Saturday, October 30, 2010

terima kasih, abah!


Hari ni bukan la hari bapa maupun hari ulangtahun abah, dan bukan jugak tarikh kematian abah. Cuma, ingatan dan memori bersama dengan abah selama 11 tahun mengetuk cerebrum saya utk menulis sedikit sebanyak pasal abah. Sebelum tuh, izinkan saya bahasakan diri sebagai kak na.. emm.. ni nama pggln kat umah.. rase lebih dekat dgn abah kalau pkai nama ni =)
Terima kasih abah...
Terima kasih sebab menyumbang separuh bilangan kromosom abah kat kak na. Kak na dapat mata ngan kening macam abah.. suke2! Walopun kak na x mewarisi gene cerdik drpd abah (mgkn dapat ciket je.. ngee), tapi kak na da cukup bersyukur boleh sampai ke universiti. Kak na pelajar biasa2 je, tapi abah pelajar pintar kat skolah. Kak na ingat lagi, waktu lepas abah meninggal, kak na ngan kak long kemas dokumen2 abah. Hari tu baru kak na ngan kak long tahu abah skolah kat Kolej Islam Klang dlu (skang KISAS), pastu abah sambung medic dkt UKM. Ma crite, abah pegi medic kejap je, sbb abah geli darah. Pastu abah tukar bidang perguruan, dan jadik cikgu kimia kat skolah Maahad Muhammadi Lelaki. Sangat hebat! Sampai skrg, abah mmg idola kak na..
Terima kasih abah...
Terima kasih sebab abah tak manjekan kami adik beradik dengan barang mainan berbakul2. Kak na ingat lagi, kak na ada 3 je barang mainan: seekor teddy bear saiz sederhana warna kelabu asap, set alat masak2 plastik, then sebuah motor polis besar tapak tangan. Kak na rase, abah x bagi mainan byk2 sebab takot kami ghalik duk main sorang2 je, lagipun, mainan byk2 kan membazir. Abah lagi suke kitorang rmai2 main badminton kat luar rumah. Kalau nak main indoor pun, abah akan pastikan mainan tuh membina minda dan merapatkan hubungan adik beradik. Cthnye, dalam rumah kitorang ada chess, carrom, ngan sahibba. Tapi bile abah pegi keje, kak na main goreng2 mi bijik2 sahibba ngan carrom tu..hehe
Terima kasih abah...
Abah memang serba boleh. Abah boleh jadik cikgu, doktor, mekanik, tukang paip, gardener dan byk lagi. Dulu, kalau beskal kak na rosak, mmg abah baiki dulu sehabis boleh. Kalau teruk sangat baru abah hantar kedai. Abah suke tanam2 pokok kat kebun kalau ada masa lapang. Pokok durian, salak, duku, dokong, rambutan,pisang etc, etc... mmg abah tanam sume. Tak payah beli pun. Sampai skrg kami boleh makan lagi buah2 yang abah tanam..
Terima kasih abah...
Masa kecik2 dulu, kak na selalu saket asthma yang agak teruk. Kak na ingat lagi, abah memang berusaha carik ubat merata tempat. Traditional ngan moden, sume da try. Kak na penah makan ubat akar kayu, air rebusan kulit pokok ape-ntah, telan anak haruan sebesar cendol hidup2, spirulina, dan berjenis2 ubat spital..u name it. Mmg banyak. Kak na tak boleh bayang berapa bnyk abah berhabis utk tengok kak na sembuh. Abah memang kawal pemakanan ngan aktiviti kak na. Kak na tak boleh makan eskrem, tak boleh makan tembikai, tak boleh join pendidikan jasmani, tak pegi camping ko-k... Tapi, ape yang kak na sedih, abah tinggalkan kami sebab asthma. Kak na da sembuh, abah pulak da takde..
Terima kasih abah..
Abah ajar kak na jadik kuat. Kak na mengaku, tahun2 awal ketiadaan abah, memang kak na selalu nanges sebab jeles dengan kawan2. Biasa la kut, masa tuh kak na budak lagi. Kak na jeles sebab org lain ada abah yang boleh hantar diorang pegi sekolah, tapi kak na continuosly naik bas sekolah. Tapi skang, naik bas sorang2 pun kak na ok je.. kak na da kebal. Kak na da jadik lebih berdikari sekarang.
Kak na sayang abah...
Walopun kak na dah tak boleh berwalikan abah nanti kak na kawen, tapi kak na tahu restu abah pasti mengiringi kalau kak na jumpe dengan orang yang baik dan beriman. Abah, abah ada cakap, abah nak tengok sume anak2 abah masuk universiti dan berjaya kan? Skrg, 4/6 orang anak abah da masuk universiti... kak long kat jepon, apik kat UiTM, kak na kat UMT, sharul kat UM.. tggl kakak dgn abe am je lagi..Papepun, abah memang abah paling best! Datang la pengganti yang mcm mana pun, takde sape boleh ganti abah..
~~~ my daddy my hero~~~

4 comments:

  1. terharu aq na...
    mmg ssh nk cr penggnti abah tercinta..
    smg bertemu di negeri abadi...
    jadilah ank solehah...
    itu hadiah yg terbaik utk ibu ayah..

    ReplyDelete
  2. salam na....
    tp ad so ag mum xbrani....
    naik bas ke kuala lumpur sorang2....
    ngeh3...

    ReplyDelete
  3. ak brani dowh la... cuma ma xwi..hehe

    ReplyDelete
  4. sedih..sob3..semoga die ditempatkan di kalangan org beriman

    ReplyDelete