Sunday, January 8, 2012

TUDUNG yang menyelamatkan

in the name of ALLAH the Most Gracious and the Most Merciful

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh!

**currently online at microbiology lab, sementara menunggu mesin autoclave sejuk. ape? tak tahu mesin autoclave tu ape? ianya adalah sebuah mesin yang macam mesin basuh, tetapi digunakan untuk mematikan kuman/ bakteria yang terdapat pada sesuatu alat radas atau media yang akan digunakan, untuk mengelakkan kontaminasi bahan-bahan tersebut** --cakap banyak pulak v_V

oke. oke. selalu termelalut cakap benda lain. hmmph

pada dua hari lepas, seekor lipan telah menghinggapi kepala saya. lipan itu boleh dikategorikan sebagai lipan yang dewasa, kerana ciri-ciri fizikal yang dapat dilihat iaitu mempunyai badan sepanjang lebih kurang lapan sentimeter dan berwarna kemerah-merahan, iaitu merah yang cemerlang umpama merahnya mak ngah. pada suatu malam yang berangin kuat, saya telah ke pagar rumah sewa saya untuk melilit rantai pada pagar tersebut. di tepi pagar tersebut pula terdapat satu pokok, dan lipan tersebut disyaki hinggap di atas kepala saya dari pokok tersebut.

-saya sedar tulisan saya sekema ayam. bhahaha-

ye'all tau tak, kalau kena gigit ngan lipan tu boleh menyebabkan kepengsanan dan jugak berkemungkinan boleh membawa maut?? *emo*

awalnye saya tak sedar langsung ada lipan kat atas kepala, sumpah saya memang ingat ada kumbang je. dan dengan berani-berani kambing saya pegang dan buang ke lantai. lepas tu, bila dah sedar benda tu adalah lipan yang sihat kitorang satu rumah jerit ramai-ramai. *haru betul*.

pastu semua gelabah-gelabah katak dan susun strategi untuk membunuh lipan tersebut. ya. kami memang membunuh lipan tersebut. mula-mula, kitorang semburkan ridsect banyak-banyak bagi lipan tu pengsan dan mamai-mamai siket. pas tu, kitorang letak dalam penyodok sampah and then buang kat atas simen. last skali, kita penyek lipan tu pakai penyapu. *tak kejam kan? kan? kan?

 ihsan dari google

ianya adalah satu rahmat. ye, suatu rahmat kerana pada waktu tersebut saya bertudung. cuba bayangkan kalau saya tak pakai tudung masa tu? mungkin lipan tu akan directly gigit saya dan juga saya akan directly masuk wad.

lepas kejadian tersebut saya terus sujud syukur kerana terselamat dari sebarang musibah yang tak diingini. ALHAMDULILLAH.. tq ALLAH ^_^

semoga tudung itu bukan sahaja menyelamatkan saya dari serangga tersebut, tapi juga menyelamatkan saya dari seksa api neraka. InsyaALLAH

~~~ still rasa benda merayap-rayap atas kepala. lipanuphobia, mungkin? ~~~