Wednesday, December 26, 2012

terbaek 2012

in the name of ALLAH, The most Gracious and the Most Merciful

assalamualaikum and hai hai hai! the first entry selepas tamat belajar bulan julai hari tu (hampir setengah tahun tak update blog!!) nasib lah aynawrote.blogspot, dapat tuan tak bertanggungjawab macm nie. haha

azam tahun 2013? of kos ada dalam list perempuan adalah NAK LEBIH KURUS.(i don't know why the world love anorexic) tapi saya pun dah terjebak untuk dilihat lebih kurus. haha. by the way, untuk tahun 2013 ini saya mahu dilihat sebagai seorang yang lebih matang, mempunyai kewangan yang stabil dan jugak.. emm.. emm.. jumpa jodoh *sorok muka balik langsir*

tujuan entry ini ditulis adalah untuk meneruskan tradisi tahun-tahun lepas, sempena nak masuk tahun baru ni KENA tulis apa yang best yang wujud pada tahun 2012 ni. haa.. lets check it daud!

1. NOVEL

tahun 2012 ni saya tak mendapat bekalan novel yang banyak, but ada satu novel yang agak best iaitu novel 'CINTA 3 SUKU' keluaran alaf21, karya Herna Diyana. seriously, saya susah nak suka novel alaf21 sebab bahasa dia bunga-bunga dan banyak cite plotnya lebih kurang je, tapi novel cinta 3 suku ni lain sikit sebab novelnya penuh dan berkembang. i mean, tak rugi baca sebab dia cerita dari zaman heroin dia remaja sampai lah lepas kawin.. ada setengah novel kan, cerita benda sama banyak kali cuma tukar perkataan je. *hahha.. syiok kutuk novel orang!*

novelnya berkisah tentang iman (a girl), seorang anak yatim yang duk cari famili dia yang sebenar. pastu jumpa famili sebenar, pastu elok dia happy dengan famili dia, tup tup famili dia suggest dia kawen dengan anak jiran sebelah. bermula lah adventure si iman ni untuk mengorat laki dia lepas kawen. banyak benda lucu dan happy berlaku (sebab selalu kita baca novel, laki ngorat perempuan kan. tapi ni terbalik). and last skali, happy ending! *haruslaah*

2. MOVIE

kebanjiran movie melayu kat malaysia pada tahun ni membuatkan cerita yang keluar, banyak yang suam-suam dan macam 'elleh, macam ni pun boleh jadi cerita ke?'. haha. tapi dalam banyak-banyak tu, suka dengan ISTANBUL AKU DATANG. err tapi ramai cakap cite ni macam Lisa gediks sikit, but.. err.. comel ape? view dalam cite ni cantik dan terasa cam nak pergi je istanbul tu. haha *anyone, sponsor?*






3. LAGU

lagu I LOVE YOU SO by MAHER ZAIN is super duper awesome! muzik intro dia pun dah best! haha. bila dengar rase cam penulis lagu ni adalah seorang pencinta yang ikhlas *oke ini sudah puji lebih* tak caya? dengar sendiri and feel the love ^_^

4. EVENT

haa part ni yang paling best. tahun ni full of happiness and laughter! banyak benda yang best berlaku, macam recently majlis konvokesyen saya (nanti cerita detail dekat next entry), tersenarai dalam dean's list bagi sem last (dapat jugak merasa dapat anugerah dekan), kak long saya kawen, adik dapat straight A's PMR, the red warrior dapat piala treble *hehe* dan banyak lagi lah. Alhamdulillah :)

konvokesyen tadika. haha
 hopefully tahun 2013 akan lebih bahagia dan gembira, saya jadi anak yang lebih solehah, seorang muslimah yang lebih upgrade imannya, lebih banyak kawan, dapat kerja besst, dan yang elok-elok saja.. i hope i hope i hope *tiru tone Dian dalam Istanbul aku datang :-p

~~~ 2013= 23 tahun. dah rasa tua~~~

3 comments:

  1. mohon mekna kurus..hehehe..kui3..teka ak sape?..lalalala..xoxo..publish!

    ReplyDelete
  2. mesti mia ni. ahaha. btw, amin X100000000

    ReplyDelete