In the name
of ALLAH The Most Gracious and The Most Merciful..
Assalamualaikum
to all my blog readers! Tak terlambat lagi rasanya nak ucap HAPPY NEW YEAR kan
^_^
Hmm… kali
nih saya nak tulis gaya matang-matang siket nah, harap dapat menerima gaya kematangan saya ni
(sempena azam tahun baru, nak berkelakuan sesuai dengan WANITA berusia 23
tahun. ngehngeh). Err tapi tak boleh jamin akan kekal sampai entry-entry yang
akan datang. Erk
Okai okai..
jom kita sembang pasal KERJAYA dalam entry kali nih. First of all, ‘ingat
senang ke nak cari kerja??’ ye lah, tak dinafikan saya dulu pun fikir ‘elleh
apa susah sangat cari kerja ni, belajar betul-betul, score cantik-cantik sure
dapat kerjaa punya laaah’. Tapi realitinya tak semudah yang disangka. (kes ini
terkecuali untuk student-student tajaan yang tentu-tentu habis belajar dah ada
kontrak kerja.. so sila bersyukur!)
Sebagai
seorang pelajar yang berkelulusan ijazah sarjana muda (cewah), MEMANG
expectation dari diri sendiri dan jugak keluarga (kadang-kadang jiran-jiran
sekampung join sekaki) adalah tinggi apabila kita step out from campus. Kita
jadik fikir ‘aku mesti kerja begini begitu, gaji sekian sekian’. But again,
realitinya tak semudah yang disangka.
Cakap je
mana-mana laman web portal cari kerja ni, semua dah diterjah. Yang takde iklan
jawatan kosong pun, terjah jugak hantar email mintak kerja (haa sampai macam tu
sekali!). Tapi sementara nak menunggu ‘bulan’ itu jatuh ke riba, takkan nak
goyang kaki ternak lemak kat rumah ye dak. Jadi saya ambik keputusan untuk
bekerja ‘biasa-biasa’ dengan gaji ‘biasa-biasa’ kat kawasan dekat dengan rumah.
|
memang bestfriend sgt, hari-hari check emel daripada dia |
Mula-mula
memang rasa malu, tak standard, gaji ciput tak cukup dan macam-macam lagi lah!
Tapi sekarang saya mula memandang kehidupan dari kaca mata berbeza. Dari titik itu,
saya mula rasa BERSYUKUR. I mean, DOUBLE-BERSYUKUR. Rasa untuk ‘extra-extra’
berterima kasih dengan ALLAH yang telah memberi laluan yang lapang sepanjang
hampir 23 tahun saya bernafas di bumi ini, berbanding dengan orang lain yang
kurang bernasib baik :)
Alhamdulillah,
saya diberi anugerah kecerdasan minda (walaupun takde lahh bijak sangat jadi
top scorer ke hape but at least jejak jugak ke unibersiti kan). Berpeluang
masuk ke sekolah yang top dan result yang membanggakan (tapi bab add math tu
memang tak dapet nak ditolong). Bila dengar cerita mereka yang bekerja tetap di
tempat ‘biasa-biasa’ ni, saya rasa bertuah. Betapa mereka dah berusaha
sesungguh hati, mereka jugak belajar cuma bukan rezeki dia untuk sampai ke
tahap yang lebih tinggi.
The next
thing saya belajar untuk bersifat QANAAH; iaitu berasa cukup dengan apa yang
dimiliki. Belajar jugak kawal nafsu untuk membeli itu ini yang ntah apa-apa
bila masuk GUARDIAN (ini memang kegilaan sejak dari dulu – nak try pakai
macam-macam benda masker lah body scrub lah losyen sampai berjenis-jenis tak
dipakai). Cuba merancang dengan elok gaji yang diperoleh, kena bahagi untuk
petrol, prepaid, duit EPF, simpanan sebanyak 10% dan duit kutu (ala yang kumpul
duit bulan-bulan dan tiap-tiap peserta akan dapat duit ikut cabutan). Yang
lelebih tu baru untuk berjimba-jimba dan beli bahan untuk try resipi baru. Dan,
elok lagi saya bernafas hari ni (maknanya cukup lah tu duit gaji banyak tu
hehe).
dan yang paling penting, belajar untuk sentiasa positif dan bersangka baik dengan ALLAH. rezeki itu sentiasa ada, cuma cepat atau lambat adalah urusanNya. kalau bagi cepat, ada hikmahnya. bagi lambat pun, tentu ada hikmah juga :) well, rezeki bukan saja dari segi kebendaan dan duit semata-mata. ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik juga rezeki, keluarga pun rezeki, JODOH yang baik punnnn rezeki. kekeke
semoga, bila saya diberi peluang untuk berada di atas, saya tak akan lupa apa yang pernah saya lalui di bawah. amin
~~~ live. love. laugh ~~~