Sunday, March 27, 2011

mari berTUNANG ^_~

assalamualaikum! pada pagi yang indah ini, jom baca apa kak na mahu membebel hari ini =)

bertunang... hmmm... no komen. seru saya belum sampai lagi.. hehe. sebenarnye, bukan nak cerita ape-ape under topik bertunang ni, tapi mau selit sedikit gambar-gambar semasa kak long saya bertunang itu hari (12/3/2011).

jom usya!

home-made 'pelamin' tunang


hantaran untuk pihak lelaki - sejadah


sireh junjung kena ada...


 kek hantaran yang telah di 'reverse black n white' gambarnye


sepupu sepapat yang telah menceriakan suasana


depa mai dah!!


rombongan bergerak masuk memenuhi ruang legar


penuh sudah...
(p/s: nampak air bertakung? hari tersebut hujan dengan lebatnya.. orang kelantan kata, kalau time rombongan datang tu, hujan lebat, maknanye pengantin tu makan budu bertambah.. hehe. along sila jawab)


orang tua, orang muda semua bizi =)


kami datang ni bawak hajat.. nak memetik bunga di taman (ceewah!)


cincin time


sebahagian hantaran dari pihak lelaki - sireh junjung, cincin, persalinan, buah-buahan, sebalang ferrero rocher, dan jugak sebalang kuih tart nenas

gumbira kerana dapat cincin.. ahaha

future in-laws


yang tudung pink sudah bertunang, yang tudung kelabu bakal menyusul.. yang kecik tumpang gelemer


tader motif letak cincin + sekuntum bunga ros di atas lappy.. haha


akhir sekali... semoga bercinta sampai ke syurga
(p/s: buku ini milik peribadi tapi saja pegi buh atas hantaran.. hua3)

~~~ wonder when is my turn (wink3) ~~~

Monday, March 21, 2011

the classical D'KLASIK

post ini bukan bertujuan pengiklanan. harap maklum

halu halu hawau you!

setelah bertalu-talu post serius, marilah kamu dengar baca kak na bercerita pasal tempat kerja pertama kak na pulak; iaitu D'KLASIK  WHITE COFFEE, yang terletak di depan HUSM kubang kerian.

macam mana boleh ter'kerja' kat situ? hurm... panjang ceritanye. macam nih, kak na bercadang nak duk kat umah sewa masa sem 3 tahun lepas. so, saya perlu mencari duit lebih siket sebab rumah sewa tuh perlu dibayar deposit, then nak beli almari pakaian sendirik untuk letak kat sana, bakal bil air dan letrik, etc, etc. but the problem is, kak na adalah seorang anak yang agak penyegan untuk mintak duit dengan mak dengan jumlah yang banyak. dipendekkan cerita, masa mak pegi makan kat kopitiam tersebut, maka mak pun tanya sama Incik Bos di sana sama ada nak pakai pekerja atau tak. to sum up, maka kak na pun pegi la keje kat situ bermula 17/3/2010. genap-genapkan, sudah setahun la kak na tinggalkan tempat tersebut setelah bekerja hampir 3 bulan  ^_^

portfolio kerja kak na, senang aje. kak na jadik waitress. pegi ambik order, hantar makanan, then kemas balik meja yang dah customer tinggal (kat rumah liat nak mati buat benda-benda alah ni.. hehe). seronok ke? erm... seronok la jugak, tapi penat. penat sebab bekerja menggunakan tenaga, pergi ulang-alik hantar-amek makanan. tapi yang tak bestnye, kalau ada customer yang ntah hape-hape.. isk..

nak dijadikkan cerita, bila kita jadik waitress nih, baru boleh tengok macam-macam ragam manusia. ada yang hormat pekerja-pekerja bawahan macam kita nih and selalu ucap tima kasih, ader yang buat dek aje (memang selalunya macam nih), dan tak kurang jugak yang pandang rendah. isk... ingat kita tak belaja tinggi ke? kita part time je taw kat situ! ~geram je nak jerit macam tuh. isk... sabar-sabar le ciket ayna ooi!

pengalaman manis, erp... kak na berpeluang communicate dengan sorang mat saleh berpangkat prof yang mengaja immunology kat HUSM. nama beliau Kamal. dia greet kak na dengan ucapan assalamualaikum. waa.. teruja sangat masa tuh. then, lepas je kak na hantar order beliau, kami borak-borak dan bertukar-tukar pandangan. siap interview dia lagi macam mana dapat hidayah untuk jadik muslim, borak-borak pasal immune system, dan jugak pengalaman dia masa belaja kat oxford university dulu. dan untuk pengetahuan sumua, beliau sangat la hensem dan jugak masih bujang *wink3*
~lepas tuh, budak-budak kat tempat kerja tuh gelak sebab dia cakap kak na kena goreng ngan mat saleh tuh. isk, they'all jeles la tu.. kan kan kan

pengalaman pahit pulak, (tapi xde la pahit pun, annoying je) kak na serve sorang budak medic yang amat berlagak. dia buat muka macam 'saya student medic, awak waitress dan jelas bahawa saya amat bijak berbanding awak'. cakap berabuk pasal medical issues dalam 80% english. orangnya melayu, tapi bila kita tanya order, dia speaking pum-pang-pum-pang. then untuk membuktikan yang kak na pun tahu speaking, kita jawab balik sambil speaking correct english jugak dan sambil betulkan fakta pasal red blood cell yang dia duk cakapkan. haha.. kak na gelak jahat lepas tuh, sebab tengok muka dia yang terkulat-kulat. padan muka!

kat D'klasik nih jugak la, kak na banyak belaja ilmu-ilmu yang takde dalam buku teks. belaja anger management, belaja communication skill, dan jugak belaja menjadik sorang yang lebih kemas. jangan tak tahu, kak jugak sudah pandai membancuh air honey lemon yang sedap, dan jugak membuat French Toast.. hasil selalu pegi menyeludup ke dapur tengok tukang masak buat benda-benda alah ni.

kat sana, kak na jumpe ramai kawan-kawan yang datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza-beza. ada kak siti dan kak muni yang ambik master kat HUSM (part-timer kat situ), kak huda, kak mira, dini yang sekarang ni sudah jadi bini orang, syikin, wani, wira, adik faiz, adik yuz, adik saie, adik aiman, kak fadh, afwan, akram, fahmi. ada jugak golongan-golongan lelaki yang terer gila masak macam abe mi, abe gie. tak lupa jugak geng-geng dapur macam pok li, yoe, kak tie, ipe dan jugak ramai lagi... kalau nak sebot sorang-sorang, penuh pulak page nih! sangat kagum dengan sesetengah dari they'all sebab pandai carik makan sendirik walopun tak masuk universiti atau punya sijil penuh satu folder.

paling menggumbirakan, bila time gaji. hoho... masa tu, muka masing-masing macam ada nuur yang memancar dari hati (ayat sungguh tidak boleh belah). gaji pertama kak na, rm240 then untuk bulan kedua dan ketiga, rm500++. bau gaji pertama... sangat masyuk! first time dapat gaji sendiri hasil titik peluh sendiri, hurm.. manisnya lain macam tau.. hehe

lepas tinggalkan tempat keje tuh lepas habis cuti sem dulu, rindu jugak kat they'all. kalau cuti jer, mesti pegi makan kat sana sambil tanya khabar orang-orang yang still duk kat situ. tapi sekarang da lain, sebab ramai pekerja budak-budak yang duk tunggu result spm. kalau pegi pun, 4-5 orang je muka lama.

okey la, setakat ini dulu kak na merepek untuk kali ini. teruskan bersama saya pada hari dan waktu yang sama, pada minggu hadapan!

~~~ jugak merindui kuew tiau goreng pataya D'klasik ~~~

LOVE'S serenade

CINTAKU PADA SI DIA.. TIDAK DAPAT MENGALAHKAN CINTAKU PADAMU TUHAN..

cinta itu buatkan
cinta utamaku lemah
cinta aku pada si dia
buatkan cinta aku pada Tuhan
Allah yang Maha Esa...
buatkan cintaku pada Rasulullah
kekasih yang Maha Kuasa..
buatkan cintaku pada agama
Islam yang gah agung...
buatkan cintaku pada iman...
Nur yang sentiasa terang...
seakan-akan goyah
umpama meniti jambatan rapuh
yang kalau-kalau ditiup angin kencang
rebah sujud sia-sia ke bumi

cinta ku pada si dia
mencalar kotor pada pahalaku
bertambah erat pula
pegangan si dosa-dosa

cinta ku pada si dia
buatkan jiwaku resah
bernanah dengan maksiat
zina mata, zina hati
buat aku terus-terusan gelisah
melihat pasangan lain
melayari bahtera durjana
yang kononnya indah
walhal aku tahu
halal haramnya...
meskipun aku tahu
baik buruknya...
sungguhpun aku tahu
azab dan seksanya...
bukankah cintaku pada si dia
harus membawaku dekat
ke kota pujaanku... syurga
bukankah cinta aku pada si dia
harus jauhkan aku sejauh-jauhnya
dari neraka yang pedih azabnya

jadi...
mana mungkin cinta ini
cinta aku pada si dia
adalah cinta bisikan Allah
mana mungkin cinta ini
cinta aku pada si dia
adalah cinta yang bisa buatkan aku
bahagia dunia akhiratnya
mana mungkin cinta ini
cinta aku pada si dia
adalah suci, tulus dan perawan
aku muhasabah nilai cinta ini
sebak dada, kusut jiwa
menitis air mata seorang hamba derhaka
mengenang betapa murahnya nilai cinta ini
hinanya cinta ini di sisi tuhan
cinta yang aku dambakan
cinta aku pada si dia
tiada apa-apa erti buat tuhan
hanya lumpur noda mengundang murka...

rupa-rupanya
cinta aku pada si dia
tidak layak menggapai rahmat
tidak layak menjemput berkat
dan tidak akan pernah mengundang keredhaan
maafkan aku ya Allah
maafkan aku kerana ada rasa
cinta aku pada si dia
yang tidak ada nilai di mata Mu tuhan

ya Allah
jodohku di tanganMu
kalau benar cinta aku pada si dia
hanya menambah timbunan dosa
aku mohon ampun ya Allah
doaku...
harapanku...
pintaku dengan harap...
harap dengan sangat...
penuh rendah diri sebagai hambaMu
kurniakan aku masjid yang sempurna
dengan jodoh yang baik-baik
penuhi pertemuan dan perpisahannya
dengan iman, nur, dan rahmatMu...
biar jodohku itu...
buatkan aku lebih mencintaiMu
lebih dari segalanya Ya tuhan
ya Allah... amin

~~~ baca, fahami, hayati ~~~

TAWAKKAL seekor semut

~diceritakan dan dikarang kembali oleh kak na, dengan ayat tatabahasa bahasa melayu B+. dicedok dari buku DI MANAKAH DIA DI HATIKU, hasil nukilan ust PAHROI MOHD JUOI (beli jangan tak beli!!)

tawakkal: berserah diri secara total kepada ALLAH SWT

otey. ceritanye macam ni. once upon a time, there is a kingdom namely kerajaan nabi sulaiman. the king ruled there namely Prophet Sulaiman a.s............................

ops.. ops... tune balik kepada bahasa malaysia ^_^

macam ni. pada suatu hari, nabi sulaiman a.s telah berjalan-jalan untuk mengetahui keadaan rakyat jelatanya. baginda telah bertemu dengan seekor semut, lalu bertanya,

"apakah bekalan makanan kamu untuk setahun wahai semut?"
                     "seketul gula sudah cukup untukku selama setahun"

lalu nabi sulaiman a.s bubuh semut tersebut ke dalam satu botol bersama seketul gula.

SETAHUN SELEPAS ITU... nabi sulaiman a.s datang check balik keadaan semut tersebut. algkah terkezutnya baginda kerana hanya setengah ketul gula sahaja yang dihabiskan oleh sang semut. lalu baginda bertanya dalam kehairanan:

"apasal tak habiskan gula tu?"
                        " wahai nabi ALLAH, aku hanya bergantung dan bertawakkal kepada ALLAH yang mengurniakan aku rezeki. kamu mengurungku di dalam botol ini, aku bimbang sekiranya kamu tidak datang selepas setahun. tapi, jika aku di luar, aku tahu bahawa rezeki ALLAH sentiasa ada untukku"


-------------------------------------------------

tuu dia. kagum tak dengan iman semut tersebut? even kita sebagai manusia pun, kadang-kadang lagi mengharapkan makhluk (employer, bos, etc, etc..) untuk bagi kita rezeki. keluar universiti, kalut cari kerja dengan niat 'takut kebulur', bukan niat kerana ALLAH atau nak bangunkan agama dan negara.

kadang-kadang, kalau nak pergi meminang anak dara orang, mak-mak anak dara tersebut akan tanya bakal menantu tu keje ape. takut anak they'all mati kelaparan. sedangkan yang mengurniakan rezeki itu bukan bos bakal menantu, tapi ALLAH jugak kan. lagipun, kan ALLAH dah janji, perkahwinan itu pintu rezeki?

but dun get me wrong, i'm not saying that seeking for a good job is unnecessary. struggling for a better life tu perlu. usaha kena ada, sebab rezeki tidak datang tergolek-golek depan mata kita kan. tapi, itulah. niat kena betul, cara pun kena betul.  usaha + tawakkal = berjaya!

berbalik kepada persoalan rezeki, rezeki nih ada banyak bentuk tau. bukan setakat makanan aje. kehidupan yang selesa itu rezeki, sahabat yang baik itu rezeki, ilmu pun kategori rezeki jugak. tidak lain dan tidak bukan, ALLAH jugak lah THE ULTIMATE POWER SOURCE untuk segala-galanya ^_^

moral of the story, setelah berusaha berhabisan, bertawakkal lah kita sebagai seorang hamba yang sentiasa mengharapkan rahmat dan rahimNya..

p/s: tulisan kali ini berdasarkan pengetahuan kak na yang cetek dan tohor nih. sebarang pendapat dan tambahan idea, amatlah dialu-alukan untuk dikongsi. kalau kak na salah jugak, harus kamu tegur saya!

~~~ jom kawen cepat-cepat untuk tambahkan rezeki (lari topik sudah) ~~~

Monday, March 7, 2011

mampukah SAYA sebaik DIA?

08/03/11, baru boleh bernafas dan bersenang lenang sambil menulis di belog terchenta. di samping kesibukan yang amat pada minggu lepas, then kak na jugak slow-slow siapkan assignment yang akan di submit miggu depan. bukan assignment-holic sangat pun, tapi sebab hujung minggu depan kak na mau pulang! ooyeah! so kena la buat rajin.. hehe

hari ini kak na renung-renung gambar dolu-dolu punya. gambar zaman matrik yang sangat seronot, then tiba-tiba kak na tertengok gambar seorang bestpren, em... lets name her SN. itulah itu, bila tengok gambar dia dan ingat balik memori-memori kami bersama, kak na akan selalu fikir: MAMPU KE SAYA NAK JADIK SEBAIK DIA?

DIA, seorang yang sangat solehah pada pandangan kak na. dia punya jaga pakaian dia, sampai tak pernah kak na tengok kaki dia tanpa stokin (kecuali dalam dorm), tudung nehi bawal-bawal, dan selalu tishet muslimah. boleh tabik spring toing-toing sama dia. lagi satu, dia kawan aje ngan sume orang (kan ada sesetengah orang cakap orang-orang tudung labuh ni kawan ngan geng they'all je) tak kira orang tuh rock ke, bejurus ke, otai ke, sume boleh jadik kawan dia.

sape cakap orang tudung labuh tuh tak berkembang dan jumud? SN siap boleh tahu latest manga yang kuar kat pasaran... muvie anime sume dia ada. hebat tak? yang paling impressive, dia memang pandai melukis! suke3. kalau you'all penah baca komik yang koaru tulis (pwnulis maskeret cinta- majalah gempak), SN boelh lukis sejibik sejibik sama ngan katun yang koaru lukis. senang cita, dia memang happening di sebalik tudung labuh itu >_<

tapi, se-happening mana pun dia, batasan ngan lelaki memang sangat boleh direspek. tapi bukan terus tak bercakap atau cakap cam robot dengan lelaki, tapi cara dia berinteraksi tu ada barrier. dia pernah di-usya oleh seorang mamat (bukan nama sebenar) tapi dia tolak baik-baik. sampai satu tahap, dia dah tak boleh menolak, dia sanggup tukar nombor telefon... huhu... kalau kak na, susah tau sebegitu tekad menukar nombor.. by the way, deep in my heart, kak na mengakui yang dia sangat hebat!

pernah kak na ikut usrah sama-sama dia, then kak na sangat ingat ayat keramat dia,

"SINGLE IS SIMPLE, ALLAH IS ENOUGH FOR ME"

dan dia jugak selalu ingatkan kami dengan janji ALLAH,

"LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK"


waa.... isk... bila kak na mau jadik baik jugak nih..............

~~~towards a better person~~~