Friday, April 29, 2011

mari ber'HOUSMANSHIP'

assalamualaikum and nice day!

pengumuman...! pengumuman...! attention...!

bermula 9mei hingga 30jun ini, kak na akan mengikuti latihan industri @ praktikal di HOSPITAL UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, KUBANG KERIAN, KELANTAN.

kak na akan melakukan kerahan tenaga (tanpa gaji, of kos) di jabatan patologi, husm.

kerjanye kak na tak pasti lagi, tapi mungkin berkaitan dengan analisis bahan-bahan seperti darah, sputum, atau faeces (eew..). atau pun menganalisa penyakit.. atau.. erm.. tengok la ape yang kena buat =)

so, sesiapa yang duduk di area kubang kerian, atau yang drop by di HUSM, melawat mak sedare bersalin ke, datang cek gigi ke.. erp.. do call me.. hehe. (bajet la takde keje kena buat kat sana).

ini sahaja entry untuk hari ini. time kasih (lappy takde bateri nak melalut banyak-banyak).. kua3

sebelum tu, doakan kak na jumpa jodoh di sana, dengan dokter yang hensem.. haha (gelenya!)

~~~ introduction to career world! ~~~

Wednesday, April 27, 2011

mengapa MENGELUH?


 entry sepesel untuk anda semua!
(kepada penulis asal tulisan ini, izin untuk share ye....)
Kita selalu bertanya dan ALLAH sudah menjawabnya...
-        Kita bertanya: Kenapa aku diuji?
Al- Quran menjawab, “Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan sahaja mengatakan, “Kami telah beriman”, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta”
surah Al-Ankabut, ayat 2-3

-        Kita bertanya: Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?
Al-Quran menjawab, “Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal a buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui”
surah Al-Baqarah, ayat 216

-        Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?
Al-Quran menjawab, “Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya”
surah Al-Baqarah, ayat 286

-        Kita bertanya: Kenapa kita rasa frust?
Al-Quran menjawab, “ Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu orang-orang yang beriman”
surah Ali Imran, ayat 139

-        Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?
Al-Quran menjawab, “Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat, dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk”
surah Al-Baqarah, ayat 45

-        Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?
Al-Quran menjawab, “Cukuplah Allah bagiku, tidak ada tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal”
surah At-Taubat, ayat 129
-        Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?
Al-Quran menjawab, “Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka”
surah At-Taubat, ayat 111

-        Kita berkata: Aku tak tahan!
Al-Quran menjawab, “...dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir”
surah Yusuf, ayat 12

-        Kita bertanya: Sampai bila aku akan merana begini?
Al-Quran menjawab, “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”
surah Al-Insyirah, ayat 5-6

UMT youngpreneurs programme 2011'

bersesuaian dengan misi hari ini - online sampai pengsan - maka kak na akan buat seberapa banyak entry yang terlarat. haha. sesapa yang dah terbukak page ini, kena baca! (gaya diktator)

ok. program UMT youngpreneurs ini diadakan untuk melahirkan mahasiswa-mahasiswa yang mampu terlibat dalam dunia perniagaan, dan tidak bergantung semata-mata dengan mengharapkan ada employer yang akan ambik anda bekerja sejurus selepas anda tamat universiti. ianya jugak bertepatan dengan sunnah untuk berniaga kerana 9/10 dari pintu rezeki itu datangnya dari perniagaan. (ciplak ayat TNC semasa beliau memberi ucapan perasmian)

oleh kerana gambar-gambar ini sudah lama terperam dalam simpanan kak na, jom sama-sama tengok aktiviti-aktiviti yang dilakukan kat sana!

the buku program

macam-macam benda yang dijual sempena program ni. antaranya: kek shomel ni!

barangan orang pompuan.. hehe

barangan orang lelaki pon ada

cupcakes.. yumyumyum

jangan tak tahu, barang mak-mak pun ader jugak

ikan gapi pon ada!

erp... yang nih bukan ori punya

gerai kami.. hehe

kawan-kawan yang membuka booth jugak

saya rewang-rewang, jumpa ini budak kecik

apabila keboringan melanda! note: saya bersama ekin

dapat untung siket, pegi beli penyu 4 ekor.
dari kiri: aynaUna, ekien, nanad, dayah

tadaa.. ni la tempat kami berniaga: pusat dagangan terengganu

note: untung takder la sangat pun, enjoy je lebih.
~~~ saya peniaga berjaya ~~~

Tuesday, April 26, 2011

henset MURAHKU

a very good day i bid to everyone ^_^

bagi student-student universiti, sekarang adalah musim demam exam kan? pun bagaimana walau, saya tetap mahu menghapdet belog ini kerana terdapat permintaan yang tinggi untuk membaca hasil tulisan saya (ayat takleh blah) ~kua3

furthermore, sejak saya sudah meng'deactivate'kan akaun pesbuk (atas sebab-sebab tertentu), masa yang terluang harus digunakan untuk menulis di belog kesayangan.. ecece.

em.. em.. topik yang ingin dibincangkan pada hari ini adalah mengenai HENSET.

ye'all setiap sorang ada henset kan? (tipu la an kalau cakap takde). budak sekolah rendah pun ada benda alah ni sorang satu.. isk. ye'all punya cap ape? berapa harga? dia punye function pon mesti macam-macam according to their harga kan.. kan.. kan

sebelum bersembang dengan kencangnya, ni kak na tunjuk gambar henset kak na. tak tipu punya!

pandangan hadapan


pandangan belakang

so.. apa yang bestnya pakai henset murah?

#1 BATERI LEBIH TAHAN LAMA
henset murah, siyesli bateri mereka tahan lebih lama sebab hanya digunakan untuk calling dan jugak messaging. jangka hayat selalunya melebihi 3 hari untuk sekali cas. (tapi kalau bateri dah lama-lama sangat, cepat kong jugak)

#2 YE'ALL BOLEH MENAIP MESEJ DENGAN SEKUAT HATI, SIAP BOLEH HEMPOK2 LAGI
ye'all teringin menaip tanpa melihat skrin henset, sambil tengok tibi atau ketika sedang rancak berbual? henset murah adalah jawapannya. cuba la buat dengan henset touch-touch tu.. boleh ke tidak.. haha
#3 BOLEH DECORATE MENGIKUT KRETIVITI
see..? my henset is green in colour (think green..hehe). sebenarnye kak na ada variasi warna 'kulit' henset, dari warna-warna sekema seperti hitam dan biru gelap, dan warna-warna ceria seperti pink dan hijau. sekarang dalam perancangan untuk membeli kulit berwarna striking seperti merah dan kuning. in addition, kita boleh hias dengan letak sticker ke, batu-batu kristal ke (erp.. dah namanye pompuan kan.. suka la benda-benda camni.. hehe)

#4 SIMPLE DAN MURAH (OP KOS LA)
simple dari segi aplikasi. contohnya, kalau nak taip mesej, terus ke create message. kalau henset mahal.. punya la banyak. mesti akan tanya dulu.. text message ke, multimedia message ke, etc etc. isk. complicated je. murah? memang takde kompromi di situ. henset ni saya beli dengan harga rm 80 ++ je =)

#5 KALAU HILANG, TAK MENYESAL SANGAT.. HEHE
cuba la hilangkan henset blackberry anda kalau nak test statement ini.. ;-p

by the way, kak na masih mengekalkan fungsi 'henset hanya untuk mesej dan kol'. the-all-in-one ni agak melecehkan.. i think. nak dengar lagu? kak na ada sony mp3. nak tangkap gambar? kak na sudah ada digital kamera.. ehehe.

ok lah.. dah letih merepek. adios!

~~~ tunggu orang seponsor henset baru.. ahaha ~~~

Monday, April 18, 2011

anatomy of WOMEN'S heart

assalamualaikum and a very good morning to all viewers.

post kali ini mungkin agak jiwang, dan akan menyebabkan iritasi mata bagi yang 'heartless' untuk membaca benda-benda ni sumua... huhu. post ini juga sedikit sebanyak bersifat genderism. harap maklum =)

tulisan ini kak na kumpul-kumpul daripada pengalaman kawan-kawan dan hasil forum tak rasmi sesama kami. ngehehe. kalau tak setuju, kamu buat belog kamu sendirik dan boleh jugak buat tajuk APA YANG SAYA TAK SETUJU DENGAN ENTRY ANATOMY OF WOMEN'S HEART BY AYNAWROTE. ahaha. ngek

hawa: tercipta engkau dari rusuk lelaki, 
bukan dari kaki untuk dialasi. 
bukan dari kepala untuk dijunjung. 
tapi dekat di bahu untuk dilindung. 
dekat jua di hati untuk dikasihi.
(kompem penah dengar kan quote ni)

hari ini kak na mahu mengajar kamu, especially golongan-golongan lelaki mengenai ANATOMY OF WOMEN'S HEART.

selain dari bentuk fizikal jantung tersebut yang sebesar penumbuk, jantung jugak berfungsi sebagai pengepam darah keseluruh anggota badan, dan memastikan darah yang beroksigen sampai keseluruh organ-organ dan sel-sel dalam badan. noktah.

etceli, bukan nak cakap benda-benda saintifik secara anatomi atau fisiologi dengan ye'all.. dan ye'all boleh baca sendirik dekat buku anatomi pun. jom kita cakap pasal cara-cara untuk tidak meng'break'kan hati perempuan-perempuan.. eheh (besar je mandat nak kena jaga hati ye?)

#1 JANGAN LETAK GULA BERKILO-KILO DI BIBIR KAMU
sifat ni dikira sifat yang wajib ada bagi setiap lelaki. tak tahu la kenapa, encik adam ni suka sangat cakap manis-manis dengan golongan kami. for your information, kami kaum hawa ni cepat terbuai dengan ayat-ayat kamu. jangan concern kepada kami secara berlebihan kalau kamu bukan betul-betul sukakan kami. padahal, at the end of the day, kamu akan bagitahu 'we're just friends'. dan kamu bagitahu kamu cakap macam tuh dengan semua perempuan-perempuan di sekeliling kamu. what der.... ?

#2 JANGAN MINTAK/ BAGI NOMBOR TELEFON
for you info jugak, kami tak heran pun dengan nombor-nombor telefon kamu tu. wek. kalau untuk kerja/ urusan yang penting, itu idak dikira ye. ni, yang jenis untuk flirt around dan test market. kami akan lagi respek kalau kamu dengan 'gentleman'nya mintak nombor telefon ibu bapa kami, dan cakap kamu mahu kawan dengan kami. (ahaha.. buat la kalau berani)

#3 KALAU KAMU SUDAH SUKA SORANG, JANGAN CARI SKANDAL
apa? pernah buat macam ni? satu ketukan patut mendarat atas kepala kamu. kalau kamu sudah suka pada sorang girl, jangan suka-suki hati kamu untuk cari skandal. ini akan melukakan both girls yang terlibat, sebab selalunya girls hanya akan stick pada sorang aje. ini tidak adil bagi kami.. haha. hey guys, kalau belum kawen pun dah pasang cawangan sana sini, apatah lagi bila dah kawen. ye dak?

#4 NAIKKAN SAHAM KAMU DENGAN PERIBADI
kami kaum hawa ni, bukan tengok sangat rupa @ duit kamu @ kereta kamu (kalau tengok pun, sikit je la). kami lagi kagum dengan peribadi kamu. bagaimana cara kamu menjaga pandangan kamu, tutur kata kamu dengan kaum kami, cara kamu menjaga ikhtilat, cara kamu melayan ahli keluarga kamu, bahkan pakaian kamu (cara kamu iron baju, matching baju, etc, etc). kami akan sangat respek pada kamu. kalau muka tak berapa ensem pun, tapi kalau peribadi kamu okey, kami sudah sangat terpikat (ehem)

akhir kalam, kalau ilmu akhirat kamu belum cukup di dada, jangan kamu cuba-cuba flirt dengan kami ye. sebabnya, kami mengharapkan kamu untuk pimpin kami jalan ke syurga. jadi imam kami, jadi penegur kesilapan kami, etc, etc. maka, persiapkan diri kamu untuk menjemput kami ('',)

janji ALLAH dalam surah nur.. 
lelaki yang baik untuk perempuan yang baik, dan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik...

jom sama-sama jadi baik?

~~~ ABDULLAH SOLEH, are you there? ~~~

Tuesday, April 12, 2011

K.A.W.A.N

(mode: speaking rojak language sesedap rasa)

hello there.. currently i'm sitting on a chair in library.

what? lib-ra-ry? since when? since minggu depan nak final exam la.. ahaha. (buat-buat nak study biochemistry)

after all, still, updating this so called 'perasan-bagus-dan-perasan-orang-ramai-baca' blog. *eheh*

without taking so much time babling around, let's proceed to this topic.

kawan. friends. sahabat. saing. sodiqati.

actually they give a same meaning, which is a person who you rely on in any situation, whether on hard-time, joyful, sad, and everything- without any blood relation with you. someone who you feel comfortable, not 'plastik' in from of them, and so on. (of course, you guys can describe better than me)

a true friend, is it really hard to find. they are just like a small crystal in a mountain of glass. well, they shine same as well. but, yet still different.

praise to ALLAH, i'm always have friends (good friends) around me, at my every condition, at every place i go. dari sekolah pasti zaman kecik-kecik lagi kot (riak la pulak). saya ada kawan yang saya kawan dari kecik sampai sekarang (tribute to CUCI geng- ecah, pipah, mira, che, piya, qilah, mynn). as i remember, we never have fight or merajuk-merajuk or what other ge-li things. tapi kadang-kadang time berbeza pendapat tu, adalah jugak. all we do together- makan waktu rehat, study (erk?) naik bas, lompat pagar sekolah lepas exam habis (leh tahan jahat jugak dulu) dan macam-macam lagik la. tapi sekarang semua dah makin jauh due to berbeza tempat belaja dan jugak masa.

ok.. eventhough i have bestfriends, but all my friends - pasti arrasyidin, sk mentuan, maahad muhammadi perempuan, plkn, kolej MARA kulim, universiti malaysia terengganu- do have special place in my heart *sila terharu semua*. i cant live without you, people!

but, sometimes i have a gaduh-gaduh manja with them. whether the fault is on my side, or their side, saya, dengan kerendahan hatinya ingin memohon maap. huhu. always bear in your minds that,

' we are human being, befriend with also, human being (not with malaikat). we never escape from doing something wrong or annoying things. but still, we are FRIENDS.'

' ya ALLAH, sahabat ini bungaku. tanpanya tiada seri hidupku. ya ALLAH, sahabat ini ubatku. penawar duka laraku'

tribute to all my darlings, I LOVE YOU!!!

~~~ be my BFF ~~~ 

Tuesday, April 5, 2011

how to COOK nasi goreng ikan masin by CHEF AYNA

suka makan nasik goreng ikan masin? mau membuat masakan kegemaran anda ini by your own? hari nih kak na mahu share satu resipi yang 'macam best' kat ye'all. ehehe

erp... tapi tak tahu la kan lepas ye'all buat, jadik sedap ke idak.. kih3

the ingredients:

- sepotong ikan tenggiri masin (boleh cari dekat supermarket, dalam botol)
- ayam
- bawang merah 3 ulas + bawang putih 3 ulas + 3 biji cili api
- 2 batang sayur kailan (kalau suka makan sayur, lebih-lebih pun takpe)
- nasik putih
- sedikit kicap manis
- 1 sudu sos tiram
- 2 sudu pasti sedap KNORR, garam, gula secukup rasa.

cara-cara nak masak:

- blender dahulu ikan tenggiri, bawang merah, bawang putih, dan jugak cili api
- sambil-sambil tuh, hancur (lerai-leraikan) nasik putih
- panaskan minyak
- masukkan bahan yang dah diblender tadi ke dalam minyak. tumis sampai naik bau
- masukkan sos tiram. kacau-kacau lagi
- masukkan ayam yang dah dipotong kecik-kecik
- masukkan pasti sedap, garam, gula
- buh nasik pulak. kacau rata-rata
- last skali, buh sayur kailan.
- tambah kicap untuk bagi warna dia cantik/ tak pucat

tadaa..

siap dah nasik goreng ikan masin kita. tapi ni resipi orang bujang aje taw. kalau nak lagi sedap, rajin-rajin la tanya mak anda.. hehe. 


(p/s: tiada gambar yang boleh di upload sebab dah siap melantak baru ingat nak letak resipi ni dalam belog..)


~~~ saya suka masak dan jugak suka makan ~~~

Sunday, April 3, 2011

a journey towards FYP

assalamualaikum pembuka bicara...

ooyeah! entri pertama untuk bulan april. sebelum melalut dengan lebih lagi, tahniah diucapkan kepada Shaheizy Sam kerana mendapat anugerah bintang fofuler semalam. tak dilupakan jugak tahniah kepada Irma Hasmi kerana telah bertudung.. walaupun kak na idak tengok tibi semalam, tapi kak na dengar jugak melalui HOT fm sesambil buat tutorial biostatistik yang amat banyak itu..hehe (hedonisma kah saya???)

back to work... back to work

apakebendakah FYP itu? FYP is stands for Final Year Project atau nama melayu dia projek ilmiah tahun  akhir. rasa-rasanya, benda ini wajib untuk mana-mana pelajar yang amek degree untuk bergraduat.

so, what's the problem?

masalahnye, kak na idak tahu untuk amek bidang apa. for your info, course sains biologi yang kak na ambik sekarang ni sangat luas. kami belajar semua, merangkumi diversiti, anatomi haiwan, anatomi tumbuhan, biokimia, genetik, mikrobiologi, ekologi... etc, etc. tapi yang jadik fening ni, kak na tak tahu pun kak na minat apa (isk.. teruknye..)

dulu-dulu, kak na memang minat gila genetik. sebab sangat fun belajar benda nih. tapi kalau nak buat FYP under tajuk nih, penyarah hanya fokus pada genetik haiwan belangkas. adoyaai.. kak na nih memang la amat penakut memegang binatang. masa kecik-kecik dulu pun (sampai sekarang) kak na tak penah pegang tuyuk (nama lain bagi pepatung) ataupun belalang kat kawasan rumah. haiwan hidup yang kak na penah pegang HANYA kucing, kambing (sebab kat umah penah bela kambing) ngan kuda (sebab masuk kelab ekuin). haiwan mati macam ikan dan ayam tuh over la kann kalau tak penah pegang. belangkas? euww..

pastu, minat beralih arah pulak kepada mikrobiologi. best jugak kadang-kadang buat benda-benda 'makhluk halus' nih. seronok apabila kita pegi sampling kat tanah ke, air paya ke, air laut ke.. then jumpa bakteria yang berwarna warni dengan bentuk yang cantik-cantik. elok je nak ambik, tengok-tengok list name untuk berFYP bersama Dr. Efendi (cikgu yang mengajar mikrob) dan pun penuh.. adus.. kaciwa... kaciwa. how come kak na tak tahu yang Dr. Efendi bukak pendaftaran awal-awal lagik??

then minat kak na beralih arah lagik. kena buat-buat suka kat subjek ekologi pulak, (walaupun result subjek nih idak memberangsangkan). konon la kan nak buat tajuk 'conservation awareness in three primary school in terengganu'. -kesedaran pemuliharaan dalam kalangan budak sekolah rendah- macam comel jugak tajuk nih. boleh deal dengan bebudak sekolah rendah dan sedikit sebanyak fulfill balik cita-cita nak jadik cikgu. tapi................... erm... tengok la macam maner,,

kesimpulannye....

kak na still nak bodek Dr. Mariam yang baik itu untuk amek kak na jadik student dia, untuk buat tajuk enzyme dan kak na akan memupuk minat yang baru terhadap bidang ini. Insya ALLAH. hehe

 ربي يسر ولا تعسر واتمم بالخير

"ya ALLAH ya tuhanku, Kau permudahkanlah, dan jangan Kau rumitkan.
dan berikanlah aku kesudahan yang baik"

okey la... setakat nih dulu. kalau you'all ada idea yang best-best untuk tajuk FYP kak na, do tell me! (nanti kak na masukkan nama kamu dalam acknowledgement)

~~~ bakal berada di tahun akhir ~~~