Saturday, January 12, 2013

Puding Trifle by CHEF ayna

in the name of ALLAH the Most Gracious and The Most Merciful..

hari ni, bila tangan tergedik nak menulis, haa sampai 2 entry eden taip! maklum lah, bila ada mood ni kena turutkan saja, nanti bila malas tak berusik pulak belog kesayangan nih. cewah. lagipun next week saya bakal berpisah dengan my boyfriend, encik laptop yang bakal diwarisi kepada adik yang sedang belajar. sobs (macam tak rela aje)

assalamualaikum to all readers! rasanya dah lama gila tak update pasal resipi kan. kali ni mosterchef ayna nak tunjukkan cara-cara untuk buat PUDING TRIFLE yang senang gilaaa! ala yang selalu ada kat atas meja beradab orang kawen tu. tapi kita yang tak kawen lagi ni pun boleh je makan. ahaks

bahan-bahan:
1 biji kek paun/ kek lapis
1 tin susu cair
4 sudu tepung kastard
1 tin fruit cocktail
1 peket kecik agar-agar
gula, air

cara-cara:
1. susun kek paun/kek lapis atas bekas yang dirasakan sesuai (preferable bekas kaca). kemudian tuangkan air dari fruit cocktail tu ke atas kek.
2. masakkan 1 tin susu cair bersama 1 tin (pakai tin susu tadi) air hingga mendidih. tambah 7 sudu gula.
3. kendian, bancuh 4 sudu tepung kastard dengan separuh tin air. dengan api perlahan, tuangkan ke dalam kuali tadi dan masak sehingga adunan menjadi likat.
4. bila dah sejuk sikit, masukkan ke atas susunan kek tadi. kalau nak selang-seli dengan kek pun boleh, ikut kreativiti :)
5. masak agar-agar dan kuantiti air dan gula mengikut instruction kat belakang pek agar-agar (saya prefer agar-agar nona yang RM2 tu, ngam-ngam untuk cover seluruh kastard). masukkan pewarna merah (sirap pun boleh).
6. bila dah sejuk sikit, tuangkan dengan perlahan ke atas lapisan kastard (hati-hati nanti kastard pecah!).
7. susun fruit cocktail dalam agar-agar.
8. chilled and ready to serve ^_^

dan hasilnyaaaa...
.............
.........
.....
...



Friday, January 11, 2013

KERJA + jaya = kerjaya!

In the name of ALLAH The Most Gracious and The Most Merciful..

Assalamualaikum to all my blog readers! Tak terlambat lagi rasanya nak ucap HAPPY NEW YEAR kan ^_^

Hmm… kali nih saya nak tulis gaya matang-matang siket nah,  harap dapat menerima gaya kematangan saya ni (sempena azam tahun baru, nak berkelakuan sesuai dengan WANITA berusia 23 tahun. ngehngeh). Err tapi tak boleh jamin akan kekal sampai entry-entry yang akan datang. Erk

Okai okai.. jom kita sembang pasal KERJAYA dalam entry kali nih. First of all, ‘ingat senang ke nak cari kerja??’ ye lah, tak dinafikan saya dulu pun fikir ‘elleh apa susah sangat cari kerja ni, belajar betul-betul, score cantik-cantik sure dapat kerjaa punya laaah’. Tapi realitinya tak semudah yang disangka. (kes ini terkecuali untuk student-student tajaan yang tentu-tentu habis belajar dah ada kontrak kerja.. so sila bersyukur!)

Sebagai seorang pelajar yang berkelulusan ijazah sarjana muda (cewah), MEMANG expectation dari diri sendiri dan jugak keluarga (kadang-kadang jiran-jiran sekampung join sekaki) adalah tinggi apabila kita step out from campus. Kita jadik fikir ‘aku mesti kerja begini begitu, gaji sekian sekian’. But again, realitinya tak semudah yang disangka.

Cakap je mana-mana laman web portal cari kerja ni, semua dah diterjah. Yang takde iklan jawatan kosong pun, terjah jugak hantar email mintak kerja (haa sampai macam tu sekali!). Tapi sementara nak menunggu ‘bulan’ itu jatuh ke riba, takkan nak goyang kaki ternak lemak kat rumah ye dak. Jadi saya ambik keputusan untuk bekerja ‘biasa-biasa’ dengan gaji ‘biasa-biasa’ kat kawasan dekat dengan rumah. 

memang bestfriend sgt, hari-hari check emel daripada dia


Mula-mula memang rasa malu, tak standard, gaji ciput tak cukup dan macam-macam lagi lah! Tapi sekarang saya mula memandang kehidupan dari kaca mata berbeza. Dari titik itu, saya mula rasa BERSYUKUR. I mean, DOUBLE-BERSYUKUR. Rasa untuk ‘extra-extra’ berterima kasih dengan ALLAH yang telah memberi laluan yang lapang sepanjang hampir 23 tahun saya bernafas di bumi ini, berbanding dengan orang lain yang kurang bernasib baik :)

Alhamdulillah, saya diberi anugerah kecerdasan minda (walaupun takde lahh bijak sangat jadi top scorer ke hape but at least jejak jugak ke unibersiti kan). Berpeluang masuk ke sekolah yang top dan result yang membanggakan (tapi bab add math tu memang tak dapet nak ditolong). Bila dengar cerita mereka yang bekerja tetap di tempat ‘biasa-biasa’ ni, saya rasa bertuah. Betapa mereka dah berusaha sesungguh hati, mereka jugak belajar cuma bukan rezeki dia untuk sampai ke tahap yang lebih tinggi.

The next thing saya belajar untuk bersifat QANAAH; iaitu berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Belajar jugak kawal nafsu untuk membeli itu ini yang ntah apa-apa bila masuk GUARDIAN (ini memang kegilaan sejak dari dulu – nak try pakai macam-macam benda masker lah body scrub lah losyen sampai berjenis-jenis tak dipakai). Cuba merancang dengan elok gaji yang diperoleh, kena bahagi untuk petrol, prepaid, duit EPF, simpanan sebanyak 10% dan duit kutu (ala yang kumpul duit bulan-bulan dan tiap-tiap peserta akan dapat duit ikut cabutan). Yang lelebih tu baru untuk berjimba-jimba dan beli bahan untuk try resipi baru. Dan, elok lagi saya bernafas hari ni (maknanya cukup lah tu duit gaji banyak tu hehe).

dan yang paling penting, belajar untuk sentiasa positif dan bersangka baik dengan ALLAH. rezeki itu sentiasa ada, cuma cepat atau lambat adalah urusanNya. kalau bagi cepat, ada hikmahnya. bagi lambat pun, tentu ada hikmah juga :) well, rezeki bukan saja dari segi kebendaan dan duit semata-mata. ilmu adalah rezeki, kawan-kawan yang baik juga rezeki, keluarga pun rezeki, JODOH yang baik punnnn rezeki. kekeke

semoga, bila saya diberi peluang untuk berada di atas, saya tak akan lupa apa yang pernah saya lalui di bawah. amin

~~~ live. love. laugh ~~~