Friday, November 26, 2010

KOCH'S postulate by prof ayna ^_^

hari ini topic educated. baru bersedia mau kongsi ilmu (padahal nak pakse korang baca sebab saya memang kena 'bercerita' utk bagi masuk pelajaran dalam kepala).. ngeh3.. lusa final exam advanced microbiology

apekebendekah KOCH's postulate tu?

ok.. sebelom cerita mendalam sama koch punya theory ni, jom kita kenal dulu sape koch nih. nama penoh beliau ialah ROBERT KOCH, dan beliau sangat femes dalam bidang mikrobiologi. sort of bapa mikrobiologi la. beliau idop kalau tak silap masa zaman sebelom world war 2 lagi, and masa tuh beliau dah bereksperimen dengan kanta2, bakteria2 dan segala jenis 'makhluk halus'. pada taun 1902 (kalau tak silap) beliau dapat Nobel Prize atas jasa2 beliau dalam bidang perubatan (especially utk diagnose penyakit tuberculosis).

antara sumbangan beliau:-

1. mengenalpasti bakteria yang menyebabkan anthrax

2. mengenalpasti bakteria yang menyebabkan cholera

3. jumpa cara terbaik utk bela bakteria dan dapatkan bakteria punye pure culture, iaitu pakai agar2 *bledo*

4. jumpe bakteria yang menyebabkan tuberculosis (tb)

5. yang paling ultimate, beliau propose KOCH's postulate

----------------------------------------------------------------------------------------

KOCH's postulate

koch postulate jugak boleh dikenali sebagai "germ theory of disease", dan jugak related dengan "one organism one disease concept". kirenye, kalau korang dapat satu2 penyakit, dan untuk konfemkan penyebab penyakit korang tuh, korang bules pakai cara ni utk kenalpasti bakteria yang pegi serang korang punye sistem badan.. sampai sekarang, doktor2 dok pakai lagi method ni =)

pertame, ada sorang tuh saket, then ada simtom2 yang tertentu. pastu, kita amek dia punye sample (darah, sputum, air liur, etc) utk buat sample, nak cari bakteria

lepas tuh, bakteria2 yang ade tuh kita isolate dalam pure culture. kirenye, sejenis bakteria yang kita jumpe tuh, asing2 kan then bia dia membiak same2 geng dia je. tak bules campur.

kita inject sample bakteria tuh dalam orang yang sihat, pastu kita tengok reaction bakteria tuh dalam badan orang tersebut. syaratnye, orang yang kene inject tuh mesti tunjukkan penyakit yang sama dengan orang yang first tadi.

last skali, bila orang yang kita test tuh saket, kita ambik sample bakteria dalam tubuh dia, kita musti jumpa bakteria yang sama yang kita ambik masa first step tadi.

maka... buleslah kita kompemkan jenis bakteria dan jugak penyakit yang masok dalam badan itu.. wassalam

erp....... paham ke tak... maapla, i'm not a good teacher.. hehe... ni ayat paling simple bules ditulis

~~~ mau jadik cikgu bio ~~~

say... THANK YOU ALLAH

alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah

takde word yg lagi best drpd word kat atas ni utk menggambarkan betapa saya sgt bersyukur pada ALLAH. alhamdulillah, laptop saya da dijumpai oleh pihak polis time diorang buat serbuat. punbagaimanawalau, lappy saya takde kat tangan lagi skang nih sbb polis masih lagi dok buat siasatan..

hurmmm.. trust me, surah Al-Waqiah dan ayat 1000 dinar sangat mujarab.. dan jugak jangan lupa doa (since doa kan senjata utama org mukmin). surah AL-Waqiah dan ayat 1000 dinar tu boleh diamalkan untuk kemurahan rezeki tau. ustaz penah pesan, surah Al-Waqiah boleh baca time setiap lepas subuh, n ayat 1000 dinar tiap2 kali lepas solat. just sharing utk diamalkan bersame =)

to hausmets, thanks for lending me ur shoulder for me to cry on

to bestfriend, thanks for lending me ur ears for me to story on

to mum, thanks for not blaming me but soothing me with nice words

to alongs, thanks for ur sincere offer

to balai polis gong badak esp ins. Izuddin that hear report from 'hingusan' gurl

to everyone, thanks for ur moral support and calming words

to myself, jangan letak barang rata2 lagi ea

SPECIAL THANKS TO ALLAH THAT ALWAYS LOVE AND HEAR ME =)

Saturday, November 20, 2010

my HIJRI birthday

13 zulhijjah 1410 bersamaan hari tashriq yang lepas merupakan birthday saya yang ke21 mengikot taqwim hijrah. kirenye, kalau ekot kalendar masihi, saya umur 20, tapi kalau kalendar islam, saya 21. sangat tidak pecaye.. apekah.. saya bukan lagi REMAJA ke??

ok, seorang bespren saya penah mesej saya pada birthday saya yang lepas, dan saya simpan lagi mesej tersebut hingga hari ini. mesej beliau yang berbunyik:

" happy birthday. selamat menginjak ke alam dewasa.. hehe.. no more teens ye kak una (nama manje beliau kepada saya). start your 20 with something sweet.. change for good.. semoga panjang umur, murah rezeki.. bertambah ilmu duniawi dan ukhrawi.. berjaya here and ever after.. bertemu dengan JODOH yang sama2 dapat melangkah menujuNYA, redhaNYA, syurgaNYA.. semoga dapat menjadi anak yang solehah, isteri yang menyirami rumah tangga dengan kasih sayang dan cinta keranaNYA, ibu yang mendidik anak2 di jalan syurgaNYA.. semoga menjadi hamba yang benar2 mentaatinya, mencintaiNYA.. semoga rahmatNYA sentiasa bersamamu sahabat... siramilah hati sahabat2mu dengan embun2 nasihat dan teguran agar keimanan dan ketaqwaan tumbuh dengan mekar untuk sama2 melangkah menuju redhaNYA"

perrrgh.. sangat bermakna dan futuristik mesej beliau. ucapan ini mungkin boleh digunakan sehingga 10 tahun akan datang.. hehe.. by the way, tq uci!

