Sunday, November 20, 2011

pesbuk oh PESBUK

in the name of ALLAH the most gracious and the most merciful

happy monday sume!

*tengok tajuk dah boleh agak ni mesti nak hentam pesbuk (baca: facebook)*

sebelum kita pergi dengan lebih jauh lagi, meh kita tahu beberapa fakta tentang pesbuk:

- pesbuk merupakan projek tahun akhir (final year project) si mark zuckenberg- sebab dia student kos komputer, IT dan sewaktu dengannya.

- pesbuk berwarne biru sebab MZ buta warne (tak boleh nak bezakan hijau/merah)

-kalau pesbuk itu adalah sebuah negara, maka ia adalah negara ketiga terbesar di dunia selepas china dan amerika syarikat. (perrrhg!)



okies. saya buat entri ni sebab saya dah bosan dengan pesbuk. I'M GETTING BORED WITH THIS (huh?)
kenapa ea?
.....
....
....
...


...
...
...

- asal bukak home je, saya kena baca masalah orang. ye'all tak letih ke baca masalah orang?? statistik daripada home saya menyatakan 90% buat pesbuk tempat luah perasaan- marah, gumbira, sedih, dsb. 8% quote/ tazkirah/ nasihat-nasihat dan 2% adalah iklan.

ramai orang suka show masalah they'all kat pesbuk. kalau boleh, nak satu dunia tahu dia tengah marah. isk isk. pastu ramai la pulak tukang like. ramai pulak komen tanya sape penyebab kemarahan. kan da jadik ngumpat tu? ye dak?

tak kata orang, saya pun sama *wawawa* -tapi dulu la. sekarang dah matured siket kot. *muka serius*. hey dude, FACE YOUR PROBLEMS. NOT FACEBOOK IT

- lagi satu, ada jugak sesetengah orang ghairah nak copy-paste maksud ayat-ayat quran dan hadis (it is good, actually). tapi bagi saya, setiap ayat yang kita paste tu, kita kena la ada full responsibility towards it- kena tahu latar belakang ayat, sebab nuzul (sebab diturunkan ayat), tafsir alim ulama' mengenai ayat tu, dsb untuk elakkan orang salah tafsir / tafsir ikut kefahaman sendiri.

ada jugak sesetengah orang yang gambar rapatrapat pipi sakan dengan boyfie, siap buat profile pic lagi. tapi paste maksud ayat quran. i dont know lah. but for me, it is so WEIRD. huhu.

*jangan sampai paste tafsir ayat tu hanya untuk nak tunjuk baik, bukan untuk berdakwah @ nak bagi peringatan kat kawan-kawan - nauzubillah*

- lagi satu yang buat saya tension dengan pesbuk kalau bab pakwe makwe berkomen. *tension sahaja ye.. bukan jelous* alahai.. nak tunjuk sangat la yang diorang tu sweet. hmm.. kawan-kawan, jangan la korang sampai berbangga dengan maksiat yang dilakukan. huhu. sedih lah.

nanti, bila you'all dah kawin, nak cakap lovey-dovey 24/7 pun takde orang nak marah. siap dapat pahala lagi :). sebelum sampai waktunya tu, belajar-belajar la kawal diri. *peringatan juga untuk diri sendiri*


mesti ye'all tanya kann..

DAH KALAU KO TAK SUKE SANGAT DENGAN PESBUK, APESAL TAK DEACTIVATE JER?? BISING LA PULAK KAT SINI

jawapan: sebab banyak aktiviti kelab dan announcement kelas batal diorang post dalam pesbuk. finally, ada la jugak kan faedah pesbuk ni. kekeke

~tata titi tutu

1 comment: