Sunday, January 23, 2011

maaf untuk SEORANG sahabat

beberapa minit lepas...

ayna, hiwamari (bukan nama sebenar) nak mintak maaf kat awak. sebenarnya saya tak sengaja pun nak cakap macam tu kat awak. maaf yek? 0-0


scene ini berlaku time kak na on the way nak datang bertapa kat library ni. erp... sebelum tuh, ini bukan entry untuk mengumpat cik hiwamari ye =)

maaf. erm.. dulu, kak na ada satu prinsip taw (ketika zaman jahiliah dahulu kala). kak na fikir, kalau semua perkara boleh diselesaikan dengan maaf, maka buat ape la wujud hukuman kat dunia nih. buat salah, kena la hukum. maaf bukan penyelesaian untuk mistake yang telah anda lakukan. ~ hati batu-keluli-tahan karat + kerek gila mase nih. hehe. macam la diri sendirik tak penah buat salah kan..

ok.. punca kenapa cik Hiwamari mintak maaf? sebenarnye kitorang ada krisis satu masa dulu, yang melibatkan rumah sewa yang kak na duduk sekarang ni. bukan ape pun, satu rumah bengang la sebab they'all satu geng kuar pegi duk asrama cam tu aje.. padahal kitorang dah deal, kalau nak keluar rumah kena cari pengganti terus. karang tak pasal-pasal berganda-ganda orang lain kena bayar. naya tau..

then, bincang punye bincang.. they'all berkeras nak lepas tangan. isk.. masa tu tuhan aje tahu. dulu, cakap lain. sekarang, bila dah dapat ostel, nak tinggal macam tu aje. maaf cakap, tapi masa tu memang rasa macam melepaskan anjing yang tersepit. huhu. maaf sekali lagi. tak pernah taw kak na yang ayu ni cakap macam ni...

then we'all pun berusaha la buat iklan besar-besaran.. sampai dalam intenet kot we'all punye eklan. hehe. ~ credits to kak hidayah di atas usaha beliau~. alhamdulillah, sekarang ni tempat they'all dah diganti dengan kakak-kakak master yang sangat suka masak dan sorang student akaun yang sangat sweet.. alhamdulillah. praise to ALLAH

selesai satu masalah. tapi, impak dari peristiwa tuh, asal kak na jumpa they'all kat akademik ke, kat bank ke, kat pasar malam ke.. memang tak reti nak behave macam biasa.kak na akan buat-buat baca buku ke, tengok tempat lain ke, buat-buat cakap dengan kawan ke.. entah la, perasaan geram tu susaaaaaah sangat nak kuar dalam hati ni ha.

ok, stat dari hari ni, saya, CHIBI MARUKO CHAN aka KAK NA, berjanji akan lebih mudah memaafkan orang lain dan jugak tidak menyimpan sebarang perasaan geram kepada orang-orang yang pernah buat salah dengan saya. saya jugak harus mengakui yang saya pun selalu jugak buat salah dengan orang lain. noktah.

maaf bermaafan amalan mulia, bukan setakat di hari raya.. hehe. ---> pesanan penaja jap

~~~ rasa sangat release~~~

Friday, January 21, 2011

my SIBLINGS my soul

ohio gozaimasu!

ok.. hari ni mau tulis-tulis pasal adik beradik kak na pulak. kenapa nak tulis pasal siblings? saje mau ye'all kenal kak na punye siblings yang jugak merangkap kawan bergaduh masa kecik, penyelesai masalah, pemberi masalah (kadang-kadang), pembuli, kawan bergosip, etc, etc. kalau nak kira function they'all nih memang la sangat banyak dalam pembentukan 'kerek'ter kak na.. tapi kita go through satu-satu ek =)

kak na ada 6 orang adik beradik yang satu mak satu abah, dan jugak 1 orang yang satu mak lain abah (one-big-happy-family kan..). uniknye nama siblings kak na ni, sume pangkal name we'all akan dimulakan dengan alphabet SH. kirenye mummy kak na ni kreatif sebab boleh fikir nama pangkal SH sebanyak 6 nama.. hehe. cuma adik bongsu tu lain siket sebab abah dia lain~~

NURSHUHADA
- umur pada masa sekarang adalah 24 tahun. kat rumah nama manja dia kak long (dah anak sulung kan..). kak long ni, kiranye boleh buat contoh teladan yang baik la sebab keputusan exam dia tak penah down. asyik dapat markah tinggi semedang since UPSR lagi, then sikarang sedang furrther study dekat tanah jepang. haisyy.. kadang-kadang kak na envy jugak. ntah hape la mummy bagi dia makan masa kecik dulu (ayat jeles..) yang paling best pasal kak long nih, we'all memang kaki gosip. semua rahsia kak na ada dalam poket dia, dan jugak rahsia dia dalam poket kak na (ceh.. macam kongsi gelap la pulak). walopun kak long dengan kak na nih selalu terpisah dengan jarak, tapi time jumpa bising-bingit jugak. kitorang boleh buat sesi bercerita sampai pukul 2-3 pagi.. hehe.. jangan taktau. kak long jugak sorang yang pemurah *wink* mintak aje pape, mesti dapat walopun beliau sendirik takde gaji tetap lagi. love u la along! kui3

MOHD SHAFIQ ERSHAD
- ini adalah pembuli tegar dan jugak musuh ketat sewaktu zaman kanak-kanak. just imagine, dia pernah practise smackdown kak na masa kak na umur 10 tahun (masa tuh zaman semua orang tengok wwf, yang ada stone cold dan jugak the rock) sampai hidung kak na berdarah. sadis. dia pun pernah penyek kak na punye luka kena seterika, sampai berair.. huhu. tapi, mummy dan dibantu oleh kak long akan menangkan kak na dan apik got his pay.. hahaha. tapi, as the time goes, apik dah tak jadi brutal macam dulu dah. sekarang versi mat-jiwang-bunga-overboard dan jugak abang yang penyayang. bukti? kalau kak na naik bas ke, mesti dia akan follow up dan tanya 'dah sampai ke belum?', 'nati sampai sana bagitau ek' dan jugak yang sewaktu dengannya. kadang-kadang terfikir jugak 'is this real???'. tapi takpe la, layannn je

NURSHUHAINA
- sape lagi kalau bukan kak na yang hot.. hehe. kak na anak ketiga. panggilan kat rumah... erp... dirahsiakan. by the way, tak boleh tulis lebih-lebih nanti akan jadik masuk lif tekan sendiri.. wawawa

MOHD SHARUL EZWAN
- ni jugak brainiac dalam family. dari kecik samapai besar, keje duk MRSM je. ntah hape la yang best sangat sekolah MRSM (ayat dengki lagi). lepas aje mendapat 'warna berterbangan' dalam exam UPSR, so laluan dia terus mudah sehingga sikarang ini belajar dekat UM, buat architechture punye foundation. abang yo nih merupakan lone ranger dalam family.. senyap aje dia main sorang-sorang. masa kecik dulu suka gila dia lukis dinosour dan jugak robot-robot. sampai habis buku sekolah dia buat buku lukisan dia. tapi dia nih ada satu bad habit, iaitu dia panas baran siket. masa kecik dulu suka gila mengamuk kalau tak dapat mainan robot.. haha. sekarang kalau usik dia dengan peristiwa tuh musti dia bengang gila. takpe, nak cakap jugak.. lalalala

NURSHAZNI AUNI
-ini budak boleh dipanggil kakak. dia baru umur 14 tahun, tapi tinggi dia dah lebih dari kak na ni haa.. adoiyaai. sekarang dia la roomate kak na time cuti. dia jugak senyap siket, dan secara tak langsung dia tak mewarisi sikap kak na yang cakap tak boleh berenti nih.. hee. perangai masa kecik? suka sangat melawa (sekarang lagi teruk kot). kecik-kecik dah tahu pakai toner, moisturiser, lip balm segala bagai. hello dik, kak na awak ni pun baru tahu compact powder tuh wujud masa masuk uni je.. sob3. kerenah dia tak banyak sangat; kalau orang tak kacau dia, then dia pun tak kacau orang. one more, mummy cakap muka mummy banyak dapat kat dia. menci betul!

AHMAD SHARIF ELHAM
- ni la adik kesayangan kak na.. ceeewah. sekarang nih darjah 6 kat sekolah kebangsaan mentuan. abe am ni, tak payah suruh 2-3 kali.. kalau kita cakap pape dia terus pegi buat (ni yang buat kak na sayang nih). kalau orang tak kenal dia, dia senyap and malu-malu je. tapi kalau kenal rapat dengan dia.. mak aii.. macam Mr. Bean junior. ade aje la yang dia nak buat lawak sampai kadang-kadang macam nak pelangkung kepala dia! in the other side, mummy letak harapan besar kat dia, sebab mummy nak hantar dia sekolah tahfiz bila habis sekolah rendah ni. papepun, kak na selalu doakan yang terbaik untuk dia =)

SYED ASYRAF
- ni la satu-satunya adik kak na yang lain abah. tapi, kitorang still rapat dan tak beza-bezakan, since dari kecik lagi memang dia duk ngan kami. adik nih perangai dia ngengada siket, maklum la, anak last. sekarang darjah 2 kat sekolah yang sama dengan abe am. adik kalau bab main game PS2 ke, komputer ke.. laju aje. kalau suh buat keje sekolah.. alahai.. macam  nak suh pegi perang aje gayanye. apepun, adik adalah mangsa buli kak na kalau kat rumah.. hehe. sori dek non ye!

dah cukup tujuh kan? well.. nanti semua dah ada pasangan, mesti lagi havoc sebab akan ada 14 kepala pulak. mummy pun ada cakap jugak, nak tunggu we'all besar dan boleh fikir dengan matang nih, bukan mudah. masing-masing ada perangai masing-masing. hehe. by the way, a big thank you to mummy sebab dah lahirkan siblings yang happening untuk kak na ('',)

~~~ rindu nak makan sama-sama ~~~

Monday, January 17, 2011

definisi HENSEM

adoyaaai.. tetiba otak kak na terfikir nak kuarkan tajuk macam ni. sesape yang tidak hensem, maka tidak buleh baca post ini.. ('',)

the beauty lies in the eyes of the beholder - kecantikan itu terletak pada mata yang memandangnya..

ape ye definisi hensem ekot mata kak na? let's check it out!

- lelaki yang suka pakai kain pelikat kotak-kotak sama baju melayu sama kopiah  berjalan pegi surau itu hensem
- lelaki yang berkulit 'tak seberapa cerah' itu hensem
- lelaki yang pandai seni mempertahankan diri itu hensem
- lelaki yang pandai jadi imam dan jugak baca quran mendayu-dayu itu jugak sangat hensem
- muka dia tak perlu macam farid kamil mahupun lee dong hae sebab muka 'jambu' itu tak la hensem
- orang yang bijak dan pandai matematik juga hensem =)
- lelaki yang suka pakai perfume banyak-banyak pommm hensem

isk.. banyak pulak kriteria hensem bagi kak na (suara hati cakap: awak ingat awak tu cantik sangat ke ayna oooi..). tak pe la kan? berangan itu perlu.. hehe

tapi jangan pulak salah sangka.. kita bukan mahukan sesuatu yang sempurna, sebab sempurna itu hak mutlak ALLAH kan. yang penting, kena la sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik *wink*

kepada: ORANG ITU, ada tak ciri-ciri ini pada anda?

~~~ mode: jiwang overboard ~~~

Saturday, January 8, 2011

kawan-kawanku sampai SERU

duit tak ada..
tapi hati ingin kawen
apa daya ku.. ooo

pernah dengar tak lagu ni? ni lagu zaman 80an kot. tapi, since entry ini adalah special untuk kawan-kawan kak na yang baru sedang dan akan bertunang, dan jugak special to roomate kak na, Cik Farah yang akan kawen 22/1/2011 ni; kak na ubah ciket liriknye.. hehe

duit dah ada..
maka hati ingin kawen
apa nak tunggu.. ooo

baru-baru nih, banyak pulak kak na dapat berita dari kawan-kawan. ada yang dapat rombongan merisik, ada yang bertunang, dan jugak paling best roomate kak na masa tahun 1 pulak nak kawen. masa dia mesej-mesej dengan kak na dulu, ciap offer jadi pengapit lagi.. hehe (jangan jeles!). tapi kak na tolak sebab takot rosak majlis.. haha

hmm.. mungkin da sampai seru masing-masing untuk hidup berkeluarga. sekali bila fikir-fikir balik, kak na dan rakan-rakan sebaya memang sudah taraf 'boleh kahwin' bukan ('wajib kahwin') ye. seronok jugak bila tengok foto-foto yang diorang upload dalam fesbuk. hantaran, baju kahwin, etc, etc.. membuatkan hati kak na jeles (ceeh)

bercerita tentang Cik Farah, diorang bertunang masa lepas raya tahun lepas lagi. alhamdulillah, majlis kawen dyeorang akan berlangsung tak lama lagi. Mr. Future-hubby, abang lan ni adalah pensyarah kat uni kak na nih. jadi, kak na nih da jadi chaperon sepanjang pertunangan tu (bajet important je watak kak na ni)

papepun, kak na memang dah eksaited habis nak pegi nih.. hadiah pun dah beli, baju dah siap ;)

untuk farah and the rest of my friends yang akan menamatkan zaman bujang;

rabbana hablana min azwajina wa zurriyyatina qurrata a'yun, waj'alna lil muttaqina imama
~ya tuhan kami, jadikanlah kami dan pasangan kami, serta anak-anak kami sebagai penyejuk mata dan jadikanlah kami pemimpin bari orang-orang yang bertakwa..

selamat berbahagia dan menyempurnakan separuh ketaqwaan (",)

~~~still waiting for my imam~~~

Tuesday, January 4, 2011

subjekku SUBJEKmu jua..

ayuh kembali ke sekolah.. ayyuh
ayuh kembali ke new era
ke sekolah lagi.. ke new era lagi!


teringat eklan zaman kecik2 dulu yang eklan kasut sekolah. asal sekolah nak bukak, musti ada eklan nih.. hehe


sekarang da duduk kat unibersiti, maka kak na tak perlukan kasut sekolah lagi. tapi pakai kasut crocodile dowh (aci riak habes la tu..). tapi, sikarang bukan nak cakap pasal kasut. tapi nak celita pasal subjek2 yang kak na terpaksa ambik untuk sem nih.. tengok macam susah je.. hummph


#1 biokimia


-subjek nih dikatakan killer subjek utk sem nih. dah la 4jam kredit. humm.. membincangkan pasal reaksi2 kimia yang berlaku dalam badan kita, esp yang penguraian karbohidrat kepada tenaga n whatsoever..


#2 kaedah penyelidikan dalam biologi


-yang nih more towards nak sediakan diri untuk projek ilmiah tahun akhir dan jugak alam pekerjaan kelak. cara nak buat research la, senang kira. subjek nih takde lab, maka senang ciket kot. tapi lecturer dia tegas ciket..sob3


#3 asas keusahawanan


-yang nih pun terpakse jugak ambik sebab dah memang teras unibersiti, iaitu nak melahirkan graduan yang bukan pandai sains je, tapi jugak pandai wat bisnes. erm.. tengok la cemane.. takde basic nih!


#4 kenegaraan


-subjek paling tak best dalam sejarah.. huhu. kena ulang balek ape yang belaja sejarah zaman muda2 dulu. paleolitik, mesolitik, neolitik, zaman kesultanan melayu melaka... tetiba rasa cam mengundur zaman fom 3 balik


#5 biostatistik


-bila bio dijodohkan dengan math, inilah hasilnya.. adeih, dah la dak bio mostly tak cekap dgn math. papepun, kena tunggu dia pnye silibus dulu. insyaallah ok


#6 ekologi lapangan


-ni subjek paling syiok abad ini! masuk2 hutan, air terjun, pantai untuk buat sample. kadang2 sampai kena ukur2 biawak, kelawar, dan jugak harimau (ini tipu) hehe. subjek nih takde kelas langsung, dan hanya kerja2 luar dan jugak lab

#7 pengawalaturan tumbesaran tumbuhan

-subjek yang mempunyai nama yang paling panjang. tapi belaja senang je (kalau ta cilap). mostly cakap pasal plant hormon dan effect nye terhadap plant. sesape nak makan stroberi tanpa bijik kat luar, wajib ambik kursus ini!

Saturday, January 1, 2011

GEGIRL si kucing ajaib

sungguh tidak boleh belah tajuk itu.. haha. tapi betul lah, kucing kak na nih memang ajaib taw!


etceli, macam-macam orang bela buat pets.. ada yang bela kucing, hamster, kura-kura la, ular la.. dan kalau nak kaya siket, try bela pokke.. haha.. boleh dapat ribu-riban tuuu


sekadar peringatan bagi ye'all yang punye pets.. jaga elok-elok taw! sebabnye, binatang pun boleh menjadi penyebab kita masuk syurga, dan jugak sebaliknya. ingat tak masa kecik-kecik dulu, ustazah cerita pasal kisah anjing dengan pelacur? kisah pelacur yang bagi minuman kat seekor anjing yang hampir mati kehausan. lalu, atas keikhlasan si pelacur tuh bagi minum kat anjing, Allah ampunkan dosa-dosa dia yang lampau. tapi, binatang jugak boleh seret kita ke neraka taw.. ngeri tak? ada satu kisah seorang wanita yang menjaga amalan dia, tapi dia kurung kucing dia tanpa beri makanan hingga kucing tu mati.. dan wanita tu ditanya akan kucing peliharaannya yang dia seksa masa kat dunia dulu. papepun, korang jaga pets tuh betul-betul, insyaALLAH akan mendapat pembalasan yang baik di sisiNya. amin


berbalik pada crita si gegirl nih.. gegirl merupakan anak dara paling cantik kat kampung (perasan). gegirl ni chubby, ekor panjang dan jugak lincah. gegirl nih ada strip yang pelik ciket, sebab seluruh badan dia warna kelabu belang-belang, tapi kat bahagian lengan pulak warna perang belang-belang. sekali tengok, macam pakai cardigan..hoho.. betul, tara tipu punya!


gegirl ada sekor abang, nama boboy (cam pakwe makwe la pulak adik beradik nih). si boboy nih kurus siket dari gegirl sebab gegirl selalu rampas makanan boboy. cian si boboy. tapi boboy macho je, tak banyak bunyik pun. sebab kalo dia lapar dia pegi bukak sendiri tudung saji.. haa.. part nih memang rasa nak hempok je boboy.. kak na sabar aje la


apesal gegirl nih ajaib? yang pastinya, malam-malam dia tak pegi tolong sailormoon pon..haha. gegirl nih, orang tak buleh marah sebab dia pandai pujuk. penah je dia berak rata-rata, tapi time kita nak 'ajar' siket, mula la dia wat muke kesian + muke tak bersalah. menci betul! gegirl nih,kalau kita dok baring-baring, dia mudah je datang nak tido sama-sama. ni yang kasi satu family tangkap cintan sama dia!


gegirl dengan boboy skang nih sebenanye tengah kurang kasih sayang sebab che belang, mama dia tengah sarat ngandung.. sob3. nasib ramai pulak yang nak membelai dua beradik nih.. hehe. mama dia pulak ada habit pelik masa ngandung nih, iaitu dia selalu datang scan baby dalam pewot dengan kak na selaku doktor vet tak bertauliah..macam tak betul je statement nih.. sebenanye kak na yang selalu gatal tangan nak pegi scan pewot dia sambil bilang baby2 dalam pewot.. haha


otey lah.. nanti kak na buat entry spesel punye untuk bakal adik-adik gegirl nih nanti. kalau ye'all ada cadangan nama untuk future anak-anak che belang, jangan segan silu beri cadangan =)


~~~ kucingku buah hatiku ~~~

terBAEEKK 2010

say bye bye to 2010, welcome 2011!


assalamualaikum ye'all.. kak na sudah begitu lama tak mengarut dalam ruangan nih. maka, kak na selaku tuan empunya belog ini ingin buat special entry khas sebagai penutup tirai 2010 (macam sudah terlambat jer.. hua3)sempena taun baru nih jugak, kak na nak tukar tulisan ini belog.. sebab kalau kak na tengok-tengok balek, ase cam boh-san je gaya tulisan belog ini..hukhuk


sebagai peringatan, entry ini mungkin akan SANGAT PANJANG sebab kak na nak qada' 'puasa' belog selama sebulan hari tuhs dan apa yang dok tertahan-tahan dalam kepala. maka, kalau kesuntukan masa dan jugak nak cepat pegi mane-mane, baca belog nih bila ye'all free ye! kalo baca skang pun lagi dialu-alukan ^_^


NOVEL TERBAIK 2010
"jika anda terpandang seorang lelaki yang membuatkan jantung anda berdegup selaju jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda tidak lepas memandangnya; lalu apakah tindakan anda?"
a) hiraukan saja dan anggap itu hanyalah logamaya
b) pendamkan perasaan itu dan tulis di dalam diary merah jambu
c) selidik latar belakang beliau dan suruh ibu bapa anda meminangnya
d) pegi jumpa pakar jantung dan jugak pakar mata untuk check kot-kot dua organ nih ada masalah


jaja telah memilih jawapan C.


haa.. ni lah novel yang paling sesuai dan of coz paling best untuk taun 2010; novel JAJA & DIN. citernye macam nih, jaja nih sorang urban gurl yang memang urban.. suka warna rambut (budak nih free hair) pakai seluar pendek, tishet lengan pendek, solat kadang buat kadang tak buat, dan perangai-perangai common seorang budak bandar. dia ada peraturan hati yang sendiri dalam memilih calon suami, iaitu tanak kawen dengan cikgu, tanak kawen dengan orang sama negeri, dan jugak bakal suami dia mustilah lagi tua daripada dia. nak dijadikan cerita, one day jaja jumpa satu gambar lelaki,pakai kopiah macam duk baca tahlil tepi kubur. dan jaja pun tersuka lah kat lelaki dalam gambar tuh, tanpa kenal sape orang tuh, keje ape, orang mana, etc,etc. lama jugak jaja pendam perasaan, mau bertahun-tahun jugak. then, nak dijadikan cerita, laki nih (nama dia din) keje part time buat perabot and pegi la buat perabot kat rumah jaja. dipendekkan cerita, jaja yang 'rock' nih pegi merisik si ustaz din dan jaja sampaikan hajat dia kat kawan papa dia, yang seterusnya otomatik bertindak sebagai orang tengah. pelik kan? kalau novel cintan cintun lain, laki je akan approach dulu.. tapi novel nih betul2 'out of the box'.. hehe. yang menambahkan sweetnye cerita nih, ustaz din buat istikharah dan dalam mimpi dia selepas solat tu, dia nampak dia pakaikan anting-anting untuk jaja. dan masing-masing bulat hati, terus kawen. jaja telahpun melanggar segala peraturan hati yang dibuat selama nih sebab din adalah seorang cikgu bahasa arab, sama negeri dengan jaja dan jugak muda 11 bulan dari jaja. takpe, cinta punye pasal, jaja teruskan. cerita nih tak habis kat sini, since jaja dah jadi amanah ustaz din, maka kat sini lah indahnya cerita nih (isk.. apesal mode jiwang nih). ustaz din memang sabar ajar jaja jadi seorang yang beragama; jaja pakai tudung, jaja solat, jaja baca quran, jaja hidup zuhud-zuhud saja. tiap-tiap malam sebelom tido, ustaz din akan baca sirah untuk jaja.. hoho.. syahdunya (mana nak cari orang sabar macam nih..) one day, ustaz din suarakan keinginan dia nak pegi berjihad kat afghanistan untuk tolong saudara seislam kat sana. jaja selaku isteri solehah, redha dengan pemergian din. setelah 2 taun setengah din pegi, din datang balik tapi jari kat tangan dah takde sebab kena bom.. konklusinya, HAPPY ENDING.


moral of the story: hidayah ALLAH jugak boleh datang melalui cinta ^_^


MOVIE TERBAIK 2010
jatuh kepada... crita pisau cukur. well, sape tanak kawen ngan orang kaya kan? haha. crita nih best sebab ringan aje, so takyah fikir banyak-banyak kalau tengok muvi nih. tapi part yang tak bestnye, apesal pelakon-pelakon dalam crite nih baju sume tak cukup kain ah? wat malu je.. filem yang dibuat kat negara islam, tapi baju cam orang barat. hampeh =(


NASYID TERBAIK 2010
taun lepas kak na memang addicted dengan nasyid saat lafaz sakinah lantunan kumpulan far east. ada sekali kak na suh kawan kak na dengar, dia cakap 'apesal muzik intro dia macam seram je bunyi?' erp.. itu no komen. lagu nih kalau dengar sekali tak rasa dia best pon, tapi makin dengar makin best. tak caye? cuba korang pegi beli cd kumpulan nih (ceeh.. baiknya kak na suh orang beli cd, padahal dia keje download aje). antara bait-bait yang tacim dalam lirik nih


"adalah aku, wali puteriku.. kuserah kini amanah ku ini padamu.. nafkahilah dia, curah kasih dan cinta lebih dari yang ku berikan kepadanya... dulu esakannya, sandar dibahuku.. tangisannya kini, ku serah padamu.. bukan bermakna dia bukan milikku.. fitrahnya perlukanmu.."


lagu nih macam monolog seorang ayah yang nak lepaskan anak pompuan untuk dijaga oleh suami si anak nih pulak... perhaps, suma ayah akan fikir macam nih bila anak pompuan dia kawen kot?.. papepun, memang syahdu habes.. sob3


EVENT TERBAIK 2010
yang nih tentulah time malaysia menang piala suzuki itu hari.. hehe. entah cemana, sekarang nih memang eksaited habes nak cakap pasal bola. kalau dulu, cakap la malaysia menang world cup ke, boleh masuk olimpik ke,ape ke.. mungkin akan dibuat derk aje. dulu selalu duk kutuk abang kak na tengok bola sebab fikir, ape la faedahnye ramai-ramai dok rebut seijik bola tu? tak best langsung. tapi, bila dah pandai tengok perlawanan bola sepak nih, terus tukar persepsi.. hehe (mentang-mentang malaysia dah menang itu ini)


sebenarnye, kak na terjebak dalam dunia 'perbolaran' nih sejak taun lepas lagi, yang kelantan dapat naib juara lawan negeri sembilan kat piala malaysia. masa tuh pun 'ter'tengok aje. aleh-aleh taun nih kelantan lawan negeri sembilan pulak, so memang berkobar-kobar la nak tengok pasukan red warrior menang. start daripada nih la, sekarang sudah minat secara serius. siap boleh sebot dan cam muka beberapa nama yang femes dalam pasukan harimau malaya macam safee sali, muslim ahmad, shahrul idlan, khairul fahmi.. haha.. is this me???


hmmm.. ape lagi ek yang baik-baik pada tahun 2010 ni? nanti kak na fikir lagi ek.. sekarang sudah waktu bedtime. (tadi yo yo o je cakap nak tulis panjang-panjang.. haha.. sebenanye takde la banyak mane pun)


adios!


~~~ mau jadi ayna yang sweet untuk tahun 2011 ~~~