Monday, April 18, 2011

anatomy of WOMEN'S heart

assalamualaikum and a very good morning to all viewers.

post kali ini mungkin agak jiwang, dan akan menyebabkan iritasi mata bagi yang 'heartless' untuk membaca benda-benda ni sumua... huhu. post ini juga sedikit sebanyak bersifat genderism. harap maklum =)

tulisan ini kak na kumpul-kumpul daripada pengalaman kawan-kawan dan hasil forum tak rasmi sesama kami. ngehehe. kalau tak setuju, kamu buat belog kamu sendirik dan boleh jugak buat tajuk APA YANG SAYA TAK SETUJU DENGAN ENTRY ANATOMY OF WOMEN'S HEART BY AYNAWROTE. ahaha. ngek

hawa: tercipta engkau dari rusuk lelaki, 
bukan dari kaki untuk dialasi. 
bukan dari kepala untuk dijunjung. 
tapi dekat di bahu untuk dilindung. 
dekat jua di hati untuk dikasihi.
(kompem penah dengar kan quote ni)

hari ini kak na mahu mengajar kamu, especially golongan-golongan lelaki mengenai ANATOMY OF WOMEN'S HEART.

selain dari bentuk fizikal jantung tersebut yang sebesar penumbuk, jantung jugak berfungsi sebagai pengepam darah keseluruh anggota badan, dan memastikan darah yang beroksigen sampai keseluruh organ-organ dan sel-sel dalam badan. noktah.

etceli, bukan nak cakap benda-benda saintifik secara anatomi atau fisiologi dengan ye'all.. dan ye'all boleh baca sendirik dekat buku anatomi pun. jom kita cakap pasal cara-cara untuk tidak meng'break'kan hati perempuan-perempuan.. eheh (besar je mandat nak kena jaga hati ye?)

#1 JANGAN LETAK GULA BERKILO-KILO DI BIBIR KAMU
sifat ni dikira sifat yang wajib ada bagi setiap lelaki. tak tahu la kenapa, encik adam ni suka sangat cakap manis-manis dengan golongan kami. for your information, kami kaum hawa ni cepat terbuai dengan ayat-ayat kamu. jangan concern kepada kami secara berlebihan kalau kamu bukan betul-betul sukakan kami. padahal, at the end of the day, kamu akan bagitahu 'we're just friends'. dan kamu bagitahu kamu cakap macam tuh dengan semua perempuan-perempuan di sekeliling kamu. what der.... ?

#2 JANGAN MINTAK/ BAGI NOMBOR TELEFON
for you info jugak, kami tak heran pun dengan nombor-nombor telefon kamu tu. wek. kalau untuk kerja/ urusan yang penting, itu idak dikira ye. ni, yang jenis untuk flirt around dan test market. kami akan lagi respek kalau kamu dengan 'gentleman'nya mintak nombor telefon ibu bapa kami, dan cakap kamu mahu kawan dengan kami. (ahaha.. buat la kalau berani)

#3 KALAU KAMU SUDAH SUKA SORANG, JANGAN CARI SKANDAL
apa? pernah buat macam ni? satu ketukan patut mendarat atas kepala kamu. kalau kamu sudah suka pada sorang girl, jangan suka-suki hati kamu untuk cari skandal. ini akan melukakan both girls yang terlibat, sebab selalunya girls hanya akan stick pada sorang aje. ini tidak adil bagi kami.. haha. hey guys, kalau belum kawen pun dah pasang cawangan sana sini, apatah lagi bila dah kawen. ye dak?

#4 NAIKKAN SAHAM KAMU DENGAN PERIBADI
kami kaum hawa ni, bukan tengok sangat rupa @ duit kamu @ kereta kamu (kalau tengok pun, sikit je la). kami lagi kagum dengan peribadi kamu. bagaimana cara kamu menjaga pandangan kamu, tutur kata kamu dengan kaum kami, cara kamu menjaga ikhtilat, cara kamu melayan ahli keluarga kamu, bahkan pakaian kamu (cara kamu iron baju, matching baju, etc, etc). kami akan sangat respek pada kamu. kalau muka tak berapa ensem pun, tapi kalau peribadi kamu okey, kami sudah sangat terpikat (ehem)

akhir kalam, kalau ilmu akhirat kamu belum cukup di dada, jangan kamu cuba-cuba flirt dengan kami ye. sebabnya, kami mengharapkan kamu untuk pimpin kami jalan ke syurga. jadi imam kami, jadi penegur kesilapan kami, etc, etc. maka, persiapkan diri kamu untuk menjemput kami ('',)

janji ALLAH dalam surah nur.. 
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...

jom sama-sama jadi baik?

~~~ ABDULLAH SOLEH, are you there? ~~~

1 comment: