Friday, December 30, 2011

terbaeeek 2011

in the name of ALLAH, the Most Gracious and the Most Merciful

(suka saya mengingatkan diri saya agar membaca dan menulis Basmallah di setiap entry. ehehe.)

ni mungkin adalah satu-satunya entri untuk bulan december. malas sangat mak enon nak menaip ni haa.. bukan hade orang baca pon? haha *perli diri sendiri*

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. it comes into a habit untuk tulis review benda-benda yang menarik dan terbaik sepanjang tahun. tak pecaya? saya buat jugak tau entry yang sama untuk taun lepas punye.. klik kat sini (tengok balik entry lapok ni)

1.NOVEL
novel terbaik tahun ni yang pernah saya baca.. em.. susah nak decide. sebab semua best-best dan amat banyak oke novel yang saya baca *gediks pulak tetiba* haha. oke oke, back to main point. this award goes to... novel langsir biji remia by noor suraya. novel ni diterbitkan oleh jemari seni, bawah JS adiwarna rasanye. senang cite, ni novel kanak-kanak rasanye sebab dia nipis siket dan saiz besar siket daripada saiz-saiz novel yang common kat pasaran. tak kesah la novel kanak-kanak ke, novel remaja ke.. yang penting isi dia sangat best ^_^ sampai nak menangis *over eksaited*

tema novel ni.. em.. menghargai apa yang ade kat depan mata (kot). kisahnye, Dhuha hafa yang cantik berkawan dengan jiran sebelah rumah dia. jendela bilik Dhuha dan bilik the boy next door *tak ingat lak nama ape laki nih* tu bersebelahan. nak dipendekkan cerita, diorang fall in love. yang lelaki tuh masuk asrama ke study oversea *tak ingat dah*, dan pada masa remaja tuh Dhuha jadik mangsa kebakaran sebab nak selamatkan nenek dia. muka Dhuha rosak teruk. Dhuha pakai purdah lepas tuh untuk tutup kecacatan muka dia dan jugak tanak bagi orang lain takut tengok muka dia. then, the boy tuh balik dari belajar dan nak sambung balik kisah cinta dia dengan Dhuha. tup-tup, Dhuha dah tak cantik macam zaman kecik-kecik dulu. the boy reject her :(

last skali, the boy tuh kawen dengan orang lain- cantik, kaya, berpendidikan. tapi dia tak fikir, HATI YANG CANTIK TU LAGI PENTING DARI WAJAH YANG CANTIK. dia kawen tapi tak bahagia. Dhuha pergi tunaikan umrah dan jeng.. jeng.. jeng... sekian terima kasih. hehe. nak baca lebih-lebih kena la beli sendiri~~

2. MOVIE
yang ni pun susah jugak nak decide, sebab saya tak tengok movie banyak sangat tahun ni. drama korea tu, banyak la pulak *saya common gurl* haha. em.. movie movie movie.. movie taare zameen par kot. amek haa, movie hindustan saya bagi. i'm so sure yang movie ni dah ramai gile orang tengok, hot stuff untuk tahun 2011 kot.

citer ni best untuk parents yang suka paksa anak-anak diorang untuk stadi hard, dan ukur keistimewaan anak-anak by keputusan exam tanpa tengok apa talent yang ada pada seorang anak tu sendiri. it is agak meruntun jiwa bila tengok Ishaan kena dera dengan cikgu-cikgu dia sebab dia tak boleh membaca dan jugak pressure dari bapak dia. tertitik jua air mataku. mwahaha

saya jadik kakak yang penyayang sekejap lepas tengok citer ni, sebab adik bongsu saya ade ciket masalah membaca dan lepas tu rasa nak pegi mengajar adik saya macam yang aamir khan buat tuh. haha. tapi kejap aje lah penyayang nye, lepas tu garang balik.



3. LAGU/NASYID
walaupun lagu terbaik dekat AIM adalah lagu sedetik lebih, tapi saya lagi suke dengar lagu nasyid atas nama cinta by UNIC tu (padahal lagu ni dah lama gile kot). nak dijadikan cerita, lagu yang dah berkurun ni saya tak pernah dengar pun, tapi bila UNIC datang buat show, terus pergi download dan dengar hari-hari. (padahal kena kat batang hidung sendiri, yang duk suka-suka kat orang tapi orang takde lah suka kita pun) haha. lirik dia lebih kurang macam ni:

rela aku pendamkan impian yang tersimpan
egganku keasyikan
gusar keindahannya merampas rasa cinta
pada Dia yang lebih sempurna..

... tapi part yang paling best...

biar sendiri hingga hujung nyawa
agar tak sepi dari kasihNya
kerna sesungguhnya hakikat cinta
hanya Dia yang Esa

4. EVENT
em.. saya rasa takde event yang lagi best melainkan time dapat result untuk semester 4 masa bulan mei hari tuh. it is a lot of improvement!!. ehemhem. walaupun takde la sampai  dapat dean's list, but it is cukup valueable untuk saya yang suam suam malas ni. ahaks. so, untuk sem 5 ni.. kena aim dekan la gamaknye?

oke oke.. cukup-cukup la karangan kali ni. sebenarnya entri ini dibuat dengan muka yang pucat kerana saya baru je check kejap tadi, saya ada tak hantar (overdue date) satu lagi buku library. harap-harap la buku tu tak hilang. kalau tak jenoh nak ganti. sobsob

oke, bai!

~~~azam tahun baru: ayna yang tersusun untuk tahun 2012~~~