Friday, January 21, 2011

my SIBLINGS my soul

ohio gozaimasu!

ok.. hari ni mau tulis-tulis pasal adik beradik kak na pulak. kenapa nak tulis pasal siblings? saje mau ye'all kenal kak na punye siblings yang jugak merangkap kawan bergaduh masa kecik, penyelesai masalah, pemberi masalah (kadang-kadang), pembuli, kawan bergosip, etc, etc. kalau nak kira function they'all nih memang la sangat banyak dalam pembentukan 'kerek'ter kak na.. tapi kita go through satu-satu ek =)

kak na ada 6 orang adik beradik yang satu mak satu abah, dan jugak 1 orang yang satu mak lain abah (one-big-happy-family kan..). uniknye nama siblings kak na ni, sume pangkal name we'all akan dimulakan dengan alphabet SH. kirenye mummy kak na ni kreatif sebab boleh fikir nama pangkal SH sebanyak 6 nama.. hehe. cuma adik bongsu tu lain siket sebab abah dia lain~~

NURSHUHADA
- umur pada masa sekarang adalah 24 tahun. kat rumah nama manja dia kak long (dah anak sulung kan..). kak long ni, kiranye boleh buat contoh teladan yang baik la sebab keputusan exam dia tak penah down. asyik dapat markah tinggi semedang since UPSR lagi, then sikarang sedang furrther study dekat tanah jepang. haisyy.. kadang-kadang kak na envy jugak. ntah hape la mummy bagi dia makan masa kecik dulu (ayat jeles..) yang paling best pasal kak long nih, we'all memang kaki gosip. semua rahsia kak na ada dalam poket dia, dan jugak rahsia dia dalam poket kak na (ceh.. macam kongsi gelap la pulak). walopun kak long dengan kak na nih selalu terpisah dengan jarak, tapi time jumpa bising-bingit jugak. kitorang boleh buat sesi bercerita sampai pukul 2-3 pagi.. hehe.. jangan taktau. kak long jugak sorang yang pemurah *wink* mintak aje pape, mesti dapat walopun beliau sendirik takde gaji tetap lagi. love u la along! kui3

MOHD SHAFIQ ERSHAD
- ini adalah pembuli tegar dan jugak musuh ketat sewaktu zaman kanak-kanak. just imagine, dia pernah practise smackdown kak na masa kak na umur 10 tahun (masa tuh zaman semua orang tengok wwf, yang ada stone cold dan jugak the rock) sampai hidung kak na berdarah. sadis. dia pun pernah penyek kak na punye luka kena seterika, sampai berair.. huhu. tapi, mummy dan dibantu oleh kak long akan menangkan kak na dan apik got his pay.. hahaha. tapi, as the time goes, apik dah tak jadi brutal macam dulu dah. sekarang versi mat-jiwang-bunga-overboard dan jugak abang yang penyayang. bukti? kalau kak na naik bas ke, mesti dia akan follow up dan tanya 'dah sampai ke belum?', 'nati sampai sana bagitau ek' dan jugak yang sewaktu dengannya. kadang-kadang terfikir jugak 'is this real???'. tapi takpe la, layannn je

NURSHUHAINA
- sape lagi kalau bukan kak na yang hot.. hehe. kak na anak ketiga. panggilan kat rumah... erp... dirahsiakan. by the way, tak boleh tulis lebih-lebih nanti akan jadik masuk lif tekan sendiri.. wawawa

MOHD SHARUL EZWAN
- ni jugak brainiac dalam family. dari kecik samapai besar, keje duk MRSM je. ntah hape la yang best sangat sekolah MRSM (ayat dengki lagi). lepas aje mendapat 'warna berterbangan' dalam exam UPSR, so laluan dia terus mudah sehingga sikarang ini belajar dekat UM, buat architechture punye foundation. abang yo nih merupakan lone ranger dalam family.. senyap aje dia main sorang-sorang. masa kecik dulu suka gila dia lukis dinosour dan jugak robot-robot. sampai habis buku sekolah dia buat buku lukisan dia. tapi dia nih ada satu bad habit, iaitu dia panas baran siket. masa kecik dulu suka gila mengamuk kalau tak dapat mainan robot.. haha. sekarang kalau usik dia dengan peristiwa tuh musti dia bengang gila. takpe, nak cakap jugak.. lalalala

NURSHAZNI AUNI
-ini budak boleh dipanggil kakak. dia baru umur 14 tahun, tapi tinggi dia dah lebih dari kak na ni haa.. adoiyaai. sekarang dia la roomate kak na time cuti. dia jugak senyap siket, dan secara tak langsung dia tak mewarisi sikap kak na yang cakap tak boleh berenti nih.. hee. perangai masa kecik? suka sangat melawa (sekarang lagi teruk kot). kecik-kecik dah tahu pakai toner, moisturiser, lip balm segala bagai. hello dik, kak na awak ni pun baru tahu compact powder tuh wujud masa masuk uni je.. sob3. kerenah dia tak banyak sangat; kalau orang tak kacau dia, then dia pun tak kacau orang. one more, mummy cakap muka mummy banyak dapat kat dia. menci betul!

AHMAD SHARIF ELHAM
- ni la adik kesayangan kak na.. ceeewah. sekarang nih darjah 6 kat sekolah kebangsaan mentuan. abe am ni, tak payah suruh 2-3 kali.. kalau kita cakap pape dia terus pegi buat (ni yang buat kak na sayang nih). kalau orang tak kenal dia, dia senyap and malu-malu je. tapi kalau kenal rapat dengan dia.. mak aii.. macam Mr. Bean junior. ade aje la yang dia nak buat lawak sampai kadang-kadang macam nak pelangkung kepala dia! in the other side, mummy letak harapan besar kat dia, sebab mummy nak hantar dia sekolah tahfiz bila habis sekolah rendah ni. papepun, kak na selalu doakan yang terbaik untuk dia =)

SYED ASYRAF
- ni la satu-satunya adik kak na yang lain abah. tapi, kitorang still rapat dan tak beza-bezakan, since dari kecik lagi memang dia duk ngan kami. adik nih perangai dia ngengada siket, maklum la, anak last. sekarang darjah 2 kat sekolah yang sama dengan abe am. adik kalau bab main game PS2 ke, komputer ke.. laju aje. kalau suh buat keje sekolah.. alahai.. macam  nak suh pegi perang aje gayanye. apepun, adik adalah mangsa buli kak na kalau kat rumah.. hehe. sori dek non ye!

dah cukup tujuh kan? well.. nanti semua dah ada pasangan, mesti lagi havoc sebab akan ada 14 kepala pulak. mummy pun ada cakap jugak, nak tunggu we'all besar dan boleh fikir dengan matang nih, bukan mudah. masing-masing ada perangai masing-masing. hehe. by the way, a big thank you to mummy sebab dah lahirkan siblings yang happening untuk kak na ('',)

~~~ rindu nak makan sama-sama ~~~

2 comments: