Tuesday, April 26, 2011

henset MURAHKU

a very good day i bid to everyone ^_^

bagi student-student universiti, sekarang adalah musim demam exam kan? pun bagaimana walau, saya tetap mahu menghapdet belog ini kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk membaca hasil tulisan saya (ayat takleh blah) ~kua3

furthermore, sejak saya sudah meng'deactivate'kan akaun pesbuk (atas sebab-sebab tertentu), masa yang terluang harus digunakan untuk menulis di belog kesayangan.. ecece.

em.. em.. topik yang ingin dibincangkan pada hari ini adalah mengenai HENSET.

ye'all setiap sorang ada henset kan? (tipu la an kalau cakap takde). budak sekolah rendah pun ada benda alah ni sorang satu.. isk. ye'all punya cap ape? berapa harga? dia punye function pon mesti macam-macam according to their harga kan.. kan.. kan

sebelum bersembang dengan kencangnya, ni kak na tunjuk gambar henset kak na. tak tipu punya!

pandangan hadapan


pandangan belakang

so.. apa yang bestnya pakai henset murah?

#1 BATERI LEBIH TAHAN LAMA
henset murah, siyesli bateri mereka tahan lebih lama sebab hanya digunakan untuk calling dan jugak messaging. jangka hayat selalunya melebihi 3 hari untuk sekali cas. (tapi kalau bateri dah lama-lama sangat, cepat kong jugak)

#2 YE'ALL BOLEH MENAIP MESEJ DENGAN SEKUAT HATI, SIAP BOLEH HEMPOK2 LAGI
ye'all teringin menaip tanpa melihat skrin henset, sambil tengok tibi atau ketika sedang rancak berbual? henset murah adalah jawapannya. cuba la buat dengan henset touch-touch tu.. boleh ke tidak.. haha
#3 BOLEH DECORATE MENGIKUT KRETIVITI
see..? my henset is green in colour (think green..hehe). sebenarnye kak na ada variasi warna 'kulit' henset, dari warna-warna sekema seperti hitam dan biru gelap, dan warna-warna ceria seperti pink dan hijau. sekarang dalam perancangan untuk membeli kulit berwarna striking seperti merah dan kuning. in addition, kita boleh hias dengan letak sticker ke, batu-batu kristal ke (erp.. dah namanye pompuan kan.. suka la benda-benda camni.. hehe)

#4 SIMPLE DAN MURAH (OP KOS LA)
simple dari segi aplikasi. contohnya, kalau nak taip mesej, terus ke create message. kalau henset mahal.. punya la banyak. mesti akan tanya dulu.. text message ke, multimedia message ke, etc etc. isk. complicated je. murah? memang takde kompromi di situ. henset ni saya beli dengan harga rm 80 ++ je =)

#5 KALAU HILANG, TAK MENYESAL SANGAT.. HEHE
cuba la hilangkan henset blackberry anda kalau nak test statement ini.. ;-p

by the way, kak na masih mengekalkan fungsi 'henset hanya untuk mesej dan kol'. the-all-in-one ni agak melecehkan.. i think. nak dengar lagu? kak na ada sony mp3. nak tangkap gambar? kak na sudah ada digital kamera.. ehehe.

ok lah.. dah letih merepek. adios!

~~~ tunggu orang seponsor henset baru.. ahaha ~~~

No comments:

Post a Comment