Monday, December 6, 2010

jangan rindu saya..

adik-adik kak na yang kak na kasihi...,,,

rindu kak na tak? hehe.. ayat poyo. sempena cuti semester kali nih, belog kak na terpakse direhatkan buat sementara waktu sebab rumah kak na takde brodben.. sekarang masih dalam tempoh buat baik untuk membodek ibu kak na beli bende alah itu... hehe. punbagaimanawalau, sebarang seponsor adalah di alu-alukan =)

sebelom melalut dengan lebih panjang, kak na nak ucapkan salam maal hijrah 1432H.. hurmm.. cepat sungguh masa nih bergerak. tahun-tahun baru nih.. terfikir-fikir azam kita taun lepas dah fulfill belom? kalau dah.. alhamdulillah. kalau tak.. erm.. reset balik.. hehe. semoga tahun baru nih menjadi mangkin untuk kita jadi better person. keimanan dan kematangan bertambah seiring dengan pertambahan usia. INSYAALLAH

alang-alang dah kak na online kat rumah bapak sedare nih, kak na nak celita sikit aktiviti- aktiviti yang kak na lakukan kat umah. kebebasan hakiki selama sebulan setelah tiada assignment, lab report dan jugak test.. haha.. masa nih la boles qada' tido, tengok tibi puas-puas dan jugak berenjoy-enjoyan. perancangan masa cuti.. mungkin kak na nak amek lesen memandu.. KOT.. haha.. sebenarnye kak na nih takdelah berani sangat.. naik moto kat jalan kampung tuh boles la.. tengok la dulu macam mane.. INSYAALLAH kalau ada rezeki..

time cuti nih jugak kak na dah dapat stok novel yang banyak.. hehe.. special thanks to bespren-bespren yang sudi nak bagi pinjam kat kak na. antara novel yang kak na bakal hadam cuti nih: baju pengantin mak andam dan jugak denyut kasih medik. tak lupe jugak buku-buku kerohanian macam nota hati seorang lelaki, di mana DIA dihatiku dan jugak kerana cinta harus memilih. teringin nak baca jugak? nanti kak na buat sinopsis satu-satu buku yang kak na bace.. hehe.. tungggguuu

(habesla korang kene hadap sinopsis versi tatabahasa yang kureng daripada kak na)

sekarang jugak kak na slow-slow practice skill memasak.. hua3.. sekali lagi ayat yang poyos.. nak rase? pastikan anda mempunyai ubat saket perut yang mencukupi..

ok las.. stakat nih dulu.. stay tuned (*_*)

~~~ cuti-cuti malaysia ~~~

Thursday, December 2, 2010

is it sinful to be fat?

pengumuman.. pengumuman.. attention

sebelom saya stat merepek pasal tajuk dia atas, saya mau umumkan bahawa saya mau tukar polisi ini belog.. hehe

1- bermula post ini, saya akan bahasakan diri sebagai kak na.. hehe.. tiba2 jiwa kekakakkan muncul dalam diri.. ape barang pakai 'saya'.. tak unik.. hua3

2- kak na akan merepek (baca: menulis) sebanyak-banyaknye selagi termampu sebab bila kak na bace balik ape yang dah ditulis, kak na akan fikir 'apesal pendek sangat nih..'
tak kesah la ader orang nak bace atau tak.. nak merepek jugak..

3- tiada gambar akan di sertakan dalam belog ini. bukan sebab kak na tak cantik (bwek.. perasan) tapi sebab kak na sudah hilang semua folder gambar kat dalam lappy.. dan jugak kak na tiada kamera yang best dan jugak kak na bukan fotogedik.. hehe. kak na jugak mau menyahut seruan
~~ muslimah itu tidak memandang mahupun dipandang ~~

ala2 mau jadik baik gitu.. better person in progress ^_^

-------------------------------------------------------------------------------

otey... back to main topic.

tajuk entry nih kalau di translate kan, akan jadik 'salah ke jadik comel?'

kat sini kak na tulis comel, bukan gemok ye.. special tribute to insan2 yang sejenis kak na.. hua3

sebelom ye'all fikir bukan-bukan, berat badan kak na masih ideal ok.. BMI adalah normal, takde la overweight ataupun obesiti.. hehe.. cuma bukan dalam kalangan orang-orang yang skinny je

sebenarnye, kak na nih punye lah skinny masa kecik-kecik dulu.. just imagine, masa darjah 6, kak na adalah pelajar paling ringan kat kelas dengan berat badan 19kg.. hoho.. sekeping macam straw je dulu.. betul ni, tak tipu punye!

kak na stat increase in diameter nih time matrik.. memang uncontrollable.. huhu. just imagine, dewan selera betul2 bawah asrama.. katerer dekat DS tuh pulak masak siket punye sedap.. dah la free. hari-hari menu best.. dan yang paling tak menahan nasik lemak pagi dengan telur sebijk yang memang sangat sedap sampai tak boles tolak.. boleh menyesal tau kalau tak turun makan. sampai sekarang tak jumpe lagi nasik lemak yang boles lawan nasik lemak DS matrik.. mungkin sebab tuh kot..

selain tuh, kak na jadik comel siket nih sebab efect ubat asthma.. mengikut kajian, ubat asthma nih memang ada long term efect utk pengguna dia.. bila kita sembuh, body system akan berubah siket. ni ikut yang kak na baca je.. tapi tak sure la pulak ubat yang kak na makan nih sama jenis yang disebutkan kat atas.. no komen.

lagi satu, makin tua nih selera makan pun makin bertambah. kak na susah nak cakap 'no' kalau makan pape.. even makanan yang tak sedap pun kak na pastikan kak na tak membazir.. huhu.. membazir kan amalan syaitan? so kak na makan je la semua.. seriously uncontrol..

ok la.. stakat nih je dulu.. sape2 yang ada petua untuk kurus sila bagitau ek. tapi jangan la pulak suggest kak na makan ubat kurus.. bahaya tau!

~~~ maintain comel ~~~