entri pertama untuk '7 things' project. jap.. jap. kenapa tujuh erk? err.. sebab saya taknak buat lapan atau enam *tak menjawab soalan* "_"
tujuh perkara yang saya naaaaaaaaaaaaaaaaaaak sangat buat dalam hidup, besides benda-benda yang wajib untuk muslim perlu buat dalam hidup (menunaikan haji, berbuat baik kat mak ayah, etc, etc). err.. kalau ada orang yang nak tolong fulfill, boley jugak... ekeke
1- backpacking ke australia dengan satu backpack, satu map, dan satu kamera dengan seorang sahabat. whoa.. best best best! pergi menjajah menjelajah ke sydney opera house, chinatown, pergi tengok kola bear, blue mountain, dan baaaaaaanyak lagi! (pengaruh tengok iklan pelancongan austalia dan jugak novel contengan jalanan;hlovate). hop on hop off dekat hotel bajet dan makan megi panas-panas di waktu sejuk *berangan*
2- a month without housechores mesti heaven! saya tak mintak lebih, nak sebulan je.. huhu. bayangkan ~~ bangun pagi-pagi, tengok atas meja makan dah ada sarapan. bangun pagi tak payah kemas katil. lepas je makan, lepak tengok cite korea, tak perlu pegi basuh kain baju, tak payah sidai baju. rumah pun tak payah kemas. abis je tengok muvie, time to lunch! petang pulak pegi main badminton, siap je main terus ada dinner.. then sleep like a queen. haha *kata-kata orang pemalas buat keje rumah*
3- publish satu novel.erm.. yang ni angan-angan je. bakat satu habuk pun takde.. hehe. tapi teringin la, buat satu novel yang best-best macam hlovate @ noor suraya.
4- marah orang depan-depan. yang ni memang saya tak pernah buat sepanjang hidup saya. (sedih owh jadik orang penakut nih). selalu pendam aje apa yang tak puas hati dan tulis dalam belog. tapi marah-marah tak elok kan.. kan?
5- shoping sakan tanpa memikirkan bajet. ini impian besar bagi orang-orang yang suka shoping tapi duit takdak macam saya. ohoh. sebelum nih berjimat duit pinjaman je kalau nak beli pape. takpe, nanti shoping barang hantaran nanti (entah berapa tahun lagi).. erm.. siap la! *ayna, layan la sangat nafsu shoping tuh.. isk*
6- bukak satu kedai makan berasaskan coklat macam tok aba's kokotiam dalam citer boboiboy. motif utama: sebab saya sangat suka coklat *i'm a typical girl, huh*. motif kedua: saya suka makan. tapi heaven kot..... ada kek coklat, brownies coklat, chocolate ice blended, puding coklat, wafer inti coklat.. ayook.. sedapnye.. (ni kalau bukak kedai nih takde untung, sebab duk habis kat tauke je. haha)
7- belog saya fofular di seantero malaya dan dikomen oleh blogger-blogger otai.. ahaha. *sigh* walaupun saya tak de magnet duit si nuffnang, atau takde traffic kencang-kencang.. tapi saya blogging untuk own satisfactory.. ecece.
Kota bharu, 20 Jun 2011- Seorang blogger yang tak seberapa femes, aynaUna di dalam blognya aynawrote.blogspot telah mengumumkan akan melakukan projek 'tujuh perkara' dengan dana yang dilaburkan adalah dianggarkan sebanyak 8 bilion ringgit, pada majlis pelancaran program itu semalam. majlis yang gilang gemilang ini telah diserikan dengan kehadiran dif-dif kenamaan dari pelbagai negara untuk menunjukkan tanda sokongan negara masing-masing ke atas usaha murni ini.
menurut beliau, projek 'tujuh perkara' akan meliputi apa-apa sahaja seperti, 'tujuh perkara yang paling naaak sangat dibuat kat dunia', 'tujuh wonderful person in her life', 'tujuh tempat makan yang tak boleh lupa', dan sebagainya. tambah beliau lagi, projek 'tujuh perkara' ini tiada tarikh lupus selagi jari-jari runcing beliau tidak putus.
projek ini mensasarkan kumpulan blogger sama ada yang dikenali secara maya ataupun yang memang membe sejak kecil untuk membaca tulisan beliau dan diharapkan mampu memedihkan mata yang membaca.. hehe
bermula 9mei hingga 30jun ini, kak na akan mengikuti latihan industri @ praktikal di HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KUBANG KERIAN, KELANTAN.
kak na akan melakukan kerahan tenaga (tanpa gaji, of kos) di jabatan patologi, husm.
kerjanye kak na tak pasti lagi, tapi mungkin berkaitan dengan analisis bahan-bahan seperti darah, sputum, atau faeces (eew..). atau pun menganalisa penyakit.. atau.. erm.. tengok la ape yang kena buat =)
so, sesiapa yang duduk di area kubang kerian, atau yang drop by di HUSM, melawat mak sedare bersalin ke, datang cek gigi ke.. erp.. do call me.. hehe. (bajet la takde keje kena buat kat sana).
ini sahaja entry untuk hari ini. time kasih (lappy takde bateri nak melalut banyak-banyak).. kua3
sebelum tu, doakan kak na jumpa jodoh di sana, dengan dokter yang hensem.. haha (gelenya!)
(kepada penulis asal tulisan ini, izin untuk share ye....)
Kita selalu bertanya dan ALLAH sudah menjawabnya...
-Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al- Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”
surah Al-Ankabut, ayat 2-3
-Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal a buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
surah Al-Baqarah, ayat 216
-Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
surah Al-Baqarah, ayat 286
-Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Al-Quran menjawab, “ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”
surah Ali Imran, ayat 139
-Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
surah Al-Baqarah, ayat 45
-Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal”
surah At-Taubat, ayat 129
-Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al-Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka”
surah At-Taubat, ayat 111
-Kita berkata: Aku tak tahan!
Al-Quran menjawab, “...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
surah Yusuf, ayat 12
-Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”