Saturday, October 30, 2010

terima kasih, abah!


Hari ni bukan la hari bapa maupun hari ulangtahun abah, dan bukan jugak tarikh kematian abah. Cuma, ingatan dan memori bersama dengan abah selama 11 tahun mengetuk cerebrum saya utk menulis sedikit sebanyak pasal abah. Sebelum tuh, izinkan saya bahasakan diri sebagai kak na.. emm.. ni nama pggln kat umah.. rase lebih dekat dgn abah kalau pkai nama ni =)
Terima kasih abah...
Terima kasih sebab menyumbang separuh bilangan kromosom abah kat kak na. Kak na dapat mata ngan kening macam abah.. suke2! Walopun kak na x mewarisi gene cerdik drpd abah (mgkn dapat ciket je.. ngee), tapi kak na da cukup bersyukur boleh sampai ke universiti. Kak na pelajar biasa2 je, tapi abah pelajar pintar kat skolah. Kak na ingat lagi, waktu lepas abah meninggal, kak na ngan kak long kemas dokumen2 abah. Hari tu baru kak na ngan kak long tahu abah skolah kat Kolej Islam Klang dlu (skang KISAS), pastu abah sambung medic dkt UKM. Ma crite, abah pegi medic kejap je, sbb abah geli darah. Pastu abah tukar bidang perguruan, dan jadik cikgu kimia kat skolah Maahad Muhammadi Lelaki. Sangat hebat! Sampai skrg, abah mmg idola kak na..
Terima kasih abah...
Terima kasih sebab abah tak manjekan kami adik beradik dengan barang mainan berbakul2. Kak na ingat lagi, kak na ada 3 je barang mainan: seekor teddy bear saiz sederhana warna kelabu asap, set alat masak2 plastik, then sebuah motor polis besar tapak tangan. Kak na rase, abah x bagi mainan byk2 sebab takot kami ghalik duk main sorang2 je, lagipun, mainan byk2 kan membazir. Abah lagi suke kitorang rmai2 main badminton kat luar rumah. Kalau nak main indoor pun, abah akan pastikan mainan tuh membina minda dan merapatkan hubungan adik beradik. Cthnye, dalam rumah kitorang ada chess, carrom, ngan sahibba. Tapi bile abah pegi keje, kak na main goreng2 mi bijik2 sahibba ngan carrom tu..hehe
Terima kasih abah...
Abah memang serba boleh. Abah boleh jadik cikgu, doktor, mekanik, tukang paip, gardener dan byk lagi. Dulu, kalau beskal kak na rosak, mmg abah baiki dulu sehabis boleh. Kalau teruk sangat baru abah hantar kedai. Abah suke tanam2 pokok kat kebun kalau ada masa lapang. Pokok durian, salak, duku, dokong, rambutan,pisang etc, etc... mmg abah tanam sume. Tak payah beli pun. Sampai skrg kami boleh makan lagi buah2 yang abah tanam..
Terima kasih abah...
Masa kecik2 dulu, kak na selalu saket asthma yang agak teruk. Kak na ingat lagi, abah memang berusaha carik ubat merata tempat. Traditional ngan moden, sume da try. Kak na penah makan ubat akar kayu, air rebusan kulit pokok ape-ntah, telan anak haruan sebesar cendol hidup2, spirulina, dan berjenis2 ubat spital..u name it. Mmg banyak. Kak na tak boleh bayang berapa bnyk abah berhabis utk tengok kak na sembuh. Abah memang kawal pemakanan ngan aktiviti kak na. Kak na tak boleh makan eskrem, tak boleh makan tembikai, tak boleh join pendidikan jasmani, tak pegi camping ko-k... Tapi, ape yang kak na sedih, abah tinggalkan kami sebab asthma. Kak na da sembuh, abah pulak da takde..
Terima kasih abah..
Abah ajar kak na jadik kuat. Kak na mengaku, tahun2 awal ketiadaan abah, memang kak na selalu nanges sebab jeles dengan kawan2. Biasa la kut, masa tuh kak na budak lagi. Kak na jeles sebab org lain ada abah yang boleh hantar diorang pegi sekolah, tapi kak na continuosly naik bas sekolah. Tapi skang, naik bas sorang2 pun kak na ok je.. kak na da kebal. Kak na da jadik lebih berdikari sekarang.
Kak na sayang abah...
Walopun kak na dah tak boleh berwalikan abah nanti kak na kawen, tapi kak na tahu restu abah pasti mengiringi kalau kak na jumpe dengan orang yang baik dan beriman. Abah, abah ada cakap, abah nak tengok sume anak2 abah masuk universiti dan berjaya kan? Skrg, 4/6 orang anak abah da masuk universiti... kak long kat jepon, apik kat UiTM, kak na kat UMT, sharul kat UM.. tggl kakak dgn abe am je lagi..Papepun, abah memang abah paling best! Datang la pengganti yang mcm mana pun, takde sape boleh ganti abah..
~~~ my daddy my hero~~~

Friday, October 22, 2010

i love my KELANTAN

asal saya: kelantan. saya suka dan bangga menjadi 'kelantanese'. titik.

memandangkan blog adalah tmpt utk saya menconteng dan berkongsi rasa hati saya, hari ni saya nak kongsi rasa terkilan saya disebabkan sesetengah kawan saya dari negeri lain yang sgt prejudis terhadap negeri kelahiran saya, kelantan. tak tahu kat mana silapnye, diorang suka pandang 'slek' kat negeri ni. kelantan tak maju. kelantan banyak sampah. org kelantan cakap kasar2. kelantan itu, kelantan ini.

saya sangat sedih. kenapa org suka cop macam2, walhal org yang bercakap tu xpenah sampai kelantan pun. seperti mana saya tak kutuk @ caci tempat asal org, maka org pun tak berhak nak kutuk tempat saya. hidup je aman damai.. kan best?

ok.. point pertama. pembangunan. kalau la pembangunan tuh di ukur dengan tegaknye bagunan2 pencakar langit, kelantan tak kurang hebatnye. supermarket? sebot je... parkson, giant, kb mall, mydin sampai 3 bijik, the store, pantai timur, billion, etc, etc... ni tak kire yang kecik2 lagi. tiap2 kali sy balik kampung, ada je bangunan baru yang tengah nk siap. facilities? stadium, public library, hospital, bus stop, sume complete. hari tuh ada kawan saya lalu kut bukit bunga, (tapi dalam ati dia, dia igt tmpat tu bandar kb) cakap:

" ee.. ni ke bandar u all? kalau org tgglkan i kat sni, i x bule hidop rasanye... camne i nak shopping? so messy"

pedis2... halo kawan, yang awk lalu tu pekan kecik... jangan komen kalau tak tahu..

ape yang saya peratikan, kerajaan negeri bukan je fokus kat pembangunan lahiriah, tapi pembangunan rohani pun seiring. for example, kempen menutup aurat dan kempen jaga kebersihan, memang dijalankan besar-besaran. yang paling best, tiap2 tengahhari time org dok solat jumaat, smua kedai kecik mahupun besar akan berenti beroperasi kejap utk bagi laluan org solat. so, xde can nak ponteng solat jumaat sebab xde pot lepak. lepas settle solat, baru kedai bukak balik...

second point: kelantan kotor. ok, seperti yang saya nyatakan di atas, kempen jaga kebersihan memang continuously dijalankan. pasar besar pun bersih je (melainkan tempat jual ayam ngan ikan dan pasar basah... memang la berair siket- tapi mmg pasar basah kat memane pun camni kan). pihak bandaraya pun selalu dok round tengok... pakcik2 mpkb-bri pun slalu ada dok sapu sampah even tengah panas terik. kalo saya jalan2 kat kb skang pun, xde jumpe sampah berlonggok kat mana2 selain dlm tong sampah. mgkin org yang ckp tu, last datang kelantan 10 taon lepas kott??

tak dinafikan, org kelantan memang tak romantik (esp lelaki). tapi, ape yang saya peratikan dari arwah abah saya dan jugak encik2 ayah saudare saya, diorang memang x romantik sebab diorang pentingkan 'practicality'. keje kuat dan sediakan makan pakai yang cukup utk pasangan tu dah cukup utk membuktikan yang diorang sayang kat wifey diorang. one more, bagi saya, org kelantan xkan kasar kalo x diprovoke...

ok.. da cukup kut utk kali ni. saya tulis entry ni tak bermakna saya bersikap 'kenegerian' yang menebal, sampai saya tak kawan ngan org negeri lain. kawan2 saya spread, ada perak, penang, terengganu, johor, nogori, etc, etc.. bahkan kalo jodoh saya orang negeri lain pun, insya ALLAH saya terime je... perlis ke, melaka ke, korea ke, sweden ke... asalkan beriman =)

~~~ suko kecek qlate ~~~

Tuesday, October 19, 2010

catatan perjalanan.....KONVENSYEN ANAK PERAK 2010

okie... tangan sudah gatal utk menaip.. hehe

baru2 ni sy pegi ke perak sebab ad konvensyen @ perhimpunan anak2 perak kat sna. walopun sy bukanlah org perak pure mahupun penah bermastautin kat perak mahupun penah kawen ngan org perak, tapi sy saje menyebok sebab nak pegi jalan2 makan angin kat perak.. haha.. bila lg kan... main objective kerajaan negeri perak wat perhimpunan nih adlh utk kumpul anak2 perak dan cite sal negeri perak all out.. tapi time forum ngan ceramah tuh sy keje tido dan dgr mp3 aje..hehe

-------------------------------------------------------

day 1
sy smpai kat sna dalam kul 7.30 pagi (bertolak dr umt kul 11 mlm). kitorang duk kat RnR sungai perak hampir 2 jam sebab pihak pengurus program cakap kitorang xle check in sblm pkul 4 ptg. Apakah??? okie.. masa utk berfoya2..haha. ciap je bersihkan diri kat RnR tuh, bas bergerak sampai ke bandar ipoh dan kitorang ramai2 wat muke kesian kat tepi supermarket jusco (sbb smpai kat jusco dlm kul 9.30,tapi bkknye kul 10). elok je jusco bkk, sy trus je masuk pegi usya bju2 (i'm crazy for baju tshirt long sleeve kaler pelik2) bersame rerakan seperjuangan.. haha. kat cni ad satu tips menarik utk dikongsi.. kalo pegi mall, sy xkan cucuk duit lbih drpd rm50. kalo cucuk bnyk, musti sy abeskan.. msti ade je bende nk dibeli.. kasut la,, tisu la, penyangkut nset la... ntah ape2 kan?

sesi berfoya2 berakhir pada jam 2.30 ptg. masa ntuk bergerak ke otel pnginapan, otel hill city. kat sna sy dok kat kondominium (?!) tp yg xbest nye, kitorang terpaksa duk reramai kat citu.. dalam 15 org jugak la dalam 1 kondo. xpe2, tahan utk 2 malam je T_T

otw nk g ltk beg kat kondo.... eh.. eh.. eh... ada swimming pool! heaven. elok je pegi ltk beg, kitorang plan pegi mandi kat swimming pool..haha.. penat overnight atas bas pun letak tepi kejap. (kolam ni bebas drpd lelaki ajnabi.. so ktorg berendam dgn amannye)

malamnye, kitorang dinner kat padang polo ikut group. saya group 71.. ada cikgu murni,assyraful syafiq, em... dan 2-3 org lagi yg saya x egt nama tapi egt muke..hehe.. sori ey.. short term memory loss


day 2
ceramah.. forum... ceramah.. ucapan... aduss.. BOH-SANNYE! tapi kebosanan ni saya maafkan sebab makanan sedap2 kat sana..haha. lepas je sesi ceramah- berceramah nih abes, saya dibawak bersiar2 sekitar bangunan setiausaha kerajaan (SUK) perak. terpegun jap tgk bilik bersidang encik2 exco perak.. sebijik macam parlimen.. ohoho.. (muka blink2)

belah malamnye lak, kitorang ada dinner bersama menteri besar perak. makan2 dan ucapan2.. tapi part makan2 tuh selalu yang jadik perhatian saya. hehe (ayna + food = heaven). saya makan semeja bersame kontinjen umt.. ain, shida, kak ila, rozie, shey, etc, etc.

then, balik ke otel utk tidow sambil di eskot oleh polis2 sepanjang perjalanan.. erp.. tetiba rasa cam jadik Lady D..wa3

day 3
orait.. the last day.. pagi2 lagi kene pegi ke mini stadium of manjoi.. kat sana kitorang ada aktiviti ramah mesra ngan penduduk kat sana, sukan rakyat dan jugak kenduri rakyat. saya? duk bawah khemah je sebab panas terik dan jugak perut buat hal. saya participate dari jaoh je.. hehe.. fair je kan.. kan..

lepas abes je aktiviti2.. ucapan lagi.. huhu.. penderaan terhadap telinge secara bertubi2 nih.. sebbaik bawak mp3..bules layan lagu maher zain. "for the rest of my life.. i'll be wif u.. i'll stay by ur side.. honest and true.. till the end of my time... i'll be loving u.. loving u..." haha.. tapi pada masa yg sama nampak imej encik-pemberi-ucapan buat miming lagu maher zain kat depan. erk? (jgn hiraukan ayat yg terakhir ini)

it's done. time to go home.. ooyeah. paling best, ckoey (mpp yg pegi jugak rombongan nih) pegi cakap kat pok jo driver bas utk singgah kat cameron highland otw balik umt.. yeye.. strawberry time!! (kali terakhir pegi sana pun masa fom4..)

sampai umt.. oh bilikku.. rindu sama kamu!


~~~ jalan2 cari pengalaman ~~~

Wednesday, October 13, 2010

orang berilmu itu kaya..

saya terbaca satu quote hari ini.. tapi x egt la pulak terbaca kat mana @ sape.. yang berbunyik:

" jika saya ada sebiji epal, dan awak ada sebiji epal.. dan kita saling bertukar; kita masing-masing ada sebiji epal. tapi, jika saya ada satu idea, dan awak ada satu idea.. dan kita saling bertukar; masing-masing akan ada dua idea"

waaa... jom kite explen ayat ini.

orang yang kaya harta, jika diagih2kan hartanya, dia akn bimbang akan habisnya harta. tapi, jika kita kaya ilmu, seberapa bnyk pun disebarkan, ilmu itu tidak akn habis bahkan makin bertambah.. hehe..nice, huh?

jom kite kaji otak kite pulak.. sebab otak kan tmpt utk simpan ilmu. average manusia sebenanye pkai xsampai separuh pun otak mereka sepanjang hidup mereka (ni fakta, bukan auta ye). emm..nk tahu, ALLAH ciptakan memori kita sampai ber mega2 byte, bahkan lagi hebat dari segala hard disk kat dalam dunia niy.. and that's why la para hafiz dan hafizah steady je boleh hafal 30 juzuk al-quran.. (really envy them). lebih menarik, otak yang selalu digunakan akan mengurangkan risiko kita kpd saket nyanyuk (Alzheimer) dan jugak penyakit2 lupa apabila tua nnti. kiranye, otak nih makin diguna, makin tajam la.. mcm pisau =). cuba perati tok2 imam kat kampung kite dan jugak lecturer kite yang da tua2.. mna ad diorang nyanyuk kan.. sebab zaman muda2 dulu da bynk fikir dan study..

maka, tader sbb pun kite malas nak belajar atau malas nak fikir..hehe.. lebih kpd peringatan utk diri sdri. sumenye atas diri sdri, sama ada NAK ATAUPUN TAK NAK..

~~~ saya nak jadik kaya ~~~

saya dan blog ('',)

hallu2... ni adalah entry pertama sy sbgai tukang buat blog (sebelom nih baca + follow org punye jer...hehe) berdebar nih nak tulis ayat2 pertama..haha.. rase cam wat ucapan kat perhimpunan pulak

sebelum start pape, izinkan sy bahasakan diri sbgai 'saya'.... untuk lbih formal dan santai... kang kalo pkai 'aku', org cakap - kasar gile diye nih.. x padan ngan pompuan..hi3. kalo cakap pkai saudara-saudari kang, cam terlebih skema pulak. kalo pkai 'beta', takot besar mandat..hahaha (sudah2.. aura merepek da nak kuar)

------------------------------------------

emm.. nak cakap ape ye? (bajet rmai je yg nak follow blog ini)

mula2 sentuh keyboard komputer adalah time nak isi borang ke matrik time form 5 kat cc sebelah skolah..haha.. maklum la,, kat umah tader komputer.. sob3. dulu nak tulis kat keyboard pun terkial2, cuma huruf A je yg btul2 konfom kedudukannye..haha.. sangat la jakun waktu itu

then, bile da masuk matrik (miss that moment so much...) baru la belajar bersosial.. dulu ad laman sosial nm friendster.. blaja add kengkawan, komen2..hehe... tapi skang nih akaun tersebut da ditutup sbb xsempat nk bkk page.. hehe.. banyak komitmen kott

berevolusi lagi dengan facebook, tetibe laman sosial nih rase lagi fun dari friendster (maap yer tokey friendster) sbb boley komen on da spot.. haha.. dulu eksaited gile time bole komen2 kat wall.. nak wat cane, baru discover teknologi..wawawa.. tapi dalam bnyk2 laman utk bersosial (twitter, myspace, hi5) sy hnya bkk 2 akaun nih jer, sbb cam malas je nk uwat banyak2.. nati sy add org same jugak..haha..alih2 kawan skola rendah, kawan skola menengah, kawan matrik, n kawan u (kawan2 sy mmg x berkembang sgt)

kemdian...jeng3... wat blog sendiri. tima kasih kpd tuk guru ku, cik wira (ehem2.. promosi nih) - credits to her- sbb ajar insan darak* nih wat blog.. walopun x cantik mane..hehe.. ok la kut utk trial.. sumber inspirasi terbesar adalah incik zackzukhairi - walopun sy x knal dia, dan otomatik jugak dia x kenal sy- tapi sy sgt suke follow blog beliau.. sbb bahasa dia sempoi2 kut.. cam best baca.. dan ditambah pulak aura2 merepek dan melalut yg sentiasa wujud dlm diri ini.. maka wujud lah benda alah ni atas nama sy =)

*darak = jakun dlm loghat kelantan

~~~ enjoy ~~~