Monday, March 21, 2011

the classical D'KLASIK

post ini bukan bertujuan pengiklanan. harap maklum

halu halu hawau you!

setelah bertalu-talu post serius, marilah kamu dengar baca kak na bercerita pasal tempat kerja pertama kak na pulak; iaitu D'KLASIK  WHITE COFFEE, yang terletak di depan HUSM kubang kerian.

macam mana boleh ter'kerja' kat situ? hurm... panjang ceritanye. macam nih, kak na bercadang nak duk kat umah sewa masa sem 3 tahun lepas. so, saya perlu mencari duit lebih siket sebab rumah sewa tuh perlu dibayar deposit, then nak beli almari pakaian sendirik untuk letak kat sana, bakal bil air dan letrik, etc, etc. but the problem is, kak na adalah seorang anak yang agak penyegan untuk mintak duit dengan mak dengan jumlah yang banyak. dipendekkan cerita, masa mak pegi makan kat kopitiam tersebut, maka mak pun tanya sama Incik Bos di sana sama ada nak pakai pekerja atau tak. to sum up, maka kak na pun pegi la keje kat situ bermula 17/3/2010. genap-genapkan, sudah setahun la kak na tinggalkan tempat tersebut setelah bekerja hampir 3 bulan  ^_^

portfolio kerja kak na, senang aje. kak na jadik waitress. pegi ambik order, hantar makanan, then kemas balik meja yang dah customer tinggal (kat rumah liat nak mati buat benda-benda alah ni.. hehe). seronok ke? erm... seronok la jugak, tapi penat. penat sebab bekerja menggunakan tenaga, pergi ulang-alik hantar-amek makanan. tapi yang tak bestnye, kalau ada customer yang ntah hape-hape.. isk..

nak dijadikkan cerita, bila kita jadik waitress nih, baru boleh tengok macam-macam ragam manusia. ada yang hormat pekerja-pekerja bawahan macam kita nih and selalu ucap tima kasih, ader yang buat dek aje (memang selalunya macam nih), dan tak kurang jugak yang pandang rendah. isk... ingat kita tak belaja tinggi ke? kita part time je taw kat situ! ~geram je nak jerit macam tuh. isk... sabar-sabar le ciket ayna ooi!

pengalaman manis, erp... kak na berpeluang communicate dengan sorang mat saleh berpangkat prof yang mengaja immunology kat HUSM. nama beliau Kamal. dia greet kak na dengan ucapan assalamualaikum. waa.. teruja sangat masa tuh. then, lepas je kak na hantar order beliau, kami borak-borak dan bertukar-tukar pandangan. siap interview dia lagi macam mana dapat hidayah untuk jadik muslim, borak-borak pasal immune system, dan jugak pengalaman dia masa belaja kat oxford university dulu. dan untuk pengetahuan sumua, beliau sangat la hensem dan jugak masih bujang *wink3*
~lepas tuh, budak-budak kat tempat kerja tuh gelak sebab dia cakap kak na kena goreng ngan mat saleh tuh. isk, they'all jeles la tu.. kan kan kan

pengalaman pahit pulak, (tapi xde la pahit pun, annoying je) kak na serve sorang budak medic yang amat berlagak. dia buat muka macam 'saya student medic, awak waitress dan jelas bahawa saya amat bijak berbanding awak'. cakap berabuk pasal medical issues dalam 80% english. orangnya melayu, tapi bila kita tanya order, dia speaking pum-pang-pum-pang. then untuk membuktikan yang kak na pun tahu speaking, kita jawab balik sambil speaking correct english jugak dan sambil betulkan fakta pasal red blood cell yang dia duk cakapkan. haha.. kak na gelak jahat lepas tuh, sebab tengok muka dia yang terkulat-kulat. padan muka!

kat D'klasik nih jugak la, kak na banyak belaja ilmu-ilmu yang takde dalam buku teks. belaja anger management, belaja communication skill, dan jugak belaja menjadik sorang yang lebih kemas. jangan tak tahu, kak jugak sudah pandai membancuh air honey lemon yang sedap, dan jugak membuat French Toast.. hasil selalu pegi menyeludup ke dapur tengok tukang masak buat benda-benda alah ni.

kat sana, kak na jumpe ramai kawan-kawan yang datang dari latar belakang pendidikan yang berbeza-beza. ada kak siti dan kak muni yang ambik master kat HUSM (part-timer kat situ), kak huda, kak mira, dini yang sekarang ni sudah jadi bini orang, syikin, wani, wira, adik faiz, adik yuz, adik saie, adik aiman, kak fadh, afwan, akram, fahmi. ada jugak golongan-golongan lelaki yang terer gila masak macam abe mi, abe gie. tak lupa jugak geng-geng dapur macam pok li, yoe, kak tie, ipe dan jugak ramai lagi... kalau nak sebot sorang-sorang, penuh pulak page nih! sangat kagum dengan sesetengah dari they'all sebab pandai carik makan sendirik walopun tak masuk universiti atau punya sijil penuh satu folder.

paling menggumbirakan, bila time gaji. hoho... masa tu, muka masing-masing macam ada nuur yang memancar dari hati (ayat sungguh tidak boleh belah). gaji pertama kak na, rm240 then untuk bulan kedua dan ketiga, rm500++. bau gaji pertama... sangat masyuk! first time dapat gaji sendiri hasil titik peluh sendiri, hurm.. manisnya lain macam tau.. hehe

lepas tinggalkan tempat keje tuh lepas habis cuti sem dulu, rindu jugak kat they'all. kalau cuti jer, mesti pegi makan kat sana sambil tanya khabar orang-orang yang still duk kat situ. tapi sekarang da lain, sebab ramai pekerja budak-budak yang duk tunggu result spm. kalau pegi pun, 4-5 orang je muka lama.

okey la, setakat ini dulu kak na merepek untuk kali ini. teruskan bersama saya pada hari dan waktu yang sama, pada minggu hadapan!

~~~ jugak merindui kuew tiau goreng pataya D'klasik ~~~

4 comments: