Sunday, June 19, 2011

the 'seven things' PROJECT

Kota bharu, 20 Jun 2011- Seorang blogger yang tak seberapa femes, aynaUna di dalam blognya aynawrote.blogspot telah mengumumkan akan melakukan projek 'tujuh perkara' dengan dana yang dilaburkan adalah dianggarkan sebanyak 8 bilion ringgit, pada majlis pelancaran program itu semalam. majlis yang gilang gemilang ini telah diserikan dengan kehadiran dif-dif kenamaan dari pelbagai negara untuk menunjukkan tanda sokongan negara masing-masing ke atas usaha murni ini.

menurut beliau, projek 'tujuh perkara' akan meliputi apa-apa sahaja seperti, 'tujuh perkara yang paling naaak sangat dibuat kat dunia', 'tujuh wonderful person in her life', 'tujuh tempat makan yang tak boleh lupa', dan sebagainya. tambah beliau lagi, projek 'tujuh perkara' ini tiada tarikh lupus selagi jari-jari runcing beliau tidak putus.

projek ini mensasarkan kumpulan blogger sama ada yang dikenali secara maya ataupun yang memang membe sejak kecil untuk membaca tulisan beliau dan diharapkan mampu memedihkan mata yang membaca.. hehe

saya puspavati ramaloo, melaporkan untuk TB3 =)

~~~ let's get start'ed!! ~~~

4 comments: