Wednesday, November 30, 2011

wedding highlight: AZIZ & ENZZAHTI

in the name of ALLAH, the Most gracious and the Most merciful..

barakallah hu lakuma wa barak a'laikuma
wajama'a bainakuma fil khair...

this is a special entry for the wedding ceremony (baca: majlis sambut menantu) of my second last uncle, ayah jih a.k.a mr. Nik Abdul Aziz bin Nik Man with his beloved wife, that officially called che su. ehem.

the ceremony was held on November 27th, at kampung pauh sembilan. (kot, lupa la pulak nama kampung ape)

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
~amboi ayna, sape ajar perenggan keempat baru bagi salam nih??

tema yang dipilih oleh kedua mempelai adalah merah. i loiike. haha

semasa majlis ni berlangsung, cuaca sangat baik dan cerah aje. bimbang jugak, skang kan tengah musim hujan..

okeh, kali nih tamao cakap banyak-banyak, sebab musti sumua orang nak tengok gambarnye aje kan? keke.

jom layan~~~

kenalkan, ini ayah jih saya. status: married :)

ketibaan pengantin perempuan

amek gambar dulu sebelum masuk rumah. hehe
note: kamera cabuk saya tak mampu nak tapis cahaya over-over kat belakang tu. so.. er... tengok aje lah. haha





 



 eh? tiba-tiba. haha. jangan komen pape :-P

 semoga berbahagia hingga ke syurga!

behind the scene: ajk kupas bawang, cili kering, punggah apa patut.
note: nina dah ngantuk tu ha

ada banyak lagi gambar dalam simpanan, tapi... untuk belog ni ajelah dulu kot.

agak-agak ye'all, saya da bakat tak jadik freelance photographer? kekeke. tapi pakai kamera cabuk lagi la skang ni. (sape nak jual DSLR bawah rm400 bagitau saya. ada ke? haha)

stakat ni dulu kot. ma'a salamah wa ilalliqa' *_~

~~~ welcome to the family, che su ~~~

Sunday, November 20, 2011

pesbuk oh PESBUK

in the name of ALLAH the most gracious and the most merciful

happy monday sume!

*tengok tajuk dah boleh agak ni mesti nak hentam pesbuk (baca: facebook)*

sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, meh kita tahu beberapa fakta tentang pesbuk:

- pesbuk merupakan projek tahun akhir (final year project) si mark zuckenberg- sebab dia student kos komputer, IT dan sewaktu dengannya.

- pesbuk berwarne biru sebab MZ buta warne (tak boleh nak bezakan hijau/merah)

-kalau pesbuk itu adalah sebuah negara, maka ia adalah negara ketiga terbesar di dunia selepas china dan amerika syarikat. (perrrhg!)



okies. saya buat entri ni sebab saya dah bosan dengan pesbuk. I'M GETTING BORED WITH THIS (huh?)
kenapa ea?
.....
....
....
...


...
...
...

- asal bukak home je, saya kena baca masalah orang. ye'all tak letih ke baca masalah orang?? statistik daripada home saya menyatakan 90% buat pesbuk tempat luah perasaan- marah, gumbira, sedih, dsb. 8% quote/ tazkirah/ nasihat-nasihat dan 2% adalah iklan.

ramai orang suka show masalah they'all kat pesbuk. kalau boleh, nak satu dunia tahu dia tengah marah. isk isk. pastu ramai la pulak tukang like. ramai pulak komen tanya sape penyebab kemarahan. kan da jadik ngumpat tu? ye dak?

tak kata orang, saya pun sama *wawawa* -tapi dulu la. sekarang dah matured siket kot. *muka serius*. hey dude, FACE YOUR PROBLEMS. NOT FACEBOOK IT

- lagi satu, ada jugak sesetengah orang ghairah nak copy-paste maksud ayat-ayat quran dan hadis (it is good, actually). tapi bagi saya, setiap ayat yang kita paste tu, kita kena la ada full responsibility towards it- kena tahu latar belakang ayat, sebab nuzul (sebab diturunkan ayat), tafsir alim ulama' mengenai ayat tu, dsb untuk elakkan orang salah tafsir / tafsir ikut kefahaman sendiri.

ada jugak sesetengah orang yang gambar rapatrapat pipi sakan dengan boyfie, siap buat profile pic lagi. tapi paste maksud ayat quran. i dont know lah. but for me, it is so WEIRD. huhu.

*jangan sampai paste tafsir ayat tu hanya untuk nak tunjuk baik, bukan untuk berdakwah @ nak bagi peringatan kat kawan-kawan - nauzubillah*

- lagi satu yang buat saya tension dengan pesbuk kalau bab pakwe makwe berkomen. *tension sahaja ye.. bukan jelous* alahai.. nak tunjuk sangat la yang diorang tu sweet. hmm.. kawan-kawan, jangan la korang sampai berbangga dengan maksiat yang dilakukan. huhu. sedih lah.

nanti, bila you'all dah kawin, nak cakap lovey-dovey 24/7 pun takde orang nak marah. siap dapat pahala lagi :). sebelum sampai waktunya tu, belajar-belajar la kawal diri. *peringatan juga untuk diri sendiri*


mesti ye'all tanya kann..

DAH KALAU KO TAK SUKE SANGAT DENGAN PESBUK, APESAL TAK DEACTIVATE JER?? BISING LA PULAK KAT SINI

jawapan: sebab banyak aktiviti kelab dan announcement kelas batal diorang post dalam pesbuk. finally, ada la jugak kan faedah pesbuk ni. kekeke

~tata titi tutu

Tuesday, November 15, 2011

sapu-sapu SAWANG

assalamualaikum, and happy tuesday. (erk?)

lama sungguh dah saya tak hapdet belog ni.. rindu tak? tak rindu? rindu? (bajet la ramai baca belog ni. haha)

alasan terbaik sebab tak hapdet belog: MALAS. malas betul, kalau nampak 'sign in' blogger terus tekan butang pangkah. wawawa. takde mud + internet tak available kat rumah sewa + bizi siket-siket.

okies. last skali entri harituh pasal latihan industri @ praktikal @ internship kan.. sekarang saya sudah selamat menjadi final year student. (*ceh, blagak pulak*. tengok adik-adik junior kecik besar kecik besar aje. padahal ada yang lagi tua umur dari kita)

no doubt, sekarang riak-riak kebizian sudah jelas kelihatan di mataku.. sobsobsob. mana taknye, hari-hari kena tengok ternakan *fungi* dan jugak buat keje-keje lain yang memerlukan perhatian. CUTI DEEPAVALI HARI TU SAYA TAK BALIK TAU. pecah rekod sebab saya dikenali sebagai pembalik (betul ke idak word ni) yang tegar. *sigh*

tambahan pula, supervisor saya itu sangat garang dan suka tanya soalan banyak-banyak oh. hehe. takot takot takot (#_#)

banyak benda sebenarnya saya mahu cerita-cerita dan stori sama kamu semua. cerita aidilfitri (da lapuk sangat-sangat da), gambar-gambar aidiladha baru-baru ni, cerita henfon baru kesayangan (ehem), cerita kawan-kawan yang best best best, cerita hantu (ok, ini tipu) dan banyak lagi.

nanti next entri saya royak deh! (next tu maknanya next next next next next next next next next lah.. tak tahu bila nak curi masa. huu)

*tepuk-tepuk dinding, sapu sawang belog*






till then, bubbye!

~~~ rindu nak membebel~~~