~~~ happy birthday, me ~~~

JODOH kita tak panjang..

~surat  ayna utk laptop kesayangan yang dah takde..

dearest lappy....

jodoh kita memang tak panjang.. sebenarnye, awak la lappy yang paling best penah saya pakai. awak tak penah hang, awak hensem, awak cool.. dan awak sangat pandai membuat saya gumbira. saya simpan macam2 kat awak; nota2 dari sem 1- 3, gambar2 setiap event yang saya pegi, muvie2 yang best, kitab2 yang belum saya habis hadam.. hurmm.. suma tu dah tader..

awak nak tau... saya jaga awak macam saya jaga anak saya tau. saya cuci habuk2 kat badan awak, saya bubuh skrin protector, keyboard protector tanak bagi awak berhabuk.. saya beli beg nak bubuh awak, takot awak panas bila kite kuar.. saya pasang kipas bawah awak nak bagi awak sejuk.. saya selalu scan virus2 yang ader kat awak...

saya ingat lagi, masa saya nak memiliki awak, masa tuh bulan pose taun lepas, terketar2 tangan saya pegi bank. mana tak nye, tak penah saya kuarkan cash 2k semata2 nak beli awak yang bersegi empat ni.. saya cakap 'takpe berhabis dulu, nak guna lama nih'. tapi, saya sempat bersama awak setaon 2 bulan je. tak pe la, da takde jodoh kita kan..

masa awak kena ambik ngan orang ketiga, saya rasa macam half meroyan tau.. tengok sarung awak, saya nanges. tengok charger awak, saya nanges. tengok mouse, tengok manual book.. semua mengingatkan saya tentang awak. hurmm.. wahai hati, belajarlah utk redha

jangan salahkan saya kalau saya dah tak berminat nak bergambar @ edit gambar

jangan salahkan saya kalau saya dah jarang online

jangan salahkan saya kalau saya membazirkan kertas utk print nota

jangan salahkan saya kalau saya dah takde hati kat memane lappy

akhir kalam.. saya akan kenang awak sebagai benda yang paling mahal penah saya ader.. sila nakal2 jika awak sudah ada tuan baru ye!

p/s: kepada my future husben saya, jika anda baca ini.. saya mau lappy utk hantaran.. hehe

~~~ compaq in memorabilia ~~~

Thursday, November 4, 2010

jangan gaduh2 ye?

sebelum saya stat pape.. umm.. nk tanya kepada mane2 otai blog.. cemane nak buat ayat2 first yang best ye? ayat2 intro saya sume hancuss.. bila ntah nak improve..huhu

okies.. hari nih saya habeskan masa hampir 6 jam mengadap laptop dan online. spt yang telah dinyatakan kat previous entry, minggu honeymoon la katakann.. memang online aje la kejenye. mule2, siapkan keje kewartawanan kejap. buat artikel sebijik, then edit2 gambar, then hantar kat editor akhbar (saya jadik journalist utk akhbar universiti - samudera). sebenarnye, jadik journalist @ penulis nih memang cita2 dari kecik.. tp since kat sekolah menengah dulu amik science stream, so hasrat tuh terkubur aje la.. tapi kire ok la kan, journalist utk universiti..hehe.. ~walopun gaya penulisan cam hancuss je~

lepas abes wat keje.. bersiar2 kat facebook. jengok notification, approve friend, komen kat kawan2.. update ape yang patot.. then balas mesej daripada ORANG ITU. ORANG ITU cakap gudluck exam. hehe.. sape? erp... xyah bagitau kott.. saya bukan orang femes pun kan *_*

kat facebook hari nih byk merubah saya punye akaun facebook coz saya terbaca satu link kat wall kak long... summary link tuh lebih kurang cerita pasal tak eloknye pompuan letak gambar beria2 kat facebook. ye la, kan rasulullah cakap pandangan pertame je yang dibenarkan.. kalau dah letak gambar, especially yang muke penuh ruangan.. memang le tak elok.. ada ke laki ajnabi yang tertengok gambar perempuan skali, then terus tukar page lain... hurm.. musykil2.. papepun, saya punye da delete hampir semua.. tggl 1-2 utk pengenalan diri je.. at least, walopun pahala tak byk, dosa2 free ni kalau boleh, elak..

lepas berpuas hati dengan facebook, saya jalan2 kat blog. pegi usya2 blog kawan2.. nosoul noheart, bukan penggoda, saya_arief.. then terlajak la sampai blog2 orang yang tak dikenali. ada saya ter'usya' blog sorang nih.. name ape, tak ingat la pulak.. tapi sampai ada haters.. dan haters tuh cakap macam2 pasal brader tuh. ohoh.. apekah..

bagi saya, blog bukan tempat utk cari gadoh @ nak provoke sape2.. kalau nak tulis sal kawan2 anda ke, papa anda ke, kehidupan, campus, etc.. boleh la.. lagi best kalau yang boleh berdakwah, sebarkan pape ilmu. tapi janganla ada gadoh2 ye? tak gentleman la gadoh kat alam maya.. macam baling ice cube, sembunyik tangan.. (just pendapat insan dangkal ni.. jangan la pulak saya ada haters lak lepas nih) kalau ada pape yang tak puas ati, tegur la dengan bersopan.. pkai emel ke.. kan lebih harmonis..

ok, ini sudah waktu tido beta.. adios

~~~ masih mencari identiti ~~~

Tuesday, November 2, 2010

exam oh exam

hari nih tiada mood sedih maupun mood jiwa-kacau. hari nih hari BERGUMBIRA. haha

kenapa? sebab dah nak exam!!

apesal nampak cambest je exam.. lets find out ^_*

buat pertama kalinye, universiti manusia2 tercomel (UMT) buat sistem study week. means that, saya ada hampir dua minggu untuk study. dua minggu yang menyeronokkan. haha. study? musti la tak. sehingga blog ini ditulis, saya hanya baca satu page subjek bioteknologi tumbuhan yang merupakan ubat tidur paling mujarab untuk saya.. (along jika anda baca ini, sila jangan repot kat ma)

ok.. meh tengok aktiviti honeymoon saya selama 4 hari pertama study week. well, jika anda berada di malaysia, skrg memang musim tengkujuh. memang pemangkin yang baik untuk bermalas-malasan dan berenjoy-enjoyan kat rumah..hehe. dari pagi sampai petang, jadual memang fool full dengan aktiviti berfesbuk, main hujan, perabiskan beras kat rumah, main badminton, dan jugak TIDO. nasib baik malaysia x turun salji. kalau x, memang cam beruang kutub aje..tido memanjang. (",)

belah malam pulak, saya n hausmets tercinta ada hobi baru; main hang-a-roo dan jugak who wants to be a millionaire. permainan nih, seriously fun kalau main reramai.. kalo x caye cuba try. tiap2 kali kangaroo tuh nak jatuh sebab kitorang silap tekan hurup maupun kalah sebab tinggal 1 soklan lagi nk complete 1juta, tiap kali tu la kitorang jerit.. hehe.. irin lagi dasyat, asal ada soklan psal history je, sanggup tepom ayah beliau utk dapatkan jawapan.. ala2 talian hayat gitu. FYI, mainan nih dah jadik aktiviti wajib tiap2 malam bagi rumah sewa saya dan harus disertai oleh 8 kepala mengadap 1 laptop..

meja study ku..


okay la.. tatau nak merepek ape lagi dah.. buat rakan2 ku, doakan kejayaan saya dalam final ni ye.. doakan jugak saya abeskan baca nota2 yang bergelimpangan kat meja study ni.. all da best! nak g 'study' jap..hehe