Sunday, January 23, 2011

maaf untuk SEORANG sahabat

beberapa minit lepas...

ayna, hiwamari (bukan nama sebenar) nak mintak maaf kat awak. sebenarnya saya tak sengaja pun nak cakap macam tu kat awak. maaf yek? 0-0


scene ini berlaku time kak na on the way nak datang bertapa kat library ni. erp... sebelum tuh, ini bukan entry untuk mengumpat cik hiwamari ye =)

maaf. erm.. dulu, kak na ada satu prinsip taw (ketika zaman jahiliah dahulu kala). kak na fikir, kalau semua perkara boleh diselesaikan dengan maaf, maka buat ape la wujud hukuman kat dunia nih. buat salah, kena la hukum. maaf bukan penyelesaian untuk mistake yang telah anda lakukan. ~ hati batu-keluli-tahan karat + kerek gila mase nih. hehe. macam la diri sendirik tak penah buat salah kan..

ok.. punca kenapa cik Hiwamari mintak maaf? sebenarnye kitorang ada krisis satu masa dulu, yang melibatkan rumah sewa yang kak na duduk sekarang ni. bukan ape pun, satu rumah bengang la sebab they'all satu geng kuar pegi duk asrama cam tu aje.. padahal kitorang dah deal, kalau nak keluar rumah kena cari pengganti terus. karang tak pasal-pasal berganda-ganda orang lain kena bayar. naya tau..

then, bincang punye bincang.. they'all berkeras nak lepas tangan. isk.. masa tu tuhan aje tahu. dulu, cakap lain. sekarang, bila dah dapat ostel, nak tinggal macam tu aje. maaf cakap, tapi masa tu memang rasa macam melepaskan anjing yang tersepit. huhu. maaf sekali lagi. tak pernah taw kak na yang ayu ni cakap macam ni...

then we'all pun berusaha la buat iklan besar-besaran.. sampai dalam intenet kot we'all punye eklan. hehe. ~ credits to kak hidayah di atas usaha beliau~. alhamdulillah, sekarang ni tempat they'all dah diganti dengan kakak-kakak master yang sangat suka masak dan sorang student akaun yang sangat sweet.. alhamdulillah. praise to ALLAH

selesai satu masalah. tapi, impak dari peristiwa tuh, asal kak na jumpa they'all kat akademik ke, kat bank ke, kat pasar malam ke.. memang tak reti nak behave macam biasa.kak na akan buat-buat baca buku ke, tengok tempat lain ke, buat-buat cakap dengan kawan ke.. entah la, perasaan geram tu susaaaaaah sangat nak kuar dalam hati ni ha.

ok, stat dari hari ni, saya, CHIBI MARUKO CHAN aka KAK NA, berjanji akan lebih mudah memaafkan orang lain dan jugak tidak menyimpan sebarang perasaan geram kepada orang-orang yang pernah buat salah dengan saya. saya jugak harus mengakui yang saya pun selalu jugak buat salah dengan orang lain. noktah.

maaf bermaafan amalan mulia, bukan setakat di hari raya.. hehe. ---> pesanan penaja jap

~~~ rasa sangat release~~~

No comments:

Post a Comment