Tuesday, November 2, 2010

exam oh exam

hari nih tiada mood sedih maupun mood jiwa-kacau. hari nih hari BERGUMBIRA. haha

kenapa? sebab dah nak exam!!

apesal nampak cambest je exam.. lets find out ^_*

buat pertama kalinye, universiti manusia2 tercomel (UMT) buat sistem study week. means that, saya ada hampir dua minggu untuk study. dua minggu yang menyeronokkan. haha. study? musti la tak. sehingga blog ini ditulis, saya hanya baca satu page subjek bioteknologi tumbuhan yang merupakan ubat tidur paling mujarab untuk saya.. (along jika anda baca ini, sila jangan repot kat ma)

ok.. meh tengok aktiviti honeymoon saya selama 4 hari pertama study week. well, jika anda berada di malaysia, skrg memang musim tengkujuh. memang pemangkin yang baik untuk bermalas-malasan dan berenjoy-enjoyan kat rumah..hehe. dari pagi sampai petang, jadual memang fool full dengan aktiviti berfesbuk, main hujan, perabiskan beras kat rumah, main badminton, dan jugak TIDO. nasib baik malaysia x turun salji. kalau x, memang cam beruang kutub aje..tido memanjang. (",)

belah malam pulak, saya n hausmets tercinta ada hobi baru; main hang-a-roo dan jugak who wants to be a millionaire. permainan nih, seriously fun kalau main reramai.. kalo x caye cuba try. tiap2 kali kangaroo tuh nak jatuh sebab kitorang silap tekan hurup maupun kalah sebab tinggal 1 soklan lagi nk complete 1juta, tiap kali tu la kitorang jerit.. hehe.. irin lagi dasyat, asal ada soklan psal history je, sanggup tepom ayah beliau utk dapatkan jawapan.. ala2 talian hayat gitu. FYI, mainan nih dah jadik aktiviti wajib tiap2 malam bagi rumah sewa saya dan harus disertai oleh 8 kepala mengadap 1 laptop..

meja study ku..


okay la.. tatau nak merepek ape lagi dah.. buat rakan2 ku, doakan kejayaan saya dalam final ni ye.. doakan jugak saya abeskan baca nota2 yang bergelimpangan kat meja study ni.. all da best! nak g 'study' jap..hehe

No comments:

Post a Comment