjang LI di HUSM ni =)

ni masa tolong kakak master buat research


 tikus2 yang bekerjasama dalam penyelidikan


 scary tak? ni gambar baby yang saya kena awet. seram owh


 ni time nak potong-potong tisu


 sesi buat-buat muka ilmiah.. ahaha


 budak-budak sekema tapi sengal =)
*note:saya sangat pendek owh di depan mereka

tadaaa!
*feeling macam doktor pelatih

tribute to all staff yang sudi ajar kitorang macam-macam ('',)

Sunday, June 19, 2011

7 things i REALLY wants to do in LIFE

entri pertama untuk '7 things' project. jap.. jap. kenapa tujuh erk? err.. sebab saya taknak buat lapan atau enam *tak menjawab soalan* "_"

tujuh perkara yang saya naaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat buat dalam hidup, besides benda-benda yang wajib untuk muslim perlu buat dalam hidup (menunaikan haji, berbuat baik kat mak ayah, etc, etc). err.. kalau ada orang yang nak tolong fulfill, boley jugak... ekeke

1- backpacking ke australia dengan satu backpack, satu map, dan satu kamera dengan seorang sahabat. whoa.. best best best! pergi menjajah menjelajah ke sydney opera house, chinatown, pergi tengok kola bear, blue mountain, dan baaaaaaanyak lagi! (pengaruh tengok iklan pelancongan austalia dan jugak novel contengan jalanan;hlovate). hop on hop off dekat hotel bajet dan makan megi panas-panas di waktu sejuk *berangan*

2- a month without housechores mesti heaven! saya tak mintak lebih, nak sebulan je.. huhu. bayangkan ~~ bangun pagi-pagi, tengok atas meja makan dah ada sarapan. bangun pagi tak payah kemas katil. lepas je makan, lepak tengok cite korea, tak perlu pegi basuh kain baju, tak payah sidai baju. rumah pun tak payah kemas. abis je tengok muvie, time to lunch! petang pulak pegi main badminton, siap je main terus ada dinner.. then sleep like a queen. haha *kata-kata orang pemalas buat keje rumah*

3- publish satu novel.erm.. yang ni angan-angan je. bakat satu habuk pun takde.. hehe. tapi teringin la, buat satu novel yang best-best macam hlovate @ noor suraya.

4- marah orang depan-depan. yang ni memang saya tak pernah buat sepanjang hidup saya. (sedih owh jadik orang penakut nih). selalu pendam aje apa yang tak puas hati dan tulis dalam belog. tapi marah-marah tak elok kan.. kan?

5- shoping sakan tanpa memikirkan bajet. ini impian besar bagi orang-orang yang suka shoping tapi duit takdak macam saya. ohoh. sebelum nih berjimat duit pinjaman je kalau nak beli pape. takpe, nanti shoping barang hantaran nanti (entah berapa tahun lagi).. erm.. siap la! *ayna, layan la sangat nafsu shoping tuh.. isk*

6- bukak satu kedai makan berasaskan coklat macam tok aba's kokotiam dalam citer boboiboy. motif utama: sebab saya sangat suka coklat *i'm a typical girl, huh*. motif kedua: saya suka makan. tapi heaven kot..... ada kek coklat, brownies coklat, chocolate ice blended, puding coklat, wafer inti coklat.. ayook.. sedapnye.. (ni kalau bukak kedai nih takde untung, sebab duk habis kat tauke je. haha)

7- belog saya fofular di seantero malaya dan dikomen oleh blogger-blogger otai.. ahaha. *sigh* walaupun saya tak de magnet duit si nuffnang, atau takde traffic kencang-kencang.. tapi saya blogging untuk own satisfactory.. ecece.

TAMMAT PART 1

the 'seven things' PROJECT

Kota bharu, 20 Jun 2011- Seorang blogger yang tak seberapa femes, aynaUna di dalam blognya aynawrote.blogspot telah mengumumkan akan melakukan projek 'tujuh perkara' dengan dana yang dilaburkan adalah dianggarkan sebanyak 8 bilion ringgit, pada majlis pelancaran program itu semalam. majlis yang gilang gemilang ini telah diserikan dengan kehadiran dif-dif kenamaan dari pelbagai negara untuk menunjukkan tanda sokongan negara masing-masing ke atas usaha murni ini.

menurut beliau, projek 'tujuh perkara' akan meliputi apa-apa sahaja seperti, 'tujuh perkara yang paling naaak sangat dibuat kat dunia', 'tujuh wonderful person in her life', 'tujuh tempat makan yang tak boleh lupa', dan sebagainya. tambah beliau lagi, projek 'tujuh perkara' ini tiada tarikh lupus selagi jari-jari runcing beliau tidak putus.

projek ini mensasarkan kumpulan blogger sama ada yang dikenali secara maya ataupun yang memang membe sejak kecil untuk membaca tulisan beliau dan diharapkan mampu memedihkan mata yang membaca.. hehe

saya puspavati ramaloo, melaporkan untuk TB3 =)

~~~ let's get start'ed!! ~~~

Tuesday, June 7, 2011

stop treating me LIKE a kindergarden student, ok?

ish. me myself macam nih la. asal tak puas hati je, menulis kat belog.. hurm.

apasal dia (obviosly, a girl) suka layan saya macam layan budak tadika ek?

muka saya nih macam ada rupa budak tadika ke? (babyface tuh ade la kot siket-siket, haha)

seems like she knows everything, i knows nothing
she is the hero(in), i am zero

basic things yang budak-budak tahu pun nak bagitahu jugak, and yes, with that overly-confident face

tahu la awak tu budak dekan (nanti kalau jadik prof ke, doktor ke, entah macam mana la..)

geram je nak cakap "saya dah tahu la!!!!"

isk.. macam mana nak bagitahu kat dia ek? any suggestion?

*boleh tak nak share link belog ini kat fesbuk dia*

haha. ok. itu kejam

mengikut pandangan dia, rupa saya macam ni kot?

~~~ walaupun saya bukan penerima anugerah dekan, tapi saya pun ada otak untuk fikir sendiri ~~~