Wednesday, May 16, 2012

selamat hari CIKGU

in the name of ALLAH, the most gracious and the most merciful

*sedang menaip menggunakan pc library, dengan perut yang kelaparan kerana hari ni saya puasa. (puasa ganti tapi bilangan hari harus dirahsiakan. ahaks*

i would like to wish my sincere gratitute to all my teachers: PASTI ar-rasyidin kg. budi, sekolah kebangsaan mentuan, maahad muhammadi perempuan jln merbau, kolej MARA kulim, Universiti Malaysia Terengganu dan juga orang perseorangan yang menjadi guru secara tak langsung. juga untuk ma, yang merupakan cikgu di sekolah memandu. *big hugs*

ceritera guru:

- hadiah pertama yang saya bagi pada seorang guru (yang saya ingat) adalah sebatang pen hitam berharga 50sen. masa tu saya darjah 2 (^_^) selain itu, guru-guru sekolah rendah selalu menerima hadiah merepek-repek dari saya. antaranya adalah biskut dan buku 555. hadiah tak penting, yang penting niat kann. ahaha

- hari guru tiap-tiap tahun adalah sangat dinanti-nantikan sebab masa tu tak payah belajar, enjoy sakan dan makan free. ngee

- hari guru sekolah menengah pula hari untuk tengok cikgu cikgu jadik sporting. selain main game yang macam budak-budak, ada jugak anugerah seperti cikgu paling ramai anak, cikgu paling sempoi, etc etc (tak hengat dah)

- saya pernah dimengorat oleh cikgu praktikal semasa darjah 5 (ehh takde kaitan haha)

- saya sangat-suka-ingin-mahu jadi cikgu. tapi 2 kali pergi interview, dan kedua-duanya adalah gagal. sobs. maybe rezeki saya bukan di situ. kan..


- bestfriend- foreba-till-jannah saya adalah bakal cikgu :)

- tahun ni saya wish selamat hari guru kepada supervisor projek ilmiah tahun akhir (PITA) saya, dengan mesej berbunyik "SELAMAT HARI GURU DOKTOR" ~it sounds so weird. haha

- kenapa guru sahaja yang ada hari?? hari engineer ke, peguam ke, biologist ke takde ke. just wondering. hehe


happy teachers day! yeay!





~~~ sape yang memerlukan guru tuisyen biologi sila pm saya. ahaks ~~~

Wednesday, May 2, 2012

wedding highlight: SHUHADA & ADNIN

In the name of ALLAH, the most gracious and the most merciful

assalamualaikum. lama sungguh saya tak bukak blog ni *sapu2 sawang*

kali ni nak tulis entry pasal orang kawen lagi. hehe.

kesibukan sebagai pelajar tahun akhir amat membataskan waktu untuk melakukan perkara-perkara yang saya sukai- edit gambar, tulis-tulis belog dan jugak tidur (eh?!). mana taknye, bangun pagi, minum kopi, tulis thesis, cari jurnal, makan tengahari, sambung tulis thesis balik, riadah siket petang, malam buat assignment, then kul 12 tidur. pheww. tak berasap dapur eden ni haa! *oke fine. hari-hari makan nasik kat luar*

back to the main point.ehm.  last mid sem break kak long yang amat saya sayangi, telah menamatkan zaman bujangnya dengan jejaka pilihan hati dari klang, selangor. *hilang sorang roomate. wuwuwu*

but itsokay, kehadiran ahli keluarga baru ini telah disambut dengan meriah oleh keluarga kami di kediaman rasmi keluarga Cikgu Nik Man, di kubang kerian, kelantan. *kononnye kediaman rasmi. ahaks*

tanpa membuang masa, lets take a look at the pictures! yiiihaaa


...........................




......................





................





...........







.......


eh manenye gambar? *sila stress*


solemnization gown


the canopy


pelamin ataupun ngajangee dalam loghat kelantan. ahaa


yang ni meja makan pengantin. tapi lepas di edit kaler dia nampak peliks pula. takpela, layan saja. haha


sesi fotografi kat atas pelamin haruslah ada kann. note: me wif 'kembar' ~sape kakak sape adik? haa


the bride

untunglaaaa dah kawin! ~ayat jeles~ haha

the siblings. hewhewhew

the mas kahwin. gift for the bride

"aku terima nikahnya Nurshuhada binti Mohamad dengan mas kahwinnya........... "

the pink warriors! yeay ~~pun boley

kompang dipalu.. pengantin baru *klepuk klepuk*

cincins

LOVE, until jannah


its so many pics that i dunno which one should be published! hehe. but, yang awal-awal je saya editkan sebab penyakit M datang melanda. note: gambar dalam folder 500++ keping. its amazing how my kaklong could smile that much! tak lenguh pipi ke. :)

i think its not too late to wish them SELAMAT PENGANTIN BARU! selamat menjalani fasa baru dalam kehidupan kalian, semoga mampu menjadi yang terbaik untuk satu sama lain, semoga cepat-cepat bagi saya anak buah. semoga yang baik-baik sahaja menyusul dalam kehidupan seterusnya!

~~~hey Mr. Right, why you take so long to come to me lah. haha~~~