Saturday, May 11, 2013

3 bulan yang MENGGEMBIRAKAN

in the name of ALLAH, the Most Gracious and the Most Merciful..

hai, assalamualaikum semua! lama gila kan saya tak hupdate (setelah laptop diwariskan kepada adindaku) huhu. sebelum ni online pakai phone, so tak kuasa la nak update blog dengan tulisan cenonet. malas terus haha

yes, it's been a while. what i've been through this 3 months? it's soooo wonderful! hehe. sekarang saya dah masuk dunia pekerjaan, dah boleh memberi nafkah kepada keluarga, dah mengundi... emm.. saya rasa saya dah cukup dewasa lah. tunang/kawen je yang belum.

mula-mula lah i nak tell u olls, memang rase macam tak nak je duduk kat kelumpo ni. rase macam semak, sesak, ramai orang, semua orang buat hal masing-masing, lonely, rushing, dan macam-macam lagi. it's totally different daripada kampung indah permai saya yang bukak je tingkap bilik ade hijau-hijau, ade sawah padi, ada tali air. jiran-jiran suka datang rumah. ohh memang aku ini anak orang kampung tiada apa-apa yang dapat ku berikan~~~ ok fine dah mengarut.

tapi itu dulu lah, sekarang saya dah ok dan dah boleh adapt dengan environment sini. pape pun, kampung masih tetap di hati. ceewaah.

this is my home.ngehehe
etcelli sekarang ni saya kerja kat sebuah syarikat jepun yang menyediakan kemudahan kewangan sebagai collection officer. gittew. memang lari terus lah dari bidang biologi, papepun terima dulu rezeki yang ada dan berusaha untuk cari keje yang related dengan bidang yang dipelajari. kalau ikutkan hati, saya naaakkk sangat jadi cikgu. hehe. tapi rezeki ke arah tu belum ada.

dulu saya main mintak je keje ni, tak sangka pulak dapat. dulu memang zero knowledge pasal kewangan, dan baru lah rase menyesal sebab tak belajar bebetul pasal muamalat dalam islam (bab munakahat je mata boolat bersinar, bab ni layu je). seriously, bila dah tahu rules dan regulation pasal kad kredit, terus google pasal ni and find out that some of the company's policy ade macam riba. huu. down terus masa ni.

tapi saya cari jugak pasal hukum kerja kat bank konvensional, dan telah dijelaskan oleh ust zaharudin dekat dia punya blog. fuhh lega rase. tapi saya still nak cari kerja lain jugak, yang bebetul kena dengan jiwa. moga dipermudahkan ALLAH, doakan ye kengkawan!

lagi satu, bila dah kerja ni suukaaa sangat melayan nafsu shoping. uwaa. terutama benda-benda berkaitan kesihatan dan kecantikan (ppadahal takde lah cantik mn pun, huha). pastu kasut. pastu kain baju. adehh.. nampaknya saya kena manage duit dengan lebih baik ni. ini tidak, asal hujung bulan je kering.. haha

okay lah. malas pulak nak taip pepanjang. nanti jumpa lagi kbai!

gatal hati nak beli CC cream lah pulokk. sabar ayna sabar. mujahadah melawan nafsu. kekeke

~~~happy weekend u olls~~~