Sunday, December 29, 2013

TERBAEEEEK 2013

In the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful..

Assalamualaikum hai semua. Its been a tradition untuk tulis apa yang best best berlaku dalam tahun ni, sampaikan aku pun sanggup online semata-mata nak tulis ni woohoo. Aci tak nak cakap, rasa tak lengkap dan tak berguna buat blog kalau yang ni pun malas nak tulis
 Eh? Haha

Tapi aku tulis simple simple ja dan dah malas nak buat colour fancy-fancy macam tahun-tahun lepas. Dah matang katakhonn muehehehe ;-)

1. Movie terbaik 2013
Tahun ni tahun aku dah pandai pergi tengok movie kat panggung haha. Duk keyel lah kan. Antara movie yang aku pernah tengok kat panggung tahun ni minyak dagu, juvana the movie, thor, iron man, dan jugak bencinta. (Itu je lah ponn aku pergi tengok ingatkan banyak sangat haha)

Seriusli bukan kaki wayang pun, cuma kadang-kadang boring weekenf pergi la nonton jap ngan mek wani. Hihi.

Ramai yang cakap THOR tu yang the best tahun ni, tapi aku bukan jenis layan MARVEL sangat jadi bila kena seret *over sangat nak cakap mek wani paksa tengok wayang lettew* tonton cerita tu, aku rasa tak faham sangat haha haha. Macam 'eh kau ni dah kenapa Loki' rupa-rupanya tanya balik mek wani baru dia cerita balik yang Loki ni jahat dulu dan aku pun 'oooo' kan aja :-D

Tapi iron man tu lah aku rasa paaaling best sekali. Sebab iron man tu lucu. Itu aja sebabnya haha. Cerita melayu semua macam senduu je aku tengok, dan keluar wayang rasa macam membazir je hahaha. (Ok kutuk sikit-sikit dah la Ayna)

2. Lagu terbaik 2013
Etceli mp3-yang-dah-macam-nyawa aku tu hilang masa awal bulan februari, aku dah tak layan sangat dengar lagu. Itulah hikmah Allah hilangkan kot.hihi. sebenarnya bukan hilang kena curi ke apa, aku pergi letak dalam plastik pastu TERbuang sebab ingatkan sampah. Pffft. Tapi dengar radio kadang-kadang je lah. Lagu yang paling besst sangat tahun ni jatuh kepada :-)

SHAHIR- DIA YANG KAU PILIH
'Biarkan aku berundur.. jika itu yang telah pun tertulis.. jalan ku tak panjang bersama dirimu.. jadikan dia terbaik.. kerna itu yang telah kau pilih...' bla bla bla. Tapi tak ingat sangat. Tapi sekali dengar terus zaaap rasa macam kena batang hidung sendiri.

By the way selamat pengantin baru AWAK. *motif sangat cakap macam ni hihi* *lap air mata*

3. Event terbaik 2013
Banyak jugak lah benda-benda yang best dalam tahun ni, tapi yang aku paling suka adalah bila aku dapat mengundi. Rasa sangat dewasa dan matang dan boleh menentukan kepimpinan negara hoho *oke fine itu dah lebih*

Lagi satu best bila dapat kerja, pergi kenduri kawan-kawan, dapat henfon baru *ehhem* dan macam-macam lagi lah.

Alhamdulillah ALLAH tak uji aku dengan musibah dan kehilangan.

4- buku terbaik 2013
Kalau nak cakap MUKABUKU valid tak? Haha. Sebab memang tak membaca sangat tahun ni. Hmm. Dulu-dulu selalu imagine bila dah kerja, ada kewangan sendiri aku nak beli 2 buku secara tetap setiap bulan. Last last buku ntah ke mana sebab memang takde masa sangat pun. Balik rumah rehat jap mandi semua, terus rasa nak membutaa haha. Buku pinjam pun 2-3 bulan duk kat kepala katil tanpa mendapat layanan yang setimpal hikhok.

Mukabuku best apa, aku tengok berita, tanya khabar kawan-kawan dan baca post post dakwah dari kawan-kawan. Ok la tu hihi.

Tapi aku rasa buku yang WAJIB korang ada untuk tahun ni adalah buku karya FATIMAH SYARHA DAN SUAMI; CINTA HIGH CLASS. Novel tu memang bestt, rasa termotivasi bila baca dan korang akan setuju yang LELAKI YANG BAIK ADALAH UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK. kau nak pasangan yang baik, kau sendiri yang kena jadi terbaik dulu.
*nanges*

~~ end of topic ~~

Reflection: tahun ni ALHAMDULILLAH aku berjaya menjadi seorang yang positif *amboii puji diri sendiri nampak* dan emosi dah boleh kontrol dengan agak baik (tapi part cepat naik angin tu ada sikit) tapi takdelah sampai marah orang depan-depan, dalam hati tu sikitt lah. Haha.

Tahun ni jugak jadi anak yang lebih bertanggungjawab, lebih penyayang dengan adik beradik. Baru tahu rasa rindu kat adik beradik tu macam mana. Dulu asyik nak cari gaduh je haha. Homesick pun boleh tahan teruk jugak tahun ni, tapi masih boleh cover la.

Aku pun dah berjaya neutralkan hati dan dah tak sedih-sedih dah untuk cinta yang tak kesampaian *apasal macam ayat novel sangat ni haha* dah boleh terima hakikat yang dia bukan untuk aku. Dan dah rasa macam kawan biasa je haha. Yeayy good job Ayna!

Tahun ni aku takdelah serius sangat lagi simpan duit, asyik nak buat enjoii aja. Hmm. Padahal enjoi nya tu bukan apa sangat pun, tapi aku memang gilaa beli baju dan tudung. Tahun depan nak aim nak kena menyimpan ni. Kot-kot boleh buat masjid tahun depan weee. *mata bersinar sinar haha*

Azam tahun depan: nak jadi seorang yang rajin bersedekah, rajin buat amalan sunat, kurangkan mengumpat *bila dah duk dengan kawan-kawan ringan je mulut ni huhu* *tampar mulut sikit* *takyah pandang serong korang pun mesti pernah TERbuat kan* ahha. Nak jadi anak yang lebih baik. Nak ada kewangan yang kukuh. Nak pergi melancong ke luar negara. Nak beli aset. Nak naik pelamin *tiba-tiba* haha

Yang penting azam nak kurus maintain ada tiap-tiap tahun tanpa gagal hahaha. Makin fikir nak kurus, makin banyak makan. Maka tak payah nak azam kurus sangat lah. Kui3

Tahun depan dah 24 tahun. Ayyoo. Rasa macam baru je umur darjah nam haritu *statement mintak lempang* haha

~~~mature ayna for 2014. Really? Haha~~~

Saturday, December 21, 2013

wedding highlight: FARAH & AKHLANIE

DIn the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

Assalamualaikum semmorang!!!!

First time ber-blogging menggunakan smartphone iolls yang baru *eceewah* maka feel dia lain macam sikit.hihi. (walaupun aku pakai S3 je, orang lain dah bernote-note. Err syukur dengan rezeki yang dapat. Alhamdulillah)

15/12/13 was a verryyyy hectic day for me! Pagi-pagi dengan gigih menjahit kerawang untuk pakai nanti kenduri kahwin FARAH epastu boleh pulak benang habis. Lepastu pergi settle urusan plat dekat pasar seni, lepastu berkejar cari hadiah fara dekat midevelley, balik rumah sambung jahit kerawang, bersiap pergi kenduri. then huha-huha dekat kenduri orang, habis semua event dalam dewan dalam pukul 11.30pm berkejar pergi LCCT jumpa degan mak aku ambik henfon ini *mihmih* tidur kat airport semalaman, bertolak ke KL central then balik rumah sewa terus bersiap peegi kerjaaa!

(Apa punya banyak lepastu)

Dan dikala malam-malam cenggini patutnya aku dah tidur (katenye hectic sangat khonn) tapi rasa naaak sangat update belog dalam sepatah dua kata sebab rindu sangat nak membebel kat sini! Hihi. Sila terharu sikit readers sekalian.

Oh yes lupa nak bagitahu, wedding fara was soo awesome! Bertempat di dewan seri siantan, putrajaya (depan istana kehakiman yang cantiik sangat tu), pengantin diarak dalam suasana keinggerisan (?!) bertemakan putih hitam pada malam yabg cukup indah. Amboii melampau terus dia kalau bercakap!

Sincerely cakap memang dream wedding lah.hihi

Majlis start dalam pukul 8.30pm macam tu, pengantin masuk ke dalam dewan dengan flower girls yang comel-comel. Yang penting farah pakai wedding gown dan laki dia pakai tuxedo. Bunga semua bunga segar warna putih, nampak romentikkkk sangat! *nak jugak boleh*

Makan-makan dan makan, majlis diiringi dengan live band dan 2-3 orang penyanyi yang tak kenal sangat. Lepastu mc cakap ada persembahan marsha, teruuus macam 'ommaigod marsha perform majlis diaaaa' tapi muka maintain cun buat lek-lek je lah. Hihi. Pulak tu dia nyanyi lagu DESTINY terus cairr sekejap. Hahaha *nak macam ni jugaaakk* (lagi sekali) (tampar pipi sendiri)

Cakap banyak tak guna, jom layan gambar :-)



......



...




..



.
Alaa kenapa blogger pakai phone ni tak boleh masuk gambar ea? Kenapa???

Frust lah macam ni. Takpe kalau nak tengok, sila ke fb kita ye. Malas dah ni nak menggodek apps hahaha

Dah download g+ pun tak jadik jugak, ajarin aku please?

Sunday, October 27, 2013

TIPS menggunakan kad kredit

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

assalamualaikum semua! hari ni ada feel untuk menjadi perancang kewangan anda pula. muehehe. sementara tangan rajin sikit nak menulis ni, layankan ajelah xoxo. lagipun nak jugak tulis sesuatu yang berfaedah untuk orang ramai, ni tak asyik-asyik buat entry macam budak-budak jek (-_-')

ehem. semenjak kita berkecimpung dalam bidang perbankan ni, banyak benda yang dulu-dulu tak tahu, sekarang "ooo.. macam ni". boleh dikatakan from zero (knowledge) to hero. ecewwah!

kad kredit. hemm hemm. dulu kan, kalau tengok orang pakai kad kredit mesti macam "wohoo kayanya dia tu" macam swep-swep and get anything that you want! best kan? gila tak best!

sepanjang bekerja sebagai collection officer ni, kita kena ada banyak pengetahuan i.e product knowledge. takdelah kalau client tanya kita tergagap-gagap nak jawab. muehehe. jadi sepanjang pemerhatian/ pembelajaran kita selama hampir 10 bulan ni, there's are the findings:

findings sangat. tips la haha.

1) UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI. kalau kita bukan seorang yang amat-amat memerlukan kad kredit, cuba elakkan dulu untuk memohon. kalau teringin nak beli apa-apa, latih diri untuk kumpul duit slow-slow dan lepastu baru beli cash. hoho.(macam ni lagi puas kot) tak kata orang, saya pun megheyam jugak nak apply kad kredit ni suatu ketika dahulu. tapi memikirkan KOMITMEN yang akan datang, saya rasa saya lagi sanggup kumpul duit kot (buat masa ni lah haha). tapi kalau untuk orang yang selalu travel (untuk tiket kapal terbang dan perbelanjaan kat obersi) elok kot la ada satu.

2) FAHAMI TERMA DAN SYARAT. kalau boleh ambik masa 3-4 hari, faham terma dan syarat, isi kandungan perjanjian, tarikh mula bil, tarikh akhir bayaran, charges yang akan dikenakan. tanya officer yang berkenaan kalau tak faham, bukan sesuka hati nenekmu turunkan tandatangan saja tau. lepas faham semua tu buat solat sunat istikharah minta petunjuk dari ALLAH :)

kalau boleh jangan tertumpu kepada satu institusi kewangan saja, cuba search dan compare dengan yang lain. (sebab tu la saya suka ambil pamplet dari bank lain pfftt) insyaALLAH korang akan jumpa provider yang sesuai.

3) CHARGES. boleh dikatakan kesemua bank dasar untuk kad kredit dia sama. sebelum ni saya ada buat perbandingan antara kad kredit aeon credit, bank islam, bank rakyat, maybank (tapi yang maybank tu saya tak faham sangat muehehe). cumanya mungkin ada yang boleh menguntungkan pengguna dari segi promosi, rebat, waiver charges etc. tapi basically sama lah. okei antara charges yang dikenakan:

a- FINANCE CHARGE: cas ini adalah yang ditetapkan oleh bank negara malaysia untuk SEMUA pemegang kad kredit di seluruh malaysia, dan berdasarkan baki harian "outstanding amount" anda. finance charge ada 3 tier, iaitu 13.5%, 16.0% dan 17.5%. rate ini berdasarkan CARA PEMBAYARAN anda. kalau anda seorang yang konsisten bayar tepat pada waktu selama 12 bulan berturut-turut, takde bayaran tunggakan, jadi boleh menikmati tier yang 13.5% tu yaw. charge ni boleh dielakkan kalau anda membuat bayaran dalam tempoh 20 hari penggunaan kad, sebelum tarikh mula bil baru (maksudnya lepas guna je terus pergi bayar dan kosongkan outstanding terus- tapi macam impossible je orang nak buat).

b- CASH ADVANCE FINANCE CHARGE: yang ni pun dari bank negara malaysia, dikenakan untuk mana-mana pengguna kad kredit yang buat cash advance. rate dia sikit je, tapi kita lupa. ahha. kalau tak silap dalam belas-belas ringgit je. yang ni ye'all please buat research sikit. mengada tau nak kita bagitau semua :-p

c- ANNUAL CHARGE: cas tahunan yang dikenakan setiap anniversary kad tersebut. kalau korang start guna kad masa bulan 3, jadi bulan 3 tahun depan akan ada cas ni. lebih kurang rm50 setahun.

d- LATE PAYMENT CHARGE: yang ni saya cukup kesal kalau ada manusia yang merelakan diri mereka dicas. 1% daripada outstanding balance bagi saya bukanlah satu jumlah yang sikit, contohnya kalau outstanding amount kita rm4000 maka LP charge adalah rm40. gittew. tapi cas ni takkan lebih daripada rm75, kiranya kalau outstanding amount rm70000 takdelah dia nak cas rm700. gila kentang mahal. haha. cas ni akan dikenakan kepada client yang tidak membuat bayaran sehingga due date. tapi kebanyakan bank ada tempoh ihsannya pulok, kiranya kalau due date 2hb setiap bulan maka dia akan start kenakan cas pada 6hb. kalau tak buat bayaran sampai 6hb baru akan dikenakan cas.

cas lain-lain mungkin boleh rujuk kepada perunding kewangan anda. ada sesetengah institusi kewangan yang kenakan cas untuk reprint statement, service tax (setahun sekali), ganti kad hilang, cas  dan lain-lain. yang penting jangan malu untuk BERTANYA okeh.

always bear in mind, LAGI BESAR PERIUK, LAGI BESAR KERAKNYA. hoh siap berperibahasa bagai. muehehe. tapi gitu lah, lagi besar penggunaan, lagi banyak amount cas yang kena bayar.

4) PAYMENT. yang ni yang paaaaling susah orang nak follow. pembayaran bulanan kebanyakan bank adalah 5% sebulan daripada outstanding amount (jumlah yang sudah digunakan). tak lain dan tak bukan adalah pembayaran untuk apa yang anda telah belanjakan. gittew. yang penting kena follow due date dan kalau boleh bayar lebih daripada minimum amount. lagi banyak anda bayar, lagi cepat outstanding anda kurang dan lagi cepat anda bebas dari hutang :) :) :)

5) JANGAN BODOH SOMBONG. sifat ini hanya akan merugikan anda. sepanjang kita kerja, ada jugak yang rude, shouting, dan berlagak. tu tak kira yang mecarut lagi tu. dulu-dulu stress jugak kalau terjumpa orang macam ni. tapi sekarang boleh gelak-gelak je.hihi. trust me, pihak bank negara malaysia dah gariskan beberapa panduan untuk pihak collection. contohnya tak boleh call lebih dari 9pm, guna perkataan kesat, dll. kita bukan AH LONG maa :) kalau ada masalah kewangan, pihak collection ada jumlah tertentu yang boleh dikurangkan dan baki boleh dibawa ke bulan seterusnya. kalau boleh kan, kita nak cakap macam stewardess dengan client kita taw! selalu fikir, layan orang macam mana kita nak orang layan kita.

6) JANGAN MUDAH BERSETUJU dan turunkan tandatangan dengan sebarang promosi contohnya dari syarikat insurans, barangan dan lain-lain. ada juga sesetengah pihak yang ambil kesempatan dengan pengguna kad kredit untuk mengambil sejumlah wang setiap bulan. kadang-kadang ada yang fikir "eh apasal mahal sangat padahal tak pakai pun", bila cek balik rupanya ada deduction dari pihak lain. sentiasa alert dan cek statement anda.

emm itulah sahaja kot untuk kali ni. penat taw kita buat research ni, jadi tolong hargai sikit nah *muka tak malu* haha. untuk lebih keterangan, layari www.bankinginfo.com.my dan blog ust zaharuddin





yang penting bersederhanalah dalam setiap urusan, jangan ikut nafsu sangat. amboi-amboi-amboi :)

p/s: saya rasa ini entry paling berilmiah yang pernah dihasilkan. muehehe

~~~jangan jadi hamba duit, kita hamba ALLAH. kan?~~~


Monday, October 21, 2013

my DREAM wedding

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

tajuk tu tak menahan kan? (>_<)

assalamualaikum, hai. sesuatu sangat tau kalau cerita bab kahwin-kahwin ni. hihi. walaupun saya takde plan nak kahwin lagi dalam masa terdekat ni (melainkan ALLAH cakap kun fayakun dan dah sampai jodoh) tapi sebetulnya memang takde plan apa-apa pun. err.. dalam 2 tahun ni dah selalu sangat attend wedding kawan-kawan kan, jadiknya pasang lah jugak angan-angan nanti nak kahwin nak macam ni, macam tu. typical girl sangat kan. haha. tambah pulak suka selak-selak buku pengantin tu. muehehe.

masa kecik-kecik dulu (kemain tau kecik-kecik dah fikir nak majlis macam mana. pfft) teringin sangat nak kahwin kat hotel... dari rumah saya nak pergi KOTA BHARU, mesti akan lalu hotel renaissance tau. dan akan fikir "esok-esok nak kahwin kat sini". haha. sekarang ni bila dah tahu harganya, memang GULP la telan air liur nak membuang duit kat situ. ngehngeh! (melainkan i olls kahwin dengan dato seri yeah).

so sekarang ni semenjak dah ada duit sendiri, baru macam rasional sikit dalam berangan-angan (eh boleh ke macam tu?). baru fikir yang kahwin tu bukan sesi fashion show dan sesi menghabiskan duit. haha. so my dream wedding is.. SOMETHING NICE AND SIMPLE.

kita teriiiiiiiingiiiiiiinn sangat untuk ada a WHITE wedding. pakai baju warna putih, pelamin warna putih, emm kat tangga ada lilit kain warna putih, pastu ada karpet putih, pintu gerbang warna putih. kek warna putih. muka bride je yang tak putih-putih. haha! dapat suami yang putih (cerah) tu satu bonus *ehem* taktau lah kenapa, sebab sekarang ni macam yang tema color blocking tu kan. kita nampak macam indian wedding pulok. hihi. mohon jangan terasa bagi sapa-sapa yang buat cenggitu.


gambar dari google -_-"

 lepastu nak ada wedding yang takde sesi tepung tawar atau yang sama waktu dengannya. masa kak long kita dulu, takde lah tepung-tepung tawar mana pun, tukar dengan sesi suap-suap pulut. panggil mak ayah, saudara-mara pihak lelaki dan pihak perempuan suap pulut untuk pengantin. boleh tahan banyak jugak lah kena makan. tapi masalahnya sekarang, KITA TAK MAKAN PULUT! memang loya tekak kalau makan. haha. melampau nau. kalau pulut pagi warna coklat tu je yang kita makan, dengan syarat kelapa parut tu kena banyak gila. so mungkin boleh ngelat acara ni.

i hate photobooth! ntah la taktau kenapa, macam takde faedah je benda tu. haha! macam ada satu side untuk perempuan menggedik kat situ dengan prop ntah hapa-hapa. sekali lagi, mohon jangan terasa. ampun-ampun. tapi kita lagi suka konventional wedding dan takyah pelik-pelik sangat. tapi guestbook tu nak, takut ter-missed tetamu yang datang. at least kita tahu sapa attend wedding kita haha!

oh one more thing, i hate loud music too! plus dengan deejay yang merapu-rapu. wedding akak kita dulu pun ada pasang-pasang lagu jugak, tapi dia tak suka. tapi abah insist. dann dia terpaksa turutkan. tapi nanti giliran kita, kita nak tegaskan kita taknak! hoho. tapi kalau pasang something instrumental piano ke, biola ke ok jugak kan? selagi tak menganggu tetamu nak bersembang. mihmih.

kalau boleh tetamu pun tak nak jemput saudara mara jauh yang tak kenal. boleh pulak cenggitu? haha. tak suka bila kita kena salam sambil senyum sumbing dan buat eye contact dengan mak kita, pastu bisik "sape nih mak? sedara kita ke?" haha!.. tapi sepatutnya masa majlis-majlis macam ni lah kena rapatkan silaturrahim kan. apa la aina nih! *ketuk kepala sendiri*

yang penting, SEMUA orang yang saya sayang kena ada pada majlis tersebut. adik beradik, sepupu sepapat, mak-mak saudara pak-pak saudara dan kawan-kawan, housemates dari  pasti arrasyidin sampai ke staff aeon kalau boleh. tapi macam impossible je kan muehehe

akhir sekali, dream wedding saya adalah untuk berkahwin dengan lelaki yang tepat. yang sanggup jaga saya, hargai saya, lindungi saya dan sayang saya bukan saja kat dunia tapi sampai akhirat sana. yang lihat saya sebagai wanita paling cantik di dunia, walaupun patploh ribu pompuan cantik keliling dia dan dia tetap kata "YES SHE'S THE ONE"..

sekian sesi merapu. haha. terima kasih kerana meluangkan masa :)

~~~nak kawen umur 24 tahun boleh. kahkah~~~

Saturday, October 19, 2013

my moment: AIDILADHA 1434H

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

mak aihh lamanya tak update belog.. assalamualaikum!

hai. sebelum dilabel sebagai blogger yang tak bertanggungjawab, marilah kita menghapdet sebelum terlambat. mihmihmih. muahh sikit kat readers yang tunggu kita up entry :)

tapi kalau entry kali nih kita tak up gambar takpe kan? malas nak mengedit letak watermark tu. muehehe. lagipun pinjam laptop roomate untuk hapdet kali nih, so jangan macam-macam okeh. jangan menggodek laptop orang macam laptop sendiri (-_-')

kalau raya puasa kita haritu macam senduu je sikit, tapi raya haji kita tahun ni rasa happy, awesome, and puas sangat! hoho. *muka riang ria di hari raya*

sebabnya:

tahun ni giliran kita pergi raya rumah orang. siap pesan kat mak, tahun ni kita rehat dulu sebab dah 5 tahun kebelakangan ni tak pernah missed buat korban. jadi tahun ni nak berehat dan ziarah saudara mara puas-puas. hihi.

berjaya buat oreo cheesecake sebijik walaupun hakikatnya tak berjaya sangat sebab lembik sikit. yang penting adik-adik boleh makan, kira berjaya la tu :-p  you know what, try sesuatu resipi lepas tu adik-adik request bila kita telefon diorang, tu maknanya masakan kita sedap! (perasan sikit)

baju raya kali ni kita yang tukang seponsornya. yang perempuan-perempuan pakai baju raya corak sama, yang lelaki-lelaki hade aku kesah! haha. adik-adik lelaki kita selalu raya haji pakai jeans dengan tishet je, sebab lepastu kena pergi tolong dekat tempat korban (tolong tengok).

sempat buat mini-gathering dengan bestfriends. makan-makan sambil gelak ketawa.

cuti raya haji kita paling lama sebab buat muka kesian dengan bos sambil cakap "raya haji kat kelantan lagi meriah daripada raya puasa tau. please consider me...." hasilnyaa, kita dapat cuti LIMA hari tau. hihi. tahun depan boleh buat lagi!

SEMUA benda yang teringin sangat nak makan dapat dilunaskan. orang mengidam pun tak mengada macam ni haha.

-pulut pagi warna coklat gelap cecah kelapa -- CHECKED

-nasik kak wook (ni kalau orang kelantan tak tau nasi ni, sia-sia je hidup kat kelantan haha) -- CHECKED

-nasik gulai ikan tongkol kg tapang-- CHECKED

-nasik lemak sambal manis mek som (sambal bilis dia manis sangat tapi kita pun heran kenapa sampai boleh mengundang ketagihan haha. mek som ni penjual nasik legend kat kampung kita, dari zaman mak kita kecik lagi. amboi kemain panjang diskripsinya) -- CHECKED

-nasik sup tulang -- CHECKED

TIDAKKAH INI SEMUA SANGAT HEAVEN? mihmih

tahun depan jom kita pasang niat untuk buat korban dengan duit sendiri. inshaALLAH moga dipermudahkan.

okai. hari tu kan ada officemate tanya, perlu ke buat korban-korban ni? hmm. tarik nafas dalam-dalam dan jawab, MEMANG PERLU.

sebab ni sebagai salah satu cara penyucian harta.

sebab ni cara untuk kita ingat orang susah. kalau sebelum ni diorang makan nasik lauk telur, marilah kita berkongsi rezeki bagi diorang nikmat makan daging fresh dengan banyak.

sebab ni cara untuk kita tunjukkan rasa syukur dengan rezeki yang ALLAH beri.

sebab korban ni untuk tunggangan kita kat titian sirat (ni mak kita yang bagitau, tak sure ada nas sahih ke tak).

makna KORBAN tu sendiri, memberikan sesuatu yang bernilai/yang kita sayang. kalau bagi apa yang kita dah taknak makan/guna, itu bukan korban namanya.

okbye.




eh ada la satu gambar raya haritu :-p



~~~tahun ni saya berkorban cinta. hihi~~~






Wednesday, August 28, 2013

my moment: AIDILFITRI 1434H

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

heyya. assalamualaikum!

cerita basi pon basi lah ye dek-dek non sekalian, sebab kekna memang malas laaahaaaai nak update pasal raya. pfft. benda lain boleh pulak kannn update ha ha ha. so nak kena buat entry atas permintaan ramai dan jugak untuk adil kepada diri sendiri (kengkonon-nya-lah).

raya tahun ni? overall tak besst sangat pun. huhuhu

sebab kak long giliran raya rumah mak mertua dia tahun ni.

sebab kitorang takde warna tema, main caca marba je semua.

sebab tak sempat buat biskut raya sendiri, even nak buat kek sebijik pun tak sempat :(

sebab balik raya kejap je, nak cuti banyak-banyak bukak company sendiri *sekian terima kasih*

sebab tak sempat berjalan rumah kawan-kawan sekolah rendah dan cikgu-cikgu, yang sepatutnya jadi aktiviti wajib untuk 5 tahun kebelakangan ni.

nampak tak betapa sedihh-nya raya aina tahun ni? nampak tak tu?? *emo pulak haha*

hari last puasa tu mak ada buat tahlil dan majlis bukak puasa sikit, tetamu dalam lapan-ploh orang kot terdiri daripada saudara mara dan kawan-kawan family. semua makanan aina dan mak yang buat sendiri, penat tak-yah cakap lahh ye adik-adik. sampai hari raya pun tak rasa sangat sebab duk mengemas tak siap-siap. ni bukan merungut tau, nak cakap ajee :-p

hari raya pertama pulak lepas solat sunat aidilfitri, pergi raya rumah jiran sebelah, pastu tunggu sepupu-sepupu datang. abang dengan adik-adik laki lagi best, bantai tido sampai petang. saja nak mengasah bakat membebel kita kann. kitorang hidangkan sandwich untuk tetamu, benda paling rare yang dibuat dalam sejarah hari raya! haha





1 syawal. yang baju merah bata tu bukan adik, tu MAK kita yeahh. stress jugak dapat mak awet muda sangat ni haha. kita pakai  kemera henfon je, tu yang gambar tak 'crisp' sangat. redhaa aje lah.





peminat datang serbu dan merengek nak bergambar dengan ayu raudhah. mwahaha. diorang ni sepupu-sepupu kita, yang belah kanan umur 21, yang belah kiri tu umur 19. yang penting bila kita bergambar dengan adik-adik kita tak boleh nampak tua, ngeh3.

masa raya pertama tu jugak ada la kan ada budak-budak datang collect duit raya, anak jiran-jiran kampung sebelah yang kita tak kenal sangat pun. mula-mula layan cam biasa la, alaa orang datang rumah kann. bagi duit raya pun niat kita nak sedekah la. sekali ajak bersembang tak nak. ajak makan kuih raya tak nak. then bagi duit, terus KOYAK DUA sampul raya tu depan mata kita dann sepahkan sampul duit raya tu atas tangga rumah tu jugak. berasap je telinga kita ni.., siap kau budak tahun depan bagi 20 sen je!





2 syawal. abang kita merangkap teman bergaduh terbaik-dari-ladang. hari raya kedua tu tak buat apa-apa pun, pagi duk umah kemas apa patut then petang pergi makan open house umah makcik. 

3 syawal. kitorang baru pergi rumah nenek belah ayah (walaupun kampung sebelah je!) nenek dah beremosi, aina pun dah rasa bersalah habis. tapi kalau family belah-belah ayah memang tak rapat sangat, sepupu pun tak tau nama cam-cam muka macam tu je.  ampun nenek ampun.





ni bestfren kita dunia akhirat insyaALLAH. kitorang kawan sejak dari darjah 2, dan TAK PERNAH gaduh sampai sekarang. dah lebih 15 tahun kawan. nanti aina buat entry pasal dia sorang yeahh. kiranya kalau raya tak pergi rumah dia, memang tak sah la raya tahun tu. haa nampak tak impak dia dalam hidup kita.

malam 3 syawal tu jugak, kita dah bertolak balik KL. start keje raya ke 5, tapi sebab nak elak jemm maka kenalah bertolak awal. sedih oh tak boleh cakap sebab tak puas sangat raya. sob3. sampai-sampai kl kebosanan sangat sebab sampai awal, pergilah berhari-raya di Midevelly. 

-tammat cerita hari raya-

tak kira jugak tak kira jugak, nanti aidiladha ni nak raya puas-puas. siap cakap kat mak, tahun ni kita tak payah buat korban, kita pergi jalan je rumah orang. hahaha. 

kbye.

~~~selamat hari raya puasa enam (bagi yang dah complete) tihihihi~~~



Sunday, August 25, 2013

rasa DEWASA bila...

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

hello hai assalamualaikum!

rasa dewasa bila..
boleh buat muka cool bila tergigit cili padi

rasa dewasa bila..
pergi kenduri tanpa mak teman
terutama kenduri kawan-kawan

rasa dewasa bila..
boleh bincang pasal finance
siap tahu istilah-istilah

rasa dewasa bila..
menyampah adik tengok kartun
padahal aku dulu tengok ulang-ulang
spongebob, wonderpets, blue's clue

rasa dewasa bila..
giliran memberi duit raya, bukan lagi menerima

rasa dewasa bila..
mak mula risau pasal jodoh aku

rasa dewasa bila..
ada handbag

rasa dewasa bila..
ada pengalaman patah hati

rasa dewasa bila..
tiap kali cuti ada jemputan kawan kahwin

rasa dewasa bila..
keluar rumah pakai compact powder dan BB cream

rasa dewasa bila..
own a lipstik. ngeh3

rasa dewasa bila..
pergi mana-mana tak kalut orang teman

rasa dewasa bila..
ada masalah ferut vuncit  (lol)

rasa dewasa bila..
mengah naik tangga

rasa dewasa bila..
beli sesuatu salesperson panggil 'kak'

rasa dewasa bila..
tengok gambar masa kecik-kecik dulu

rasa dewasa bila..
mak dah tak marah kita

rasa dewasa bila..
nak ada anak sendiri

rasa dewasa bila..
taip benda dah tak payah tengok keyboard

rasa dewasa bila..
tahun depan umur 24 tahun

sekian




ni lah henbeg kita wak. tihihi


~~~lagi dewasa, lagi banyak tanggungjawab, lagi menghampiri mati~~~


Friday, August 23, 2013

my two cent: pendidikan PERCUMA

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

hai assalamualaikum!

hari ni i is going to memberanikan diri menulis the hottest debate everr. isu ni akan tenggelam timbul tenggelam timbul sampai la musim pilihanraya akan datang (kot). i macam biasa la, i suka baca komen orang, tengok, dan fikir "eh eh betul jugak tuu". nama pun AINA (bermaksud mata kami dalam bahasa arab) kann, kena la jadi pemerhati dan tulis kat sini. nak berdebat kat komen-komen kat facebook tu memang tak ah, sebab i tak suka kena kondem. so ye'all baca je buah fikiran i kat sini dan komen dalam hati ha ha ha

ini bukan entri serius, jangan nak kerut-kerut kening dahi berlipat-lipat sangat lah.

aku teringin sangat nak sambung belajar. dulu ada cita-cita sebelum umur 30 tahun, nak ada 2 degree untuk bidang yang berbeza-beza. aku tak suka fokus satu benda. sains dan bahasa, dua-dua benda yang aku suka. bahasa inggeris masyaALLAH memang aku suka sangat. novel wajib tiap-tiap form tu aku boleh khatam 3-4 kali setahun tau. pernah tak korang rasa minat sangat subjek tu sampai korang rasa nak makan subjek tu?? aku pernah rasa untuk subjek english dan biologi. trust me yeah.

dann aku memang harap aku dapat sambung untuk english literature/tesl untuk second degree. dann benda tu macam mustahil bila fikir TAKKAN NAK BERHUTANG LAGI? masa nilah terfikir besttnyaa kalau dapat free education.

aku tak nak sentuh bab-bab politik, sebab orang kita yang pro satu-satu parti tu akan nampak baikk je apa pun yang parti yang diorang suka tu buat. malas lah nak melayan, kang ada yang putus kawan haha. ni aku tulis dari sudut ex-student macam aku yeah.

gila tak suka benda free? mestilah suka. ada ke kalau kat tempat korang ada van milo datang bagi air free, korang kerling-kerling pastu cakap 'maaf saya tak ambik benda free. ambik lah duit ni saya bayar air milo tu' sambil meletakkan duit seringgit lima puluh sen. takde kan. dah la air milo van tu sedap (err takde kaitan)

inikan pulak pendidikan percuma. macam ni 'nah duit DUA PULUH RIBU RINGGIT ambik buat belajar nah nah nah'

antara ayat yang orang selalu guna dalam topik ni,

a) pendidikan percuma melahirkan graduan tak berkualiti

ada orang compare, masa kecik-kecik dulu, kalau kelas free i.e kelas fardhu ain, kita banyak main. tapi kalau kelas tuisyen berbayar, kita behave sikit. ye ke? bukan sebab engkorang memang tak minat subjek agama ke sebab tu korang main masa kelas fardhu ain? haha

nampak tak statement macam ni dah merendah-rendahkan golongan tajaan JPA yang diberi pendidikan percuma. aku tengok kawan-kawan aku budak tajaan elok je, belajar sama macam biasa je takde nak main-main sangat pun.

sebenarnya pendidikan percuma tak bermaksud orang dapat semua fail spm pun, boleh masuk u. percuma sampai takde tapis-tapis. bukan macam tu sayang. proses tapisan tu sama je lah syarat wajib kita nak apply upu tu, malah mungkin lagi strict.

b) tak adil untuk golongan pertengahan

soo true. situasi kat negara kita, macam ni:

the top-scorer: dapat belajar dengan pembiayaan penuh,plus elaun sara diri yang mewah. grad, kerja kerajaan confirm. elaun tempat tinggal lengkap, kadang-kadang dapat quaters kerajaan. kalau hutang pun, komang-komang hutang kereta je lah. pencen ditanggung beres. den kayo.

the low-scorer: lepas spm terus kerja. ada jugak masuk IKBN (free education + elaun). dapat pengalaman kerja kurang lebih 5 tahun, buat bisnes sendiri. umur 35 tahun dah bebas hutang perniagaan, boleh kumpul aset. den kayo.

the middle-scorer (like me): hutang belajar dah RM21k. bila grad kerja swasta, dan semuaanya akan digigit dari gaji tersebut. bayar hutang ptptn, bayar sewa/loan rumah, bayar kereta. tolak  kwsp lagi. maka kerja sepanjang hayat semata-mata nak bayar hutang. den kayo hutang.


so penyelesaiannya?

ok fainnnn, nak kena bayar ptptn jugak. nantikan negara muflis padahal lupuskan hutang orang tuut juta juta billion takpe pulak. takpe, aku memang sedang cuba bayar sikit-sikit. tapi niat tu nak start bila dapat permanent post la hahaha. err kena awalkan sikit la ni kot.

aku nak sistem pendidikan yang open. biar berbaloi-baloi dengan apa yang aku bayar. contoh, aku budak sains biologi boleh masuk mana-mana subjek yang diajar kat u tu. jadual kat u, bukan pack sangat macam jadual sekolah menengah kan. selalu ada gap. so boleh je masuk mana-mana kelas, akaun ke kaunseling ke bahasa inggeris ke maritim ke. tapi subjek wajib tu kena hadir. gituh,

aku jugak nak cadangkan, dah alang-alang tak nak bagi free, tak yahh la bagi free kat semua orang. (muka jeles haha) bagi satu jumlah munasabah yang semua orang boleh bagi untuk suatu pendidikan *mengikut course apa yang diambik*. win-win situation. semua orang ada benda yang perlu dibayar, dan semua orang dapat elaun yang setimpal. after all, orang bijak ke tak berapa bijak ke semua menyumbang kepada pembangunan negara, kan? orang bijak jadi pentadbir, perancang. kurang bijak jadi pelaksana.




terima kasih ptptn, saya memang kenang jasa awak, saya nak 'menafkahi' awak setiap bulan. tapi kalau awak emm emm emm dilupuskan, hidup ni pasti akan lebih indah. hihuhi.

~~~pembelajaran sepanjang hayat~~~

Wednesday, July 31, 2013

EKSLUSIF: persiapan raya


in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

hai assalamualaikum!




baju raya tahun ni, peplum. first time beli baju yang ready-made. hihi. tapi yang ni pakai raya kedua kot, sebab raya pertama wajib pakai baju yang mak jahit. peplum ni masjid india mari. tak kisah lah, janji fabrik CHIFFON yang selesa ittuw!  *nanti kena gigih oter ni, sebab kain dia labuh sangat untuk aku yang pendek ini hewhewhew*






my first duit raya give-away! baru ni tukar dengan officemate 100 hinggit sahaja, sebab kewangan kita belum kukuh lagi. hewhewhew (ok fine gelak yang menyampahkan) semua dah siap packing masuk sampul masing-masing, nampak tak bersungguh tu. haha. aku letak flat rate rm2. untuk 18 tahun ke bawah sahaja. first come first serve :-p

sekarang nih radio-radio dah pasang lagu raya dah. ish. menguji kesabaran dan keimanan betul. nak pergi kerja pun dah takde motivasi, asyik duk ingat rumah je. haha. tambah lagi kalau dengar lagu siti yang 'SAYU... HATI INI MAKIN SAYU.. RINDU.. TERKENANGKAN DESA PERMAI'. gugur jua setitik air mata. sabar-sabar, hari selasa ni aku akan pastikan aku dah tercongok berbuka puasa kat rumah!

tengah seronok dan bergumbira nak balik raya, sebenarnya ada sikit cuak jugak. jengjengjeng. mak aku cakap ada orang nak 'datang' rumah nanti raya ni, 'datang' yang ada makna tu. haha. aku dah takut ni. otak jahat cakap pergi lari je time diorang datang, cakap la pergi raya rumah kawan ke hapa. tapi hati yang baik kata cuba bagi peluang untuk diri sendiri (dan si dia) dulu. uwaaaa.

tapi, bunga yang berkembang tetap akan dihidu sang kumbang kan? (ewah banyak kau punya bunga aina, kategori bunga raya yang takde bau tu pun belum tentu lagi haha). hoi rasa macam dalam drama AdaMaya la pulokk :-p insyaALLAH, mohon dipermudahkan.

~~ lagi 6 hari nak balik kampung!~~~

Monday, July 29, 2013

kenangan RAMADHAN zaman budak-budak


in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

hai assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ^___________^




rasa dah tua la pulokk bila ada word 'budak-budak' ituw. haha.

just a short entry before going to sleep. by the way, tomorrow is monday guys *how i wish weekend is longer huhu* so kena tido awal-awal okeh :) nanti esok berperang dengan diri sendiri nak bangun sahur dan pergi kerja. tapi pelik kan, kalau weekend boolat je mata tak payah bangun lambat pun, siap pukul lapan pagi pun dah sakit pinggang kalau nak baring-baring. tapi bila weekdays ya ALLAH masyaALLAH susah betul nak bangun. bila mengadu dekat kawan-kawan, depa cakap ituw semua MINDSET. ceyt.

tergerak hati nak buat entry ni sebab bila blogwalking raaamai yang duk cerita pasal puasa masa kecik-kecik kan. yang paling fofular bila part curi-curi minum air paip. but mine is lain sikit yeah. ha ha ha

aku masa kecik memang TAK PERNAH curi minum air paip taw sebab dah diajar dan ditanamkan mindset yang air paip tu kotor. kalau kumur-kumur pun takde nak buat telan-telan ke sebab memang tak boleh masuk! haha. cikgu sekolah ajar air paip tak masak lagi, kuman tak mati, nanti kuman membiak jadi cacing, cacing makan isi perut kita. okey baiklah cara ituw memang berkesan ('-_-)

first time puasa penuh adalah masa darjah tiga. agak lambat ye di situ berbanding dengan adik-beradik yang lain. tapi masa darjah dua ponteng sehari je tau. yeah ni yang lucu sikit (err nanti kalau engkorang rasa tak lucu takyahh condemn haha)

masa darjah dua tu kitorang sekeluarga puasa kat kampung arwah tok ayah kat gua musang. memang best dan meriah sangat puasa dengan sepupu-sepupu yang umur lebih-lebih kurang kan. seminggu, dua minggu, tiga minggu elok lagi. pastu bila part pengumuman hari raya tukan, aku cakap direct kat mak,

"kalau esok tak raya lagi orang tak nak puasa jugak"

"kalau tak puasa esok tak boleh beli kasut raya"

"tak nak puasa jugak sekian" (dalam hati)

dan sahur esoknya aku memang buat kejung je bila dikejut bangun sahur. dan hari tu aku memang tak puasa, dan teruk dikeji oleh abang dan sepupu-sepupu. haha. tiadalah aku mengisahkan. tapi bila mak nak pergi beli kasut raya tengahari tu, aku memang mengamuk nak kasut raya jugak. kekdahnya. dan hasil amukan ituw dapatlah sepasang sandal baru yang ada kartun katak hijau kat atas tu (aku tatau kenapa aku boleh ingat dengan jelas lagi sandal ituw hahah)

berponteng puasa curi-curi memang a big no-no okeh. kalau tak boleh puasa, cakap direct dengan mak. negotiate kenapa tak boleh puasa. jangan makan belakang-belakang! kalau kantoi buruk padahnya haha

kami adik-beradik TAK PERNAH diajar dengan ganjaran duit kalau dapat puasa penuh yeah. even rm30. kalau dapat puasa penuh dapat pahala. dan minda budak kecik masa tu aku imagine 'pahala' tu bentuk piano. maybe sebab masa kecik aku teringin gila nak piano sebab orang dalam tivi main macam best kan. ASTAGHFIRULLAH AL-AZIM. dah besar-besar ni baru tahu ianya benda ghaib yang tak perlu dibayangkan.

okeylah. tu je kot. katanya short entry je kan. hewhewhew. tahun-tahun lain aku puasa je cam biasa, takde yang special sangat. tapi masa first time tinggal puasa bila akil baligh tu ya ALLAH gembira tak hingat dunia. nak-nak masa tu dah nak dekat raya, seronok ghonok aku jadi tukang tester biskut raya. haha. ASTAGHFIRULLAH ASTAGHFIRULLAH. kbye.


~~~ dah masuk 10 ramadhan terakhir woi!~~~

Tuesday, July 23, 2013

si MANIS berkurung

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

ewah tajuk tu tak boleh bla betul. hihi. tapi memang betul pun kan, perempuan yang pakai baju kurung ituw selalu nampak manis yeah. tak kira la dia gemuk ke, kurus ke, tinggi ke rendah ke. manis di mata orang dan juga mata agama (exceptional baju kurung yang ketat tak boleh bernafas tu). gittew.

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

untuk pengetahuan engkorang baju kurung ni ada banyak jenis tau. sikit-sikit yang aku tahu:

1- baju kurung biasa: yang cukup lengkap ada pesak, kikik, main body dan lengan. yang biasa available kat pasaran ituw.

2- baju kurung johor/ riau: baju kurung ni kembang sikit kat bawah dia. orang mengandung pun boleh pakai. tapi aku ada 2-3 pasang je kurung jenis ni sebab aku rasa ia membuatkanku kelihatan lebih pendek. haha (padahal dah memang jenis tak tinggi pun)

3- baju kurung pahang: baju kurung jenis ni memang feveret aku sebab tak nampak menggeleber sebab dia takde kikik. kikik tu yang bentuk segitiga kecik bawah ketiak tu. hoi geramnya nak lukis bagi engkorang faham! haha

4- baju kurung kedah: yang ni simple. aku tak pakai bawak pergi kerja. elok pakai time nak pergi rewang kenduri kendara je *ini bukan statement double standard hihi*. baju ni singkat sikit atas paha, dan takde kikik/pesak.

5- baju kurung moden: yang ni ada shape sikit (selalu orang buat lisu kat depan dan belakang). pakai raya-raya homey jugak, sebab baju kurung jenis ni nampak vogue gittew. kalau engkorang perasan datin-datin dalam drama tv suka pakai.

6- kurung peplum: trend kott zaman sekarang! dan aku dah pun beli satu. pffft. (nampak tak mangsa fesyen kat situ hahaha). tapi sweet lah yang jenis peplum ni, sebab dia ada kembang-kembang kat bawah. tapi pastikan jangan beli yang kain jenis jersi atau lycra, nanti asyik melekat je kat badan tau. tak seswai ok! beli jenis kain chiffon tu sebab ringan, tak panas, nampak mahal dan bagi ilusi kurus gittew.

dan untuk pengetahuan engkorang AKU MEMANG SUKAAA GILAAA PAKAI BAJU KURUNG! pergi kerja hari-hari aku pakai baju kurung tanpa mempedulikkan ofismate yang suka pakai slack dan blouse. hihi. aku pun tatau kenapa, tapi mindset aku 'seluar tu hanya akan dipakai time weekend'.

masa study dulu pun kalau kelas sejam pun aku rela pakai baju kurung yeah.

mak aku adalah sorang taylor, dan memang semua baju aku mak aku yang buatkan (dari kecik lagi). so aku boleh nak ngengada sikit. nak kecik kat situ, nak besar kat sini. hahaha. lagi satu kat pasaran takde saiz aku yang gumuk-pendek ini. dan hasilnyaaaah:





a wardrobefull of  baju kurungs. yang feveret aku sangkut, yang less feveret duk kat bawah. pffft. dulu time rerajin aku susun ikut warna. tapi tu dulu je lahh haha. baju-baju casual dan baju pakai kat rumah letak kat lemari lain. 

and some other  pics:



gelapkan orang lain dan highlight diri sendiri tu memang keje feveret aku haha




kelas sejam masa ni. dan aku sorang pakai baju kurung yihha



baju nih dah jadi kenangan sebab kena iron kat tengah :(


pesanan penaja: orang sekarang suka pakai baju kurung time raya, kenduri, dan hari jumaat je kan? pelik betul. baju kurung sangat selesa kot. yang penting tak nampak lelemak kat pinggang tau! hihi


stay tune. kbye ^________^


~~~ i defined 'kurung' as terpelihara ~~~

Sunday, July 21, 2013

IFTAR with love

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

hai assalamualaikum. harini rajin sikit tulis entry sampai dua. sebab aku tahu bukan ada orang baca pun kalau aku tak tepek kat fesbuk. pffft. haha

so i decided not to stick it on my fb. sebab aku takut orang ingat aku gila glam. hihi *gelak sorang-sorang lagi sekali*

alhamdulillah, setakat harini 12 ramadhan aku tak pernah lagi iftar sorang-sorang sambil lap air mata. selalu ada kawan-kawan, officemates dan jugak housemates yang temankan walaupun takde famili di sini. yeahh.

soo kite nak share gambar bukak puasa ikit dengan awakk bolehh... *dah datang perangainya yang gedik ituw* mohon jangan tengok gambar makanan ini di siang hari. kuikuikui




hari pertama iftar dengan nasi lelemak sehinggit, ayam uncle bob dan jugak air bandung cincau.




hari ketiga bersama ken dan wani kat kepsi sogo. sesambil cari barang raya *nampak tak gelojoh nak raya tu*. dan jugak jangan percaya dengan kulit muka kami kerana ini semua poyo 360 kemera




minggu lepas: yoyah dan tirah @ pizza hut hamid valley. yeah. datang awal kemahin takut fully-booked sebab hujung minggu kann, then ended up  mengelamun dan berborak je kat meja makan tu.





cheese-baked meatball with carbonara sauce ituw memang terbaik dari ladang!




semalam punya cerita. berpeluang makan sizzling steak @ HR steakhouse kampung baru yang famous ituw. sedap, banyak dan harga dia reasonable. lain kali kalau datang kena order satu plate untuk 2 orang. hihi



with them: dari kiri kak fit, acap, zul, myself and kak siti. wani tukang ambik gambar. 


yeah kali ni aku berjaya tulis sikit-sikit je. haha. selalu aku suka tulissss je banyak-banyak. well let the pictures talk la pulak :)

apesal rasa macam banyak western food je ni kan? maybe sebab kat kl ni susah nak jumpa restoren makanan biasa kot (ke aku yang tak jumpa lagi). kalau yang masakan panas pulak banyak kedai mamak (i is tak berapa gemar la huhu). rinduunyaaa nak makan budu tapi takde ulam yang rare la pulak kat sini. paling-paling timun je. rinduu jugak nak makan sambal petai + ikan bilis + kerang + udang yang hanya terdapat kat pasar binjai sahaja. sobs

pesanan penaja: sesambil bergembira menjamu selera, jangan lupa untuk bersyukur dan ingat dekat orang yang lagi susah yeah. 

kbye.

~~~orang yang mencari CINTA adalah orang yang mencari HIDUP. tanpa CINTA, hakikatnya dia sudah MATI. eh tiba-tiba sangat haha~~~

Saturday, July 20, 2013

poly-GUMMY (baca: poligami)

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

poligami? satu benda yang cukup men-trauma-kan kaum perempuan kenn. eh sebelum tu aku nak bagi salam dulu. assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh (tak jawab dosa yaww).

'isteri pertama tak pandai jaga laki'

'isteri kedua perempuan penggoda'

'suami tu la yang gatal, tak cukup dengan satu'

etc.etc. skeptikal masyarakat negara kita memang macam ni kot eh?

*wah terasa matang habis bila buat entry pasal kehidupan alam rumah tangga ini haha*

aku nak bercerita sikit sebab lately ni banyak kan orang duk cerita si ashraf muslim yang kahwin lagi satu tu. ramai yang nak jadi feminist, chauvinist, dan women's right activist suarakan pendapat masing-masing. ingat ye kawan-kawan, pendapat pendapat jugak, jangan sampai menidakkan hukum tuhan. kutuk sampai tak sedar kita menghina agama. isk isk

as for me yang pernah hidup dalam dua suasana- monogami dan poligami; both of gummy (ehh?!) have their own hikmah.

kebanyakan family members dalam keluarga besar aku, ada dua 'cawangan'. kebanyakan ye, bukan semua. so poligami dalam family kami ituw tidaklah satu tindakan yang rare. haha. dan aku sangat respek dengan ayah mat (sepupu mak aku) sebab kehidupan poligami dia sangat indah *di mata aku lah, orang yang merasa aku tatau*. rumah both wives dekat-dekat, mengandung sama-sama. anak-anak membesar sama-sama, dan anak-anak dia semua berjaya dalam hidup. ada jadi pegawai, ada masuk darul quran, ada belajar oversea. see? it is not a bad thing after all.

pengalaman sendiri pulak:

masa mak aku menjadi satu-satunya isteri untuk en. Mohamad bin Abdullah- kehidupan sangat bahagia bila abah sentiasa ada. plan nak g mana-mana kena abah tentukan dan bawak, malam-malam makan sama-sama, nak pergi kencing malam-malam abah temankan (LOL). kebergantungan tu 100% bila ada pelindung dan decision-maker in the house.

bila abah dah dijemput ALLAH, my mum buat decision untuk jadi second wife untuk en. Syed Ali bin Syed Abdul Rahman- cemburu, tak puas hati (normallah kan, dua-dua isteri pun manusia biasa) but the best part is bila my mum ada JADUAL. yihha. bila turn abah balik, kemas rumah betul-betul dan masak. time off day (abah rumah satu lagi) boleh rileks-rileks kat rumah. boleh masak suka hati takyah ikut waktu makan. takyah ikut menu abah. takyah kemas rumah beria. haha. pastu kalau nak pergi berjimba dengan mak aku, she just text my dad mintak izin. untuk pengetahuan engkorang keluar berdua dengan mak (tanpa abah) ituw sangat best yeahh.

monogami dan poligami, dua-duanya diamalkan oleh rasulullah s.a.w. baginda ber-monogami selama 25 tahun tetapi ber-poligami cuma selama 10 tahun. poligami asalnya harus, dan boleh bertukar sunat, makruh atau haram.

"sayang, izinkan abang kahwin satu lagi...?"

"bukan sayang taknak bagi, tapi sayang taknak abang sayang yang hensem ni jalan bahu senget-senget kat sana nanti.."

dari Abi Hurairah r.a nabi Muhammad s.a.w berkata, "sesiapa yang mempunyai dua orang isteri, lalu ia lebih cenderung kepada salah satunya dibandingkan dengan yang lain, maka pada hari Qiamat akan dibangkitkan dengan keadaan miring sebelah badannya"

ouch.




rujukan:

1. Imran Yusof. Di Bawah Payung Aishah: Tip-tip Poligami. ms 83-84. 2007. PTS Islamika, Selangor Malaysia.

2. http://baitulmuslim.com/book/export/html/2859 retrieved on 21st July 2013

3. http://sebarkanbahagia.blogspot.com/2011/08/kekeliruan-faham-di-sebalik-ayat.html retreived on 21st July 2013

4. Rafid Abbas. Poligami dalam Nash Al-quran dan Hadis. (PDF). Jurnal Edu-Islamika Vol. 3 No. 1. 2012. Indonesia

kbye. moga bermanfaat.

~~~kerana cinta itu ftrahnya setia~~~

Tuesday, July 16, 2013

5 ramadhan 5 cerita

in the name of ALLAH, the Most Gracious and the Most Merciful

hai, assalamualaikum dan selamat berpuasa to all readers, silent readers, friends, followers, and admirers *mukadimah yang bajet hot-hot dan famous haha*

alhamdulillah harini kita dah masuk puasa yang ke lapan. by the way, suka tak dengan wajah baru belog aku ni?? suka? tak suka? tak suka..??!  well hello sekarang ni memang trend parsley-parsley ok *aku tatau ejaan "parsley" tu betul ke salah haha* baju nak parsley, tudung nak parsley. belog pon kena la parsley jugak.. sape tak suka engkorang punya pasal. pfft

lagi satu, ruang nak menulis tu macam sempit sikit lah. ada orang cakap baca satu-satu tulisan cenonet yang dekat kita paste HTML/Java scrip tu. then ubah je nak saiz berapa kat situ. tapi masalahnya tidaklah rajin mata hamba membaca tulisan cenonet ituw satu-satu, sape nak tolong ubahkan aku boleh bagi password belog ni. haha *tipu je* baiklah kakna redha je lahh dengan ruang yang sempit dan background yang terlebih besar ituw.

nak ajak engkorang sama-sama flashback dengan aku pengalaman puasa aku 5 tahun lepas. zaman peralihan antara zaman masuk matrik, zaman masuk u, dan jugak zaman kerja. gittew. entry ini mungkin jugak akan jadik panjang dan melalut-lalut, sapa rasa ada eye irritation boleh baca sekerat je haha. alaa bukan selalu pon aku tulis panjang-panjang nih. layankan aje lah!

ramadhan 1429H

tahun tersebut adalah tahun pertama aku berpuasa di rantau orang *cewah bajet oversea lettew* takpayah nak oversea sangat lah aina, padahal kolej MARA kulim ituw hanyalah terpisah oleh tasik banding je dengan kelantan. huha. makan sangatlah mewah pada bulan puasa, kalau berbuka mesti ada eskrem sekali. pastu lauk mesti ayam. suka!

masa bulan puasa tahun ni jugak, aku kena demam campak yang serius. azab sangat kena demam ni, sampai nak naik tangga pun rasa lemah-lemah badan. badan rasa panas dan tak lalu makan. masa ni berat badan turun sampai 49kg uolls (which is sangat menggembirakan untuk orang sihat macam aku ni lol). habis bijik-bijik merah naik atas badan aku, sampai dalam mulut pun ada tau! pastu yang paling sedih bila aku naik bas balik kelantan sorang-sorang, sebab pihak kolej takut terberjangkit dengan student lain. pastu chairmate dalam bas tu boleh pulak request dengan driver nak duduk kat seat lain. aku dah sentap dah. sebab masa ni muka aku memang buruk, baaaanyaaak sangat bintik-bintik merah yang kalau tengok sekali macam jerawat batu. sampai sekarang pun parut tak hilang lagi huhu

pada waktu tu jugak aku gigih mengkhatamkan al-quran dalam masa sebulan bersama group tadarus yang bestt sangat! sistem macam ni senang sikit, sebab sebagai perempuan mesti ada waktu cuti bulanan tukan. so kita dikira khatam sekali kalau lah walaupun kita just dengar orang mengaji. ganjarannya, dapat al-quran sebijik yang aku guna sampai harini :)


dari kiri: kak timoh, husna, fedi, yani, fifi, aku the gojess one, mira, ain, kamaliah dan siti. group tadarus yang happening-mana-mau-cari
  


ramadhan 1430H

1st year di terengganu. masa nih makan memang tak hengat dunia apatah lagi hengat nak control diet, sebab gerai kat luar umt yang jual lauk berbuka puasa sangat banyak dan tempting. yang paling feveret aku nasi kerabu ayam percik sorang pakcik nih. ori betul nasik dia, macam makan kat kelantan tau. tahun ni jugak aku pernah buat kerja gila pergi makan sahur kat kedai tomyam. kedai persatuan tomyam *agak tak boleh bla kan nama kedainya* haha! padahal tak pernah-pernah keluar pepagi buta cari makanan.

ramadhan 1431H

2nd year berpuasa di terengganu. masih lagi dengan habit makan-tak-hengat-dunia-macammanalah-badan-nak-turun. tapi kenangan paling manis masa ni adalah, aku ada pergi la kan satu camp ramadhan anjuran kelab double helix (kelab kos aku dulu). engkorang nak tahu, dalam program ni aku dapat award ANUGERAH PESERTA FEVERET hasil undian orang ramai hoho

aku memang terkejut, tak sangka dan speechless masa dapat award ni. ingat senang ke budak tak hot macam aku ni untuk dapat undian orang ramai. aku syak diorang admire aku masa sesi bakar-bakar ayam tukot, sebab aku memang seorang yang peramah habis. haha. takpun masa sesi perkongsian tu aku ada stand up dan memberi buah fikiran *haktuihh* sila jangan perasan, ntah-ntah tu undi simpati je :-p

hasilnya, aku dapat sebijik buku THE ESSENTIAL OF GENETICS yang aku takkan jual sampai bila-bila (walaupun aku tak baca haha)

ramadhan 1432H

3rd year students. puasa tahun ni cuti sem kot, so dah takde nak beli-beli untuk bukak puasa. semuanya aku masak sendirik walaupun bangun masak dengan jiwa yang sebal bangun 4.30 pagi (nampak tak kurang keikhlasan pada waktu ituw kuangkuangkuang). bukan apa, mak aku is a taylor (walaupun dia dah ada kerja lain, dia tetap ambik upah jahit baju orang- minat katanya). so dia memang serah bulat-bulat untuk aku masak. apa-apa hal aku nak tanya resipi ke hapa ke aku laung je dari dapur, then mak aku ajar sesambil dia menjahit sebab dapur sebelah menyebelah je dengan bilik kerja dia.

ramadhan kali nih jugak aku ambik upah gulung popiah dengan bayaran 5 hinggit sehari, kat kampung aku. haha. nampak tak gigih tu nak cari duit. pegi gulung popiah selama 2 jam macam tu kot. tapi aku buat sekejap je dalam 5 hari macam tu, sebab aku dengan rela hati memecat diriku sendirik sebab gulungan aku tidak kemas dan mungkin tidak menyelerakan orang ramai untuk membeli. pffft

ramadhan 1433H

ni masa honeymoon habis, belajar dah habis dan tak start keje pun lagi. takde stress-stress. so aku memang jadi full time housewife which is sangat seronok! masa nih skill memasak memang terer habis lah *i is tak malu puji diri sendiri haha*. masa ni pun dah memasak dengan ikhlas. tanya je mak nak makan apa, terus zuuuppp pergi buat. haha. mak sayang habis waktu ni.

ayam percik, kari ayam, masak tempoyak ikan patin, keli paprik, kari ikan, sup tulang, nasi kerabu, etc etc antara lauk yang mendapat pujian. hewhewhew. pastu pakej pulak dengan pencuci mulut. kejap buat agar-agar mangga, kejap buat agar-agar laici. agar-agar milo. pastu ada buat puding trifle. kuih puteri mandi pon buat sendiri jugak. nampak tak ciri-ciri menantu pilihan di situ. kuikuikui

masa ramadhan ni jugak first time aku kena keracunan makanan. bukan disebabkan tahap kebersihan penyediaan makanan aku taw! tapi sebab aku gila makan nekbat. tau nekbat? (aku tatau nama standard dia apa) alaa yang macam kuih bahulu, tapi dia ada kuah yang manis-manis tu. aku kena sebab makan nekbat moreh lepas terawih kat kampung (kot). doktor cakap maybe perut aku tak boleh dengan pewarna kuning dalam tu. masuk air dan kena tahan wad HRPZ dalam satu malam. masa ni rasa lemah tak berdaya habis, baru tahu mensyukuri nikmat sihat. huha

ramadhan 1434H

ramadhan pertama sebagai sorang pekerja. yeah. tahun ni aku memang TAK MASAK LANGSUNG, sebab malas nak setting. haha. malas nak beli beras, bawang, rempah, asam, garam, minyak, sayur-sayur etc etc semua-semua tu. kalau kat rumah semua dah ada, tinggal nak masak je kan.  lagipun aku sorang je yang makan. lagi la nan-hado semangat nak masak. balik keje pun dah lambat *alasan haha*

cara yang menjimatkan masa dan tenaga adalah beli je lah. bazar ramadhan pun bersepah kat sini. hihi. yang penting kena tahan nafsu dan berbelanja TAK LEBIH dari 10 hengget. nasib baik aku bukan suka sangat kuih muih yang jual-jual nih. tepung lebih la, tak cukup telur, tak cukup itu ini. seriously kuih yang home-made lagi sedap. haha. nampak tak cerewetnya aku kat situ. so aku akan beli nasik dengan air je lah. burrrp alhamdulillah kenyang ^_____^

ramadhan kali ni seriously aku nak makan kambing golek. tapi tak jumpa-jumpa lagi. huha. orang cakap kat bazar ramadhan wangsa maju ada. kalau ada sapa-sapa nak belanja, please pm me. hewhewhew

okeh lah. letih dah kakna menaip. (pembaca: fuhh lega dah habis pun). eleh ingat aku tatau korang memang malas membaca. pffft. hahaha

soalan cepu cemas: ADAKAH TAHUN DEPAN AKAN BERPUASA BERDUA? hihi. only ALLAH knows. any updates i'll let you know babes *lagi-lagi bajet hot*

~~~ ramadhan: bulan pembebasan dari api neraka ~~~

Saturday, July 13, 2013

tazkirah ramadhan: 2 GOLONGAN

in the name of ALLAH, the Most Gracious and the Most Merciful

hai, assalamualaikum!

hari ini dah empat hari puasa. yeay we've made it. *clap*

puasa kali nih first time aku menjalani ibadah puasa di tempat tinggal baru, kat Vista Angkasa Apartment ni. so far so good, dan terawih kat sini bessst sebab imam baca surah pendek (juz amma); nampak tak aku ni pemalas betul nak berdiri lama-lama *pffts*. solat terawih pun nak berkira, berat nanang sungguh aina ni. ngehngehngeh. sistem yang digunapakai di sini adalah solat isyak dulu, solat terawih 4 rakaat, pause dengan tazkirah, sambung lagi terawih 4 rakaat dan akhir sekali witir 3 rakaat. lepas doa tok imam akan baca niat puasa, supaya semua orang terus niat dah tak yah pening-pening konfius dah niat ke tak (part ni aku rasa sweet haha). dalam pukul 10.30 complete la semua. gittew.

sempena hari baik malam baik bulan baik ni aku terfikir nak share apa yang aku dengar tadi. bukan apa, aku takut lupa la. at least nanti free-free boleh aku baca balik dan ingatkan diri-sendiri. gittew. hari ni pulak rasa macam cergas sikit masa terawih tadi, sebab tak sumbat makanan banyak masa berbuka haha. uolls nak tahu, masa first day pergi terawih, ya Allah ngantok sangat macam nak meninggal! masa tazkirah tu dah macam lalok-lalok, and the best part masa imam baca doa tu aku siap tertidur. pastu malu dengan orang sebelah takyah cerita ah. sebbaik tak kenal hahaha. bermula dari titik ituw aku dah insaf.

malam ni, tok imam cerita pasal:

dua golongan (reaksi) orang yang menyambut ramadhan.

1- golongan yang menyambut ramadhan dengan dukacita: golongan yang tak rasa lazat beribadat, yang rasa terbeban dengan ramadhan. tahan lapar rasa susah, tahan mata, telinga rasa susah. solat pun berat. pastu ada la yang panjang akal siap nak pergi cari port nak ponteng puasa. minta ALLAH jauhkan kita semua dari menjadi golongan ini yea.

2- golongan yang ternanti-nanti untuk menyambut ramadhan: merasakan manisnya ibadat, nak grab semua peluang ibadah yang ada di bulan ni. berlumba-lumba melakukan kebaikan. puasa, terawih, tadarus, zikir, sedekah semuanya dilakukan dengan seronok dan istiqomah.

then lepastu tok imam sambung lagi,

  4 jenis orang yang ALLAH tak terima ibadat mereka:

1- orang yang minum air kencing setan (arak) secara berterusan- yang ni tak pernah buat. alhamdulillah

2- anak yang menderhaka kepada ibu bapa- check balik ada sakitkan hati mak ke tak. ada tinggikan suara ke tak. ada dosa dengan ayah ke tak.

3-  orang yang memutuskan silaturrahim- gulp. ada ke tak de ni? aku takut aku ada tersakitkan hati orang, pastu orang tu tak hingin kawan dengan aku dah.

4- orang yang berdendam- flashback. hati, kau ada dendam dengan sapa-sapa tak? (selain daripada dendam dengan song hye gyo sebab kulit muka dia cantik tahap nak meninggal. ok fainnn dia kan duta lineage)

adab-adab di bulan puasa.

1- bersahur. kerana yang membezakan puasa orang islam dengan puasa agama lain adalah tang sahur. sahur tu bangun dinihari untuk makan ye. bukan supper pukul 12 malam sebelum tidur.

2- menyegerakan berbuka. kalau yang sentiasa tersangkut dekat traffic jam, elok prepare kurma ke air ke untuk menyegerakan. aku setakat ni takde masalah part ni, pukul 7 dah hidang makanan siap-siap hoho

3- menghidupkan malam ramadhan. buat solat sunat. terawih kan setahun sekali je? buat kaw-kaw tahun ni, sebab tahun depan belum tentu jumpa...





nanti kalau aku pergi terawih esok aku dengar kuliah tu elok-elok, kalau rajin aku hapdet lagi ek. renung-renungkan dan selamat beramal!

~~~ jaga mata bila pergi masjid. ahaha~~~

Tuesday, July 9, 2013

RAMADHAN tiba

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

"ramadhan tiba, ramadhan tiba.. marhaban ya ramadhan marhaban ya ramadhan.."

"bulan ramadhan, bulan yang berkat.. bulan rahmat dan bulan utama. pahala digandakan, doa diterima.. malam al-qadar yang istimewa..."

"ku mengharapkan ramadhan kali ini penuh makna.. agar dapat kulalui dengan sempurna..."

those nasyeeds really make my day in this fasting month ^_^

subuh 1 ramadhan 1434H dari tingkat 9

pagi tadi aku sahur dengan 4 bijik sosej, sebiji buah oren sunkist, segelas susu anlene dan yakult. hajat nak makan sandwich yang aku buat semalam tu, tapi stok roti kat kedai SEMUA dah habis, semangat betul orang kat sini makan roti ye (-_-")

pesanan dari penulis: jom sama-sama buat ramadhan as a turning point, kalau dulu kurang baik jadi lebih baik. dan tarbiah sebulan ini terus mampu mendidik kita untuk 11 bulan yang berikutnya. insyaALLAH. jangan lupa zakat, sedekah, zikir, tadarus, dan senyum ^__________________^

by the way, aku suka jugak melayan nafsu makan sehari sebelum puasa. ngeh3. upah nak puasa esok katenye. hamboi kemahin tu kan. macam tak boleh makan langsung je kan masa puasa nanti, padahal kat bazar ramadhan nanti gajah rimau golek je yang takde. yang lain semua ada.



nah ambik la upah gahaha



okai kawan-kawan, jom solat subuh. puasa saje tapi subuh dinosaur tiada gunanya. hee

~~~ ramadhan al-kareem ~~~

Monday, July 8, 2013

sandwich BUJANG dan SIHAT by chef aina

in the name of ALLAH, the Most Gracious and the Most merciful

seriously, dont judge a food by its cover,. ngeh

hai dan assalamualaikum. lama dah kan iolls tak kongsi resipi dengan uolls.

tengok gambar atas tu, apa yang uolls fikir? nak tahu tak roomate aku tengok, dia cakap macam vomit daripada sesuatu. ceh. sedih pula hati hamba bila dikomen sedemikian. tapi bila dah try semua cakap sedap! *naik balik harga diri yang jatuh sebentar tadi*

sempena bulan ramadhan yang bakal menjelang, aku dah gigih membuat stok isi sandwich ni. bukan apa, nanti bangun sahur boleh terus menonong pegi freezer pastu letak atas roti boleh makan sambil tidur. senang dan cepat. tak kuasa iolls nak menggulai di dini hari.

yang penting ianya sihat! tanpa minyak (sebab tak payah goreng dulu isi ikan), diperkaya dengan omega, protein, serat, dan vitamin. baik untuk kecantikan dan pelangsingan *sesuatu sangat kann iklan macam ni hahaha*

masa penyediannya adalah 15 minit, kos pula kurang lebih RM8.

bahan-bahannya:

- 1 tin besar ikan mackerel cap ayam (kalau korang suka sardin boleh je tukar, tapi isi sardin warna kehitaman sikit- kurang cantik dipandang)

- separuh biji timun, sebijik tomato, separuh biji bawang besar, 3 biji cili, sebijik limau nipis. sedikit garam.

*masa aku beli barang-barang ni pak cik penjual tu gelak-gelak sambil cakap, "cukup ke dik? puasa sebulan ni". aku: (-_-'')*

cara-cara:

- lecekkan ikan bersama dengan kuahnya sekali pakai garfu. aku suka buat macam juicy sikit, baru berselera huhaha

- potong kiub kecik bawang, timun, tomato, cili.

- perah limau nipis, kacau gaul sebati dan masukkan garam secukupnya.

- tadaaa dah siap dan masukkan dalam freezer. sedia untuk dingapp. SELAMAT MENCUBA!



~~~ marhaban ya ramadhan ~~~




Saturday, July 6, 2013

alhamdulillah, OFFICIALLY 23rd

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

pada suatu hari tanggal 07 julai 1990 bersamaan 13 zulhijjah 1410 lebih kurang 7 pagi waktu malaysia lahirlah seorang bayi perempuan yang hitam gebu (?!) tapi comel (LOL). malam itu bulan mengambang penuh, menandakan bermulanya kehidupan seorang hamba ALLAH, menjadi anak yang ketiga untuk pasangan En. Mohamad dan Pn. Nik Faridah.

gittew. mukadimah kena gempak. hewhewhew

yeah dan saat ini 07 julai 2013 menandakan aku sudah masuk 23 tahun *sorok fine line and wrinkles kat muka dengan tepek foundation*. dah 23 tahun dah aku wooii. tuanya!

ittew nak buat ucapan hari lahir boleh ke *gedik tahap nak vomit + fengsan*

dalam kesempatan ni aku nak ucapkan syukur yang tak terhingga pada ALLAH yang telah meminjamkan aku kehidupan selama ini, menciptakan kisah yang indah untuk seorang 'aku', menganugerahkan insan-insan yang hebat sekeliling aku. dan juga nikmat terbesar nikmat Iman dan Islam semestinya.

insan-insan yang telah memewahkan aku dengan kasih sayang- ma dan abah- unconditional love- tak mampu dibalas walau dengan segunung emas.

adik beradik, bestpren-bespren, boipren-boipren , saudara-mara, kawan satu PASTI, satu mentuan, satu MMP, satu PLKN, satu KMKu, satu UMT, satu AEON. kerana cinta itu selalu ada dan mengalir.  anda ada watak dalam novel kehidupan Nurshuhaina binti Mohamad :)

kepada si Dia yang telah ditakdirkan: kalau 23 tahun saya boleh tunggu, saya tak kisah kalau kena tunggu lagi beberapa tahun sebelum awak benar-benar mantap untuk jadi imam


lots of love and du'aa,

aina heartfelt


p/s:

--- dikarang sambil makan jeruk mangga ohh so addictive

--- aku dah beli siap-siap hadiah bufdey untuk diri sendiri because i believe i love myself more than anyone else. pffft *ayat forever alone kah ini haha

--- please pray for EGYPT and DR MORSI

--- selamat menyambut pesta ibadah dan pahala :) 10 julai ni start puasa!


ni bukan gambar terbaru pun. aku dah lama tak ambik gambar semenjak bekerjaya haha

~~~ wonderful 23 years ~~~


Sunday, June 9, 2013

mendidik ADIK berakidah

in tne name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

hai assalamualaikum dan selamat berhujung minggu semua. pertama sekali nak pesan jangan gelakkan iklan nuffnang kat atas tu. konnnonnnya orang letak nuffnang aku pon nak letak jugak, nak tambah pendapatan komang-komang dapat ribu-ribu macam theotherkhairul  last sekali template dia ntah mana-mana dan aku dah malas nak adjust. pffft

post ni etceli dah lama aku peram dalam laptop aku, sebab benda yang aku nak tulis ni berkaitan dengan akidah kott. bukan soal dunia akhirat dah, ni soal syurga neraka tau. kalau aku salah tulis konfem kena humban jadi bahan bakar dalam api neraka sebab dosa terpesong akidah adalah dosa yang tak terampun. ya ALLAH please guide me..

surah an-nisa' ayat 36, yang bermaksud "sembahlah ALLAH dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun"

hemm. berbalik kepada entry aku kali ni, aku nak cerita kisah benar tentang aku dan dan adik bongsu yang mesra disapa adik (dah nama pun bongsu kan). masa ni dia umur lapan tahun, so dia sangat suka bertanya yang kadang-kadang luar alam. tapi aku selaku kakak yang best dan cool, aku jawab jugak supaya dia tak tertanya-tanya dan pending. ewah.

on the way nak pergi jemput adik aku yang ke-5 kat asrama SMK DATO' PERDANA, mak aku selaku mak yang manja mesti akan merengek-rengek mintak aku ikut sekali. bukan apa pun, nak buat teman berbual kalau dia ngantuk time driving. nak harapkan adik aku yang ke-5 aku tu, keje membuta je dalam kereta. maaf ye kakak nini aku terumpat kau pulak kat sini. haha. so adik aku yang bongsu tu pun nak join jugak.

rumah aku kat KUBANG KERIAN kan, nak pergi ke BACHOK tu mak aku suka ikut jalan TAWANG (sesapa yang duk area kota bharu, bachok mesti kenal lah jalan-jalan ni). on the way tu ada perkampungan siam dan dia punya wat (kuil orang siam)  memang megah berdiri satu sembahan yang kalau tak silap aku terbesar kat malaysia (kot, tak sure sangat). rasa-rasa kalau dengan yang batu caves punya tu boleh saing-saing kot. agak-agak besar tu la. kalau tak caya korang google lah sendirik. tapi tak femes sangat sebab dia duk dalam kawasan kampung je.

lepas tu adik aku pandang aku. aku pandang adik aku. dengan mata yang bersinar-sinar penuh kurius dia pun mengeluarkan soalan..


1....2......3.....

............................................

...........................

....................



"kak na yang comel, tu hok duk cace tu gapo dio?"

(translation: kak na, tu yang berdiri tu apa dia?) dah aku, adikku dan keluargaku orang KELANTAN kan. kecek kelate la!

aku pun jawab dalam loghat kelantan tapi dah di-translate-kan siap-siap,

"adik, tu adalah sembahan orang siam. diorang mintak pertolongan daripada benda tu. tapi adik tak boleh tiru cara diorang. berdosa besar. cara kita adalah solat, cara yang memang betul sebab hanya ALLAH sahaja tuhan seluruh alam yang layak disembah dan Maha Menjaga hamba-hambaNya"

ada sesetengah ibu bapa yang tanpa fikir panjang akan jawab 'tu tuhan orang siam'. it is a BIG NO-NO! salah sesalah-salahnya. dengan menjawab sebegitu budak-budak kecik akan cepat rumuskan 'oo kita ada tuhan ALLAH, orang siam ada tuhan macam ni'-- automatik dah menanamkan fahaman pluralisma dalam fikiran kanak-kanak; mereka akan rasa semua agama adalah sama. 

skema jawapan macam tu jugak totally bersalahan dengan makna surah alfatihah,

"segala puji bagi ALLAH, tuhan semesta alam"

-which means the One and only God in the Universe!

adik nampaknya boleh menerima. yeay berjaya pass satu soalan ^_^

lepas tu lagi banyak pulak follow up soalan daripada adik. aloh la!

contohnya,

"..kak na malaikat duduk kat mana?"

"...nabi sayangkan kucing. gajah dia (baginda) sayang tak?"

"...kenapa kena solat?"

"...syurga tu macam mana?"

sesungguhnya aku memang kena banyak study lagi!


aku dan adik aku yeahh. tapi sekarang dia dah gemok


~~~semoga bila tiba turn anak-anak aku kelak, aku mampu jawab dengan skema yang sama. amin~~~