Saturday, January 1, 2011

terBAEEKK 2010

say bye bye to 2010, welcome 2011!


assalamualaikum ye'all.. kak na sudah begitu lama tak mengarut dalam ruangan nih. maka, kak na selaku tuan empunya belog ini ingin buat special entry khas sebagai penutup tirai 2010 (macam sudah terlambat jer.. hua3)sempena taun baru nih jugak, kak na nak tukar tulisan ini belog.. sebab kalau kak na tengok-tengok balek, ase cam boh-san je gaya tulisan belog ini..hukhuk


sebagai peringatan, entry ini mungkin akan SANGAT PANJANG sebab kak na nak qada' 'puasa' belog selama sebulan hari tuhs dan apa yang dok tertahan-tahan dalam kepala. maka, kalau kesuntukan masa dan jugak nak cepat pegi mane-mane, baca belog nih bila ye'all free ye! kalo baca skang pun lagi dialu-alukan ^_^


NOVEL TERBAIK 2010
"jika anda terpandang seorang lelaki yang membuatkan jantung anda berdegup selaju jet Sukhoi buatan Rusia, dan mata anda tidak lepas memandangnya; lalu apakah tindakan anda?"
a) hiraukan saja dan anggap itu hanyalah logamaya
b) pendamkan perasaan itu dan tulis di dalam diary merah jambu
c) selidik latar belakang beliau dan suruh ibu bapa anda meminangnya
d) pegi jumpa pakar jantung dan jugak pakar mata untuk check kot-kot dua organ nih ada masalah


jaja telah memilih jawapan C.


haa.. ni lah novel yang paling sesuai dan of coz paling best untuk taun 2010; novel JAJA & DIN. citernye macam nih, jaja nih sorang urban gurl yang memang urban.. suka warna rambut (budak nih free hair) pakai seluar pendek, tishet lengan pendek, solat kadang buat kadang tak buat, dan perangai-perangai common seorang budak bandar. dia ada peraturan hati yang sendiri dalam memilih calon suami, iaitu tanak kawen dengan cikgu, tanak kawen dengan orang sama negeri, dan jugak bakal suami dia mustilah lagi tua daripada dia. nak dijadikan cerita, one day jaja jumpa satu gambar lelaki,pakai kopiah macam duk baca tahlil tepi kubur. dan jaja pun tersuka lah kat lelaki dalam gambar tuh, tanpa kenal sape orang tuh, keje ape, orang mana, etc,etc. lama jugak jaja pendam perasaan, mau bertahun-tahun jugak. then, nak dijadikan cerita, laki nih (nama dia din) keje part time buat perabot and pegi la buat perabot kat rumah jaja. dipendekkan cerita, jaja yang 'rock' nih pegi merisik si ustaz din dan jaja sampaikan hajat dia kat kawan papa dia, yang seterusnya otomatik bertindak sebagai orang tengah. pelik kan? kalau novel cintan cintun lain, laki je akan approach dulu.. tapi novel nih betul2 'out of the box'.. hehe. yang menambahkan sweetnye cerita nih, ustaz din buat istikharah dan dalam mimpi dia selepas solat tu, dia nampak dia pakaikan anting-anting untuk jaja. dan masing-masing bulat hati, terus kawen. jaja telahpun melanggar segala peraturan hati yang dibuat selama nih sebab din adalah seorang cikgu bahasa arab, sama negeri dengan jaja dan jugak muda 11 bulan dari jaja. takpe, cinta punye pasal, jaja teruskan. cerita nih tak habis kat sini, since jaja dah jadi amanah ustaz din, maka kat sini lah indahnya cerita nih (isk.. apesal mode jiwang nih). ustaz din memang sabar ajar jaja jadi seorang yang beragama; jaja pakai tudung, jaja solat, jaja baca quran, jaja hidup zuhud-zuhud saja. tiap-tiap malam sebelom tido, ustaz din akan baca sirah untuk jaja.. hoho.. syahdunya (mana nak cari orang sabar macam nih..) one day, ustaz din suarakan keinginan dia nak pegi berjihad kat afghanistan untuk tolong saudara seislam kat sana. jaja selaku isteri solehah, redha dengan pemergian din. setelah 2 taun setengah din pegi, din datang balik tapi jari kat tangan dah takde sebab kena bom.. konklusinya, HAPPY ENDING.


moral of the story: hidayah ALLAH jugak boleh datang melalui cinta ^_^


MOVIE TERBAIK 2010
jatuh kepada... crita pisau cukur. well, sape tanak kawen ngan orang kaya kan? haha. crita nih best sebab ringan aje, so takyah fikir banyak-banyak kalau tengok muvi nih. tapi part yang tak bestnye, apesal pelakon-pelakon dalam crite nih baju sume tak cukup kain ah? wat malu je.. filem yang dibuat kat negara islam, tapi baju cam orang barat. hampeh =(


NASYID TERBAIK 2010
taun lepas kak na memang addicted dengan nasyid saat lafaz sakinah lantunan kumpulan far east. ada sekali kak na suh kawan kak na dengar, dia cakap 'apesal muzik intro dia macam seram je bunyi?' erp.. itu no komen. lagu nih kalau dengar sekali tak rasa dia best pon, tapi makin dengar makin best. tak caye? cuba korang pegi beli cd kumpulan nih (ceeh.. baiknya kak na suh orang beli cd, padahal dia keje download aje). antara bait-bait yang tacim dalam lirik nih


"adalah aku, wali puteriku.. kuserah kini amanah ku ini padamu.. nafkahilah dia, curah kasih dan cinta lebih dari yang ku berikan kepadanya... dulu esakannya, sandar dibahuku.. tangisannya kini, ku serah padamu.. bukan bermakna dia bukan milikku.. fitrahnya perlukanmu.."


lagu nih macam monolog seorang ayah yang nak lepaskan anak pompuan untuk dijaga oleh suami si anak nih pulak... perhaps, suma ayah akan fikir macam nih bila anak pompuan dia kawen kot?.. papepun, memang syahdu habes.. sob3


EVENT TERBAIK 2010
yang nih tentulah time malaysia menang piala suzuki itu hari.. hehe. entah cemana, sekarang nih memang eksaited habes nak cakap pasal bola. kalau dulu, cakap la malaysia menang world cup ke, boleh masuk olimpik ke,ape ke.. mungkin akan dibuat derk aje. dulu selalu duk kutuk abang kak na tengok bola sebab fikir, ape la faedahnye ramai-ramai dok rebut seijik bola tu? tak best langsung. tapi, bila dah pandai tengok perlawanan bola sepak nih, terus tukar persepsi.. hehe (mentang-mentang malaysia dah menang itu ini)


sebenarnye, kak na terjebak dalam dunia 'perbolaran' nih sejak taun lepas lagi, yang kelantan dapat naib juara lawan negeri sembilan kat piala malaysia. masa tuh pun 'ter'tengok aje. aleh-aleh taun nih kelantan lawan negeri sembilan pulak, so memang berkobar-kobar la nak tengok pasukan red warrior menang. start daripada nih la, sekarang sudah minat secara serius. siap boleh sebot dan cam muka beberapa nama yang femes dalam pasukan harimau malaya macam safee sali, muslim ahmad, shahrul idlan, khairul fahmi.. haha.. is this me???


hmmm.. ape lagi ek yang baik-baik pada tahun 2010 ni? nanti kak na fikir lagi ek.. sekarang sudah waktu bedtime. (tadi yo yo o je cakap nak tulis panjang-panjang.. haha.. sebenanye takde la banyak mane pun)


adios!


~~~ mau jadi ayna yang sweet untuk tahun 2011 ~~~

1 comment